Kecerdasan Spiritual oleh Danah Zohar dan Ian Marshall

Teringat saya di dalam satu buku yang sangat baik untuk dikongsikan bersama anda yang mana ia sangat berkait rapat dengan apa yang kita kongsikan pada hari ini. Pada tahun 2000, Danah Zohar dan suaminya Ian Marshal telah menulis satu buku yang sangat baik bagi menjawab persoalan-persoalan yangberkait rapat dengan nilai dan makna di dalam kehidupan.

Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan siapakah mereka ini? Danah Zohar ialah seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan fizik, falsafah, psikologi dan teologi, manakala suaminya, Ian Marshal pula adalah seorang psiketrik. Mereka menyatakan di dalam penulisan mereka  berkenaan dengan nilai SQ ini mampu membawa manusia berada di suatu tingkatan yang lebih tinggi berbanding kecerdasan IQ dan EQ. SQ juga mampu memecahkan belenggu makna dan nilai perilaku manusia kepada suatu penjelasan yang lebih luas dan holistik.

 

Jawapan mengenai kehidupan ini mampu dijawab melalui kecerdasan spiritual iaitu dari soalan ‘bagaimana’ dan ‘apa’  kepada ‘kenapa’.  Menurut hemat mereka, ramai penduduk di Amerika Syarikat tidak dapat melonjakkan kehidupan mereka kepada suatu tahap yang tebih kukuh. Mereka sering berada di dalam dilema ‘tidak puas’ dengan kehidupan yang ada. Malah mereka keliru dan bingung dengan kehidupan mereka dan akhirnya mereka sanggup memilih kematian sebagai penyelesaian, sedangkan mereka mempunyai IQ yang tinggi, mempunyai aset yang berbillion dan banyak lagi. Maka apakah cukup dengan kecerdasan IQ ini?

 

Penulisan mereka ini sengaja saya bawakan untuk kita membuka minda kita melalui pengalaman orang lain. Kadangkala ia amat penting kerana tidak perlulah saya melakukan kajian tersebut semata-mata untuk  membuktikan kebenarannya. Maka cukuplah saya bawakan kajian orang lain untuk diketengahkan.

 

Danah Zohar dan suaminya ada melakukan pantauan terhadap orang yang tidak mempercayai Tuhan (Athies) dan Humanis bagi membuktikan bahawa penulisan mereka ini mempunyai kekuatan serta asas yang benar. Akhirnya mereka menyatakan bahawa , terdapat beberapa golongan di kalangan orang Athies dan Humanis ini, mereka yang mempunyai nilai spiritual yang tinggi! Mereka berpendapat bahawa SQ tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan agama.

 

Mereka lebih mempercayai melalui naluri dan jiwa mereka sendiri. Bagi mereka, agama merupakan suatu aturan atau sistem yang dibebankan secara eksternal. Dikatakan juga, SQ tidak ada hubungan dengan budaya mahupun nilai, tetapi menciptakan suatu yang mampu memenuhi SQ itu adalah satu kemungkinan. SQ mampu mencipta agama tetapi agama itu tidak bergantung kepada SQ.

 

Jika kita perhatikan di dalam penulisan tersebut, mengapa golongan Athies dan Humanis ini mempunyai nilai spiritual yang tinggi, sedangkan mereka langsung tidak mempercayai konsep keTuhanan? Dan jika benar mereka mempunyai nilai spiritual yang tinggi, apakah perspektif mereka terhadap agama?

 

Surah Ar-Rum (30);

 

Maka hadapkanlah wajahmu yang lurus kepada Agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya

 

Inilah jawapannya. Allah menegaskan di dalam Quran bahawa fitrah itu adalah suatu nilai yang berada di dalam jiwa pada setiap manusia. Mereka sebenarnya mempunyai fitrah yang tersembunyi di sebalik hati mereka yang sengaja tidak mahu mengiktiraf bahawa ada Pencipta yang menciptakan mereka di muka bumi ini. Malah mereka telah diberikan suatu petunjuk yang amat jelas bagi mereka meneruskan agenda kehidupan mereka di muka bumi ini.

 

Fitrah di sini adalah seperti mana yang kita sering dengar. Tauhid Rubbubiyyah memainkan peranan di dalam dada manusia. Walaupun manusia itu tidak ‘tunduk’ kepadaNya, tetapi diri mereka sebenarnya sedang ‘tunduk’ kepada Pencipta mereka.

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Spiritual Universal

Apakah bukti yang menyatakan bahawa nilai spiritual manusia ini sama? Tidak ada sedikitpun berbeza? Bukankah manusia ini mempunyai pelbagai warna

Close