Pendakwah Air Kacang Soya 1

Nas dan Din datang dari kejauhan. Mereka datang dengan penuh semangat ke Segamat. Mereka berdua tahu bahawa apa yang mereka akan laksanakan adalah projek yang besar, terutama bagi anak muda yang baru sahaja menamatkan pelajaran di sekolah menengah. Kali ini mereka memang amat bersemangat dan berminat. Untuk menjadi usahawan muda. Pastinya, ia dilaksanakan atas dalil bahawa Rasul juga adalah usahawan atau pedagang yang berjaya ketika hidup mudanya. Dengan kejayaan itulah, Rasullah mampu membawa keuntungan yang banyak kepada Khadijah. Lebih dari itu, kemahiran menjadi pedagang, peniaga atau usahawan ini membina personaliti baginda untuk menjadi personaliti dakwah. Itulah sebabnya Nas dan Din datang dari jauh untuk cuba dengan penuh tabah dan cekal.

Awal pagi hari pertama, Nas dan Din bangun awal untuk membincangkan apakah yang akan dijual. Apakah yang mampu mereka laksanakan untuk berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi. Panjang perbincangan mereka, tetapi ia berlegar pada satu produk yang amat mereka biasa menjualnya. Air kacang soya.

Kata Din, "Kita ambil dahulu contoh perniagaan ayah. Tak de lah kekok sangat nanti. Ayah menjadi pembekal air kacang soya ke sekolah-sekolah dan kedai-kedai."

Nas dan Din bersetuju untuk mencatat dalam buku log mereka dari segi akaun dan pengalaman. Ini untuk memudahkan perkongsian pengalaman mereka bersama rakan-rakan usahawan muda pada masa akan datang.

Catatan saya:

Siapa layak?

Yang layak untuk berniaga di atas muka bumi ini tidak mengira pangkat dan harta. Yang layak untuk berdakwah juga tidak mengira pangkat dan harta. Jika orang berniaga untuk mendapat keuntungan dunia, individu pendakwah ingin keuntungan di dunia dan akhirat. Siapa yang layak mendapat keuntungan? Semua orang – walaupun ia masih merangkak-rangkak untuk memahami Islam. Sememangnya penjual air kacang soya tepi jalan berbeza dengan penghasil air kacang soya yang besar seperti Yeo’s, namun kedua-duanya ada potensi dan layak dapat untung. Hanya orang yang tidak mahu untung tidak mahu niaga. Hanya orang yang tidak mahu syurga di dunia dan akhirat sahaja tidak mahu berdakwah.

Lintasan pertama
Nas dan Din cenderung untuk menjual air kacang soya pada lintasan pertama kerana itulah kemahiran mereka yang diyakini dan selesa untuk diteruskan. Pendakwah juga mempunyai topik dan bidang yang diyakini dan selesa untuk disampaikan. Memberi keutamaan kepada perkara ini amat penting kerana dakwah bukan sekadar dilaksanakan satu dua hari. Jika perlu ditambah bidang lain, ia dilaksanakan setelah mencari kemahiran dalam bidang tersebut. Namun mulakanlah dengan apa yang ada dan majukanlah aspek lain.

 

Mengambil contoh orang terdahulu 

Seseorang pendakwah boleh melaksanakan sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh orang terdahulu namun ia merugikan masa dan tenaga kerana pengalaman orang terdahulu boleh dijadikan modal asas untuk bergerak sebagai pendakwah. Dengan mengambil pedoman orang terdahulu, tahap kegagalan itu akan menjadi minimum dan terpelihara – dengan mengikut contoh junjungan Nabi Muhammad saw.

Produk apa?

Tidak mungkin untuk seorang peniaga menjual air kacang soya basi kepada orang ramai. Apatah lagi kalau peniaga soya basi menjual kepada penjual soya yang digemari dan tersohor di sesuatu tempat. Produk yang ingin dijual perlulah berkualiti bagus. Dalam dakwah, walaupun semua orang boleh berniaga, tapi pastikan mesej itu mesej kebenaran. Jika tidak, tidak mungkin orang ‘membeli’ produk pendakwah tersebut. "Islam itu hanya dalam masjid," kata seorang pendakwah. Mungkinkah mesej songsang itu diterima oleh orang ramai ? Kalau dinyatakan pada alim ulama, pendakwah tadi mungkin tidak lama dan akhirnya digelar sebagai pendakyah ajaran sesat.

Mencatat pengalaman  

Dakwah juga perlu dicatat samada dalam buku atau disampaikan kepada generasi seterusnya sebagai panduan. Kalau Rasul, baginda mencatat pengalaman dengan kata-katanya yang diabadikan dalam hadis yang menjadi panduan harian umat Islam. Kalau bagi kita, kongsilah pengalaman dengan kawan-kawan lain.Paling tidak, apabila ia didokumentasikan atau dicatat, ia akan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. Pendakwah akan mampu membuat analisis pada dakwah yang dilaksanakan -apakah data yang ada, siapa yang perlu didekati, siapa yang berpotensi untuk membantu usaha dakwah dan banyak lagi. Jika ia diingat secara manual sahaja, kapasiti manusia kini agak terbatas lantaran ledakan maklumat yang ada.

 

bersambung

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kekuatan Otak, Kekuatan Jiwa

MEMANCARKAN KEKUATAN Jiwa adalah sumber kekuatan seseorang. Orang yang Jiwanya lemah, akan tampil sebagai sosok yang lemah. Sedangkan orang yang

Close