I reverse back USD 95?!

Saya memerhati kepada akaun Bank of America. Ada overdraft fee yang dikenakan. Bukan sekali. Tetapi 3 kali. Pertama USD25. Kedua USD 35. Ketiga USD 35. Lihat-lihat akaun, tak de pula yang tidak cukup fund. Saya memang pastikan duit cukup, baru berbelanja. Pelik bin ajaib. Malah overdraft fee yang dikenakan juga tidak sama. Kalau mahu tolak, pasti fee-nya sama. Makin pelik. Saya telefon Bank of America. Memang pantas dapat bercakap dengan customer service, dan individu tersebut menyatakan ‘I reverse back USD95’. Semudah itu? Alhamdulillah. Itu sahaja? Tiada ucap maaf? Atau saya yang patut rasa bersyukur – dapat semula USD 95?

Senario ini menunujukkan sistem manusia tidak lengkap dan sempurna. Walau sehebat manapun, ia tetap terdedah kepada kelemahan sebagai manusia. Dan kelemahan ini – kekadang diakui dengan rasa rendah diri, kekadang berlaku dengan menzalimi orang lain. Nauzubillah.

Dalam kes di atas, katakanlah saya tidak menelefon Bank of America, apa akan jadi? USD 95 itu akan pergi begitu sahaja. Sebabnya? Kesilapan di Bank of America. Itu baik sangkanya. Buruk sangkanya – memang ada individu yang ingin ambil duit. Atau ada organisasi (Bank of America sendiri) yang ingin kebas duit pelanggannya. Kezaliman pelbagai tahap. Kesan dari apa ? Kesan dari sistem yang ada kelemahan.

Dunia kita penuh dengan sistem yang lemah

Atas dasar itu, dalam kehidupan, kita dapat perhatikan, ada individu yang membuat kesilapan. Samada sengaja atau tak sengaja. Memang ada kaitan dengan salah individu kalau ia dilaksanakan dengan niat. Tapi dalam banyak hal, ia diterukkan lagi oleh sistem yang dibina – apatah lagi apabil ia jauh dari ciri Rabbani. Maka masing-masing membina sistem dengan akal rasional sendiri tanpa berpandu pada wahyu yang peranannya mengatur hidup manusia.

Wujudlah kesilapan dan kelemahan di mana. Bagi yang cepat sedar dan rendah diri, kesilapan diiringi dengan kata-kata maaf atau setidak-tidaknya sesalan untuk membaiki. Namun kalau kesilapan itu disedari dengan ‘esteem tinggi dan powerful‘ , hak yang dizalimi dikembalikan sebagai tanda ‘saya powerful, nah ini hak. See, I give you back your right. How just and good I am’ Patutkah begini?

Antara patut dan tak patut

Maka itulah dunia ini. Masing-masing ingin membina keyakinan dan kejayaan. Tetapi kelemahan tetap ada. Bagi diri yang ingin mendekatkan diri kepada Allah, adalah lebih baik mengaku kelemahan dengan rendah diri. Tetapi ia bukan bermaksud berjiwa kecil dan mudah putus asa apabila ditegur atau tersilap. Jadilah kerdil di hadapan Allah serta memohon maaf. Kemudian teruskan nafas kejayaan. Jangan sekali-kali lupa, sehebat manapun sistem aytau individu tertentu, ia akan berbuat kesilapan. Yang penting jangan dikisahkan sangat orang yang berbuat silap kerana ia akan bertanggungjawab pada dirinya. Yang penting ialah kita – sudah dibaikikah diri? Kalau ini menjadi rencah dalam kehidupan, pasti masing-masing bahagian menuju Allah.  Silap tetap silap, tapi jadikan ia asas untuk kemajuan seterusnya. Itulah cara Bank of America membina namanya.

Tapi  perlu ingat, sejauh mana ‘overdraft fee’ yang kita sudah laksanakan pada manusia tanpa mereka sedar atau tak mampu nak tuntut di dunia,  ada jani dan pengadilan Allah di akhirat. Di situ baru tahu siapa yang benar-benar berjaya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kepentingan Model Multi-Dimensi PIES dalam Kehidupan

 Dalam kehidupan seharian, pelbagai cabaran yang datang melanda. Ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia makin kompleks bergantung kepada kemampuan...

Close