Koleksi ST-GalleryPAKS

Pendakwah Air Kacang Soya 4

“Hmm.. Bagus tu. Tak ramai orang muda yang nak berniaga lepas SPM” Abang Fandi memberi kata-kata perangsang.

 

Melihat Din diam, Nas mencelah “ Tapi, kami kekurangan modal untuk beli barang-barang seperti blender, dapur gas, periuk, dan bekas air. Jadi, kami ingat nak pinjam je dulu barang-barang tu. Abang boleh tolong tak?

 

“Ooo.. cakap la nak minta tolong. Tak perlu malu. Peralatan seperti dapur gas, periuk, blender, abang ada. Boleh pinjam abang punya. Tapi, bekas air nak jual kacang soya tu, cuba tanya pada Haji Ismail. Dulu dia pun berniaga jual air juga. Sekarang dia dah berhenti. Tanya-tanya la sekali tip-tip berniaga dari dia.”

 

“Tapi, kami tak berapa kenal dia. Segan la.” Sampuk Din

 

“Nak berniaga tak boleh la segan. Abang akan teman tapi, Nas dan Din yang kena cakap nak pinjam barang”

 

“Ok bang, no problem.Esok pagi kita jumpa Haji Ismail. Ok?” Nas berkata dengan begitu yakin.

 

“OK!” sambut Din dan Abang Fandi serentak.

Catatan pendakwah: 

Bersama orang yang sesuai 

Seorang pendakwah tidak melaksanakan kerjanya seorang diri. Kalau perlu masuk ke suatu tempat yang memerlukan kemahiran bercakap, maka pendakwah perlu melengkapkan diri dengan kamhiran tersebut. Jika tidak, ia akan memilih ‘networking’-nya untuk menjadi wakil dalam melaksanakan tugas tersebut. Ini penting kerana kekadang kata-kata kita tidak memberi kesan pada pendengar tetapi mungkin individu lain mampu menyampaikan dengan baik. Mungkin kita tidak mahir al-Quran dan Sains, namun individu lain ada yang boleh dijemput untuk menyampaikan tajuk tersebut serta memberi kesan yang maksimum. Siapa untung? Dua-dua untung.

Sinergi dalam berdakwah 

Hal di atas menunjukkan kepentingan berjemaah, berkerjasama dan sinergi. Mungkin kita tidak dapat ke depan untuk menyampaikan kebenaran, namun individu yang mewakili kita itu adalah sebahagian daripada kita. Dalam dakwah, kita perlu bersifat sinergi agar kesannya besar dan berjangka masa panjang. Dalam dunia perniagaan, sinergi ini mungkin akan menyebabkan keuntungan yang terpaksa dibahagi-bahagi pada sesuatu projek. Namun mungkin individu yang seorang lagi akan mendapat projek tambahan yang boleh dibahagi-bahagikan kepada anda semula. Bukankah ini akan mewujudkan peluang keuntungan yang lebih besar? 

Kalau Rasul tidak melaksanakan usaha sinergi, pasti beliau sendiri yang akan ke Madinah untuk mengajar Islam – bukannya Mus’ab b Umair. Keuntungan yang diperoleh Mus’ab b Umair sebenarnya dikongsi bersama Rasul di Mekah. Keuntungan syarikat yang sinergi akan melebar dan membaiki ekonomi sesuatu kawasan atau kumpulan perniagaan.

Cabaran dalam Sinergi 

Antara kerja sendiri dan sinergi, ada bezanya. Apabila sinergi, Din dan Nas perlu bertemu dengan Abang Fandi serta perlu menunggu keesokan harinya untuk bertemu dengan Haji Ismail. Kalau kerja sendiri, mungkin boleh dibuat apa sahaja yang dikehendaki hari itu juga, Namun itulah harga sebuah sinergi. Ia memerlukan kesabaran – namun tidaklah sehingga menurunkan produktiviti usaha yang dilaksanakan. Nabi perlu melatih Mus’ab b Umair untuk mewujudkan sinergi. Tetapi penantian dan usaha itu memberi pulangan yang besar pada dakwah Islam di Mekah dan Madinah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Tumpanglah teknologi Allah!

Kalau mengharapkan teknologi manusia, memang kita tidak ke mana! Ada satu cerita berkaitan seekor semut yang hinggap di kopiah seorang...

Close