Pendakwah Air Kacang Soya 6

“Peralatan rasanya semua dah cukup. Bahan-bahan macam kacang soya, gula pasir, dan lain-lain kejap lagi kita beli. ”

“Wah. Bagus-bagus bang,” kata Nas tersenyum lebar. “Jadi, kita akan buka enam hari seminggu. Mm… lupa pula, kita nak jual kat mana ni bang?” Tanya Nas
“Ye tak ye juga. Tuan Haji tadi ada pesan supaya kita pilih tempat yang sesuai. Abang cadangkan kita jual je di stesen bas.”
“Ok ke di situ? Memanglah banyak bas dan orang pun ramai tapi, di situ kotor sikit, tak campur lagi dengan asap hitam bas. Tercemar nanti air kita. Apa kata kalau kita jual dekat kawasan kedai berdekatan Taman Manggis? Ramai orang juga. Saya tengok setiap pagi dan petang, mesti ramai orang beli kuih kat Mak Minah tu. Kalau beli kuih, lepas tu ada pula air kacang soya, kan best tu bang?”
Din berfikir sebentar “Bagus juga idea tu. Strategik pun strategik. Dari segi masa, kita buka gerai pagi dan petang. Ok?”
Nas bersetuju. Din mencatat segala perancangan dalam buku catatan sambil Nas mengemas barang-barang yang dipinjam ke dalam rumah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 4

Pada malamnya, setelah selesai solat isyak, Nas dan Din pergi berjumpa Abang Fandi untuk berbincang tentang projek jualan mereka. Din...

Close