Aku mahu bersyukur

Aku kian jelas
Mengapa aku perlu serius membina kehidupan
Meninggalkan anak yang soleh
Ilmu bermanfaat
Dan sedeqah jariah

Aku perlu usahakan itu semua
Di atas muka bumi ini
Kalau Abu Bakar tidak akan ketinggalan dalam berbuat amal
Pada setiap detik dan ketika
Maka detik dan ketika itu datang dalam bentuk SMS dari Allah dan Rasul
Apa sahaja  yang diserukan
Menjadi panggilan untuk aku perbuat
Untuk aku syukuri

Ya Allah
Jangan sampai aku menjadi amat lambat
Membina anak soleh
Meninggalkan ilmu bermanfaat
Dan sedeqah jariah untuk semua

Aku tidak mahu aku terlambat mendapatkan anak yang soleh
Terlambat mengumpulkan harta untuk disedeqahkan
Dan tidak membina pelapis menyampaikan ilmu-ilmu yang aku pelajari selama ini

Aku perlu berazam
Untuk berbuat itu semua
Tidak ada pilihan
Kecuali hidup ini perlu diteruskan
Dengan kesungguhan
Dengan jihad anfus dan amwaal

Aku tidak ada pilihan
Anda juga!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bila jiwa ini terbang ke sana…

Apabila mendapat surat dari USC, saya rasa semacam terbang nampakkan bumi US sana. Sememangnya selepas satu fasa ujian di atas...

Close