Setiap perkara ada roh, ada jasadnya
Atas dasar itu, dalam kehidupan seharian kita perlu memastikan kita tahu apakah roh dan jasad sesuatu perkara. Tanpa pasangan roh dan jasad, sesuatu perkara itu tidak mampu memberi semangat atau motivasi untuk dilaksanakan.Kekadang kita menyampaikan nasihat, ceramah, tazkirah atau penulisan, tetapi ia tidak pergi jauh. Ini kerana elemen roh dan jasad ini perlu diambilkira.
Contoh Sabar
Sebagai contoh, roh sabar ialah memahami bahawa hidup ini ialah ujian Allah dan segala cabaran adalah datang dari Allah untuk diterima. Jasadnya: tidak marah, menahan diri dan kekal dalam keadaan terkawal. Jika seseorang tidak memahami roh ini, ia akan menyebabkan jasad sabar tidak kekal. Tanpa jasad, sabar hanyalah sebagai iktikad yang tidak mampu diterjemahkan dengan baik.
Orang Islam sentiasa kuat roh dan jasad dalam segenap perkara
Lantaran itulah, kehidupan kita perlu mengambil kita roh dan jasad pada apa jua perkara yang dilaksanakan. Roh dan jasad ini ada kaitan samada individu yang menyampaikannya itu melaksanakan perkara itu atau tidak. Lebih dari itu, roh dan jasad akan memastikan kelestarian sesuatu amal pada tahap yang sepatutnya.
