Kisah Penerjun Payung Terjun

Pernah saya dengar suatu cerita dari kawan saya. Beliau menceritakan kepada saya berkenaan dengan si penerjun payung terjun di US. Sebenarnya si penerjun ini adalah orang yang paling tidak meyakini bahawa akan kewujudan Tuhan. Seperti biasa, sebagai seorang penerjun yang telah dilatih, dia mampu menerjun pada mana-mana ketinggian, malah pernah melakukan suatu aksi yang amat merbahaya. Tetapi, apa yang menariknya, apabila terdapat satu misi yang mana mereka perlu terjun di kawasan yang asing dan keadaan pada waktu itu pula adalah malam, dia mula berfikir.

Dalam keadaan yang memaksa, dia harus menyelesaikan misinya dengan cepat. Rakan-rakan yang lain sudah terjun dari kapal dan akhirnya tinggalah gilirannya untuk melakukan terjunan. Dia mula teragak-agak untuk melakukannya dan dalam masa yang sama, ketua penerjun di dalam misi itu melihat gelagat di penakut itu.

 

Maka, dengan tidak membuang masa, lalu ketua itupun menolak si penerjun itu dan berteriak dengan kuat; ‘OH MY GOD!’

 

Jika dilihat semula akan kisah ini, maka terbukti jelas bahawa, sejauh mana manusia itu ingin menafikan bahawa tidak ada Tuhan, tetapi sebenarnya mereka tidak sedar bahawa diri mereka berada di dalam keadaan fitrah, mengakui Kebesaran Tuhan.

 

 

 

insyaAllah, perbincangan mengenai SQ, IQ dan EQ serta PQ akan saya bawakan kepada pembaca sekalian di bab yang akan datang. Saya rasa bab ini juga amat penting untuk dilihat dan difahami oleh pembaca sekalian. Mengapa saya katakan sedemikian? Kerana di dalam Quran banyak ayat-ayat yang menegaskan perkara atau sesuatu pengajaran itu akan di akhiri dengan perkataan akal. Bukankah akal itu berada di otak manusia? Dan saya ringkaskan SQ,EQ,IQ dan PQ ini di dalam singkatan E-P-I-S.

 

 

 

 

 

 

Surah Luqman (25)

 

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka; ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Tentu mereka akan menjawab; ‘Allah’…

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kecerdasan Spiritual oleh Danah Zohar dan Ian Marshall

Teringat saya di dalam satu buku yang sangat baik untuk dikongsikan bersama anda yang mana ia sangat berkait rapat dengan

Close