Bagaimanakah kaitan antara kebahagiaan di dunia akhirat dengan kalimah utama syahadah?

Melihat kepada scenario hari ini, manusia sangat sibuk menguruskan dan menjalani kehidupan seharian tanpa ada beberapa batasan. Kadangkala mereka bekerja sebagai ahli perniaagaan, arkitek, doktor malah pelajar, mereka menghabiskan masa mereka dengan memberi tumpuan sepenuhnya hidup mereka hanya kerana lambakan kerja yang sebenarnya dibuat oleh manusia itu sendiri. Kesibukan itu juga kadangkala membuatkan mereka alpa dan leka dengan tuntutan syahadah mereka kerna alasan sibuk bekerja. Adakah kita hidup didunia ini bertujuan untuk bekerja dengan majikan kita sepanjang hidup? Adakah kita lahir di dunia ini adalah untuk belajar di universiti semata-mata? Jawapannya sudah tentu tidak!

Kadangkala apabila ditanya semula akan apa yang manusia ini ingin kejarkan? Apakaha matlamat mereka yang membuatkan mereka sibuk dan tidak ada masa untuk menunaikan kewajipan di dalam syahadah mereka? Sering jawapannya ialah untuk mendapatkan kemudahan, kesenangan, serta kebahagian di dunia. Satu persoalan yang ingin saya lontarkan, adakah benar semua ini adalah kebahagiaan yang banar-benar dicari dan harus kita kecapi?

Cuba kita lihat perkataan bahagia atau kebahagiaan. Jika di dalam bahasa Arab, ia berbunyi sa’adah dan ianya dating dari perkataan sa’ada (huruf sin ain dan dal). Firman Allah di dalam surah Hud, ayat 108 yang bermaksud

Adapun orang-orang yang berbahgia, maka di dalam syurga lah tempatnya. Mereka kekal di dalam selagi ada langit dan bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberi nikmat yang tidak putus-putus.

 

Firman Allah ini menggunakan perkataan su’iedu yang membawa maksud berbahgia. Dan jika kita melihat di dalam tafsir Ibnu Kathir, bahagia ini adalah berbentuk subjektif dan objektifnya adalah syurga. Bukankah kebahagiaan ini yang kita kejari? Menurut Ibnu Kathir, kebahagiaan itu adalah mereka yang mengikuti atau pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w. yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mereka ini adalah lebih baik kedudukannya disisi Allah dan akhirnya kebahagiaan yang mereka kecapi adalah syurga. Digambarkan pula nikmat kebahagiaan itu berkekalan sehingga mana kekalnya langit dan bumi. Kekal ini pula bermaksud selama-lamanya dan perkara ini ada dinyatakan di dalam hadith sahih Bukhari yang bermaksud;

Hai para penghuni syurga, kamu dapat hidup selama-lamanya dan tidak akan mati, kamu tetap muda dan tidak akan tua, kamu selalu sehat dan tidak akan sakit dan kamu bersuka ria selama-lamanya tanpa menderita susah dan duka.

 

Persoalan disini, apakah perkara yang harus kita lihat semula di dalam syahadah kita? Yang mana dikatakan bahawa ia boleh membawa kepada kebahagiaan yang sebenarnya?

Di dalam firman tadi, disebutkan bahwa, orang yang mengikut Rasul itu adalah orang yang mendapat kebahgiaan tadi. Apa yang mereka ikut pada diri Rasul?

Firman Allah yang kedua pula, disebutkan di dalam surah yang sama, ayat 105 yang bermaksud;

Di kala dating hari itu (haripembalasan), tidak seorang pun yang berbicara melainkan dengan izinNya, maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahgia.

 

Ibnu Kathir juga menjelaskan bahwa, Allah berfirman di dalam berita-berita yang telah diceritakan kepada kam yang binasa itu, mereka telah menerima balasan yang cukup pedih. Tetapi mereka yang tidak dibinasakan di akhirat ialah golongan yang disebut sebagai ‘sai’edu’. Mereka selamat dari bahana Allah.

Ketika surah ini turun, menurut Abu Yala dari Ibnu Umar, yang mendengar ayahnya, Umar Ibnul Khattab berkata; “Ya Rasulullah, untuk apa kami beramal? Untuk sesuatu yang telah selesai urusannya atau untuk sesuatu yang belum selesai? Rasulullah s.a.w. menjawab “untuk sesuatu yang sudah selesai dan sudah ditulis (di Lauh mahfudz) hai Umar, akan tetapi tiap makhluk sudah disiapkan untuk mengerjakan apa yang sudah ditentukan baginya

Maka kemudian, ayat Allah bersambung semula sehingga ayat yang ke 107, surah Hud tadi.

 

Di sinilah persoalan tadi yang perlu dikoreksikan dengan melihat semula apakah yang terkandung di dalam syahadah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Dunia ideal bukan untuk mereka

Dunia ideal adalah dunia yang mengambil kira yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan. Memang ia amat sukar dicapai. Namun, sebelum

Close