Pendakwah Air Kacang Soya 3

Nas menyampuk, " Kita tak payah le tu semua. Kita tumpang-tumpang je mana yang ada."

"Boleh tu memang boleh. Tapi susah nanti…"

"Tak pe bang. Sementara je. Nanti apabila kita dah mampu, kita belilah….Kita tak boleh harapkan semua sempurna dan baru kita boleh mulakan perniagaan…"Nas berfikir positif. Alang-alang menyeluk pekasam, biar ke pangkal jalan. Dia amat yakin bahawa dengan berniaga, ada keuntungan yang banyak. Risiko tetap risiko. Tanpa risiko, mustahil seseorang itu mampu berjaya. 

Din mengangguk. Dia teringat ayahnya dulu. Tiada pun mesin yang besar ketika memulakan perniagaan. Ayahnya sekadar pinjam-pinjam sahaja keperluan yang ada. Hatta blender pun dipinjam daripada jiran terdekat. Biasanya ayah tidak lupa untuk menghadiahkan air soya kepada jiran tersebut.

 "Ok tak bang? Kita guna mana yang ada dulu ye? "

"Segan jugak abang. Bukan kenal sangat pun dengan orang-orang di sini." Kata Din

"Tak pe. Kita tanya-tanyalah pada abg Fazrul. Dia kan orang sini."

"Ok." 

 

Catatan saya:

Berfikir besar dan yakin akan ganjaran dakwah
Berfikirlah besar kerana ada janji daripada Allah kepada individu yang berusaha sendiri. Dalam menyampaikan kebenaran, ia juga adalah urusan ekonomi seperti mana tertera dalam surah as-Saff.

" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? "(61:10)

Jika peniaga yang tiada apa boleh yakin untuk untung di dunia, dakwah juga memerlukan sikap dalam diri bahawa ia akan memberi hasil kerana apa yang dibawa ialah produk yang diperlukan oleh semua manusia. Apa yang penting dalam keadaan serba kekurangan, kita akan menggunakan sumber yang ada dengan maksimum serta dilaksanakan dengan cara yang terbaik. Lebih dari itu, individu peniaga perlu mengambil risiko yang berpatutan. Taraf risiko ini bergantung kepada apakah hasil yang disasarkan. Lebih besar keuntungan yang ingin dicapai, lebih besarlah risiko yang perlu diambil. 

Gunakan mana yang ada

Dalam dunia dakwah, sememangnya kita tidak sesuai untuk mengharapkan diri menjadi individu yang terbaik dan barulah layak untuk melaksanakan tugas yang baik ini. Dengan semangat yang positif dan cuba untuk melaksanakannya dalam kehidupan seharian bagi menuju Yang Esa, itulah aset paling mahal yang menjadi asas untuk melaksanakan dakwah. Bagi seorang usahawan, bukanlah modal berjuta-juta yang menjadi aset awal untuk berjaya. Semangat yang positif itu amat penting dan ia akan melonjakkan diri kepada keuntungan berlipa kali ganda. Modal ringgit mungkin terhad dalam diri manusia, namun modal insan amat besar dikurniakan oleh Allah untuk berjaya di dunia dan akhirat. 

Anda bukan seorang melaksanakan dakwah 

Apabila anda sedar pentingnya berkongsi kebenaran dengan orang lain, anda perlu ingat 2 perkara dalam konteks ruang dan masa:

  • Ruang: Anda bukan seorang sahaja yang berdakwah. Ramai orang lain ‘berniaga’ dengan kebenaran agar ‘dibeli’ oleh orang lain bagi mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, binalah networking dengan semua pendakwah ini.
  • Masa : Bukan orang sekarang sahaja melaksanakan dakwah. Golongan terdahulu sudahbanyak meredah cabaran kerja mulia ini. Oleh itu, binalah ‘networking’ dengan golongan terdahulu dengan membaca dan menelaah sejarah dan catatan agar kita akan menjadi lebih profesional dalam melaksanakan tugas mulia ini.

Tidak segan bertanya

Tidak perlu segan dalam melaksanakan dakwah. Kalau kita segan, pasti banyak ‘networking’ yang kita terlepas padahal ‘networking’ adalah jalan pintas untuk mengenal lebih ramai insan dan mendalami ilmu dalam dakwah. Hatta ketika Rasullah balik dari Taif, Rasul meminta perlindungan dari orang Mekah agar beliau dapat masuk ke Mekah semula dan meneruskan agenda dakwahnya. Kalau Rasul segan bertanya dan berkomunikasi, pasti ia akan menyukarkan Rasul untuk kembali ke negerinya semula.

 

 bersambung

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kekuatan Otak, Kekuatan Jiwa

MEMANCARKAN KEKUATAN Jiwa adalah sumber kekuatan seseorang. Orang yang Jiwanya lemah, akan tampil sebagai sosok yang lemah. Sedangkan orang yang

Close