Imam Junaid bertemu Iblis


Menurut satu riwayat, Imam Junaid, seorang ulama tersohor zaman dulu ingin bertemu Iblis. Allah mengizinkannya seperti mana berlaku pada Abu Hurairah. Iblis menyerupai seorang tua. Lantas Imam Junaid bertanya satu soalan yang amat penting kita fahami dalam dunia ini – bagi memahami diri kita dan individu di sekeliling.

 

“Mengapa kamu tidak sujud hormat kepada Adam padahal kamu ada di situ pada masa itu?”

 

Dijawab oleh Iblis: “Macam mana aku ingin sujud selain daripada Allah…”

 

Bukankah jawapan itu amat besar dan powerful? Bagi hati yang rendah dan tidak kuat dengan kefahaman Islam, pasti rasional ini amat boleh diterima. Inilah yang dinyatakan oleh Syeikh Hamza Yusuf.

 

Atas dasar itu, dalam kita membaca al-Quran atau hidup seharian, perlu kita berlindung pada Allah daripada syaitan kerana rasional dan tipu dayanya amat licik sehinggakan mudah untuk memasuki hati yang kecil atau nipis salutan imannya.

 

Apakah yang dapat kita pelajari dalam hal ini? ‘Mukhalafatu taadduban” – Menyalahi adab yang sepatutnya.

 

Semamangnya adab kepada Allah ialah kita sujud dan patuh pada-Nya. Adab pada Nabi ialah kita menghormati dan mengikutnya. Namun kekadang rasional sujud atau hormat ini tidak betul digunakan. Ini pernah terjadi pada Saidina Abu Bakar yang menolak menjadi imam atau Saidina Umar yang tidak setuju Nabi memadamkan kata ‘Rasulullah’ dalam perjanjian Hudaibiyah. Sememangnya mereka ingin menghormati Nabi – tetapi penghormatan itu menjadi songsang – menghormati sehingga tidak menghormati apa yang disuruh oleh Rasul.

 

Realiti hidup – Mukhalafatu Taadduban

 

Dalam kehidupan seharian, perkara  ini banyak berlaku. Kerana terlampau menyanjungi seseorang, maka seseorang itu melaksanakan sesuatu yang menjelaskan ketidakhormatan. Lebih teruk lagi dalam kes Iblis Рkerana ingin sangat taat pada Allah sehingga dia melaksanakan tindakan tidak taat. Dan dia tetap berkeras dan berdegil dengan kefahaman itu sehingga akhir hayat. Bukankah ini banyak berlaku dalam realiti hidup kini yang perlu kita jaga-jagakan?

 

  • Ingin memperjuangkan Islam sehingga tidak beradab dalam menyampaikan Islam. Yang terbaik,berdakwah dan ikuti dengan akhlak yang mulia
  • Ingin sangat ingin menjadi pendakwah sehingga diabaikan keperluan menjadi pendakwah seperti menghormati orang lain, belajar ilm, rendah diri dan sebagainya. Yang terbaik ialh susun dan kenali kekeuatan diri serta tambahkan dengan perancangan yang sesuai.
  • Ingin sangat dalam dakwah, tetapi kerja yang ada sekarang dianggap tidak sesuai dan perlu diusahakan dakwah yang lain kerana menganggap kerja skrg kurang sesuai. Yang terbaik ialah kembali semula kepada kerja sekarang kalu ia tidak sesuai sekarang – bukan kerana ingin lari dari medan perjuangan dakwah yang sedia ada diamanahkan oleh Allah. Ia seperti Rasul kembali ke Mekah setelah berhijrah ke Madinah.

Yang pasti, kata Imam Junaid bahawa syaitan adalah penipu. Sebab yang dijawab itu sebenarnya adalah tipu belaka. Bukankah ini adalah sifat syaitan? Bagi orang yang berdolak dalik atas apa yang akan dibuatnya betul berbanding kerja kebaikan yang sepatutnya dibuat sekarang, ia melambangkan ‘tipu’ yang ada dalam diri – dan tipu ini bukanlah sekadar pada perkataan yang jelas –¬† tetapi lebih teruk jika ia hadir dari hati yang menyembunyikan. Bagaimana nak tahu hati sedang menipu? Antaranya: Payah untuk mengalirkan air mata dan tidak bertambah iman ketika membaca ayat ALlah.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Salah Paham Mengenai Hermeneutika

Diambil dari: http://minhaj-al-aqilin.blogspot.com/ Ada beberapa orang yang dengan menggebu-gebu melancarkan "perang salib" terhadap hermeneutika, dengan anggapan bahwa "ilmu" yang dianggap...

Close