Pendakwah Air Kacang Soya 5

Abang Fandi tersengih. “Ni saya bawa dua orang usahawan muda ni, Nas dan Din,” kata abang Fandi sambil tersenyum. “Mereka yang berhajat sangat jumpa Tuan Haji ni. Ha, apa lagi, beritahu la hajat kamu berdua pada Tuan Haji,” sambil menoleh kepada adik beradik kembar yang penuh semangat ini.

Din terus menyuarakan hajat mereka. “Macam ni Tuan Haji, saya dengan Nas ni rancang nak berniaga, jual air kacang soya. Tapi, kami tak cukup modal untuk beli beberapa peralatan. Kalau boleh kami nak pinjam bekas air dari Tuan Haji. Nanti, dah ada duit sikit, kami beli baru dan pulangkan semula bekas air tuan haji.”  Din agak segan menyatakan hajat tersebut, tapi diteruskan jua.

Mendengar penerangan dari Din, Haji Ismail terus berkata “Alhamdulillah, saya memang suka benar kalau ada orang muda nak berniaga ni. Takpela, kamu ambil je la terus bekas air saya tu. Bukannya nak guna lagi pun. Daripada tersimpan je dalam stor tu, baik kamu guna. Barang-barang macam pencedok minuman, balang air gula dan lain-lain dalam bekas tu pun kamu ambil sekali. Barang-barang tu pun kena ada juga kalau nak jual air.”

“Ye ke, Tuan Haji. Terima kasih ye.” Balas Nas, gembira dengan tawaran tersebut. Dalam hatinya, dia akan membayar sagu hati kecil kepada Tuan Haji apabila perniagaan sudah mengaut keuntungan. Kalau janji sekarang, perniagaannya pun belum bermula.

Haji Ismail terus mencelah “Sama-sama. Saya pernah lalui zaman macam kamu ni. Zaman mula-mula nak berniaga. Zaman jatuh bangun, suka duka, naik turun, semua tu saya dah rasa. Kamu kena rancang betul-betul perniagaan kamu dan mesti bersedia bila-bila masa dengan segala ujian….”

“Betul tu Tuan Haji. Nak merancang mula nie pun kami pening kepala. Kalau Tuan Haji sudi, boleh ceritakan sikit pengalaman-pengalaman Tuan Haji?” Din terus bertanya. Din memang seorang yang berani. Din terkenal di sekolahnya sebagai pemidato bahasa Inggeris manakala Nas sebagai pemidato bahasa Arab. Dua-dua petah bercakap.

Nas dan Din begitu bersemangat mendengar Haji Ismail menceritakan pengalamannya dalam perniagaan. Mereka makin yakin dengan pilihan yang dibuat.

Mereka berempat bersembang dengan begitu rancak.

Hampir tengahari, Din, Nas dan abang Fandi pulang ke rumah. Nas dan Din kelihatan begitu gembira. Bukan sahaja dapat barang-barang, pengalaman yang dikongsi oleh Tuan Haji pun banyak membuka minda mereka.

Mereka sudah bersedia untuk langkah seterusnya.

Catatan Pendakwah

Banyaknya peluang di luar sana

-banyak peluang untuk buat dakwah untuk pelbagai kelompok
-banyak orang yang ingin membantu untuk melaksanakan kebaikan dan mendapat keuntungan di dunia dan akhirat

Psikologi peniaga akan memahami peniaga

-Haji Ismail faham dan mudah menolong kerana beliau ada pengalaman

Pening  kepala, namun ada ubatnya

-pening kepala kerana tak tahu mana nak mula di samping minat serta personaliti yang berbeza-beza

-namun kalau jumpa orang berpengalaman, mereka akan mampu untuk guide dan kalau idea itu sudah ada, mereka akan memberi galakan untuk diteruskan. Galakan dari orang lain akan meneguhkan keputusan tindakan yang akan dilaksanakan dalam dakwah.

Sembang dakwah, ada manfaatnya

– orang ramai sembang pengalaman niaga. penuh dengan falsafah dan teori yang boleh dijadikan panduan dalam lapangan sebenar.

– sembang dakwah amat penting agar semangat untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda ini akan terus bersemarak

– sembang dakwah bukan sahaja dalam bentuk operational tetapi dalam bentuk ruuh. Tanpa dikaitkan dengan ruuhi  , ia akan menyebabkan masing-masing jadi robot yang akan dikerah dan digunakan tanpa sedar mengapa. Sembang dakwah bukan sahaja pada how , what  dan when  tetapi yang lebih penting ialah why.

bersambung

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 4

Pada malamnya, setelah selesai solat isyak, Nas dan Din pergi berjumpa Abang Fandi untuk berbincang tentang projek jualan mereka. Din...

Close