Pendakwah Air Kacang Soya 21

Abang tak boleh takut sangat untuk berbelanja. Saya tahu mungkin dengan beli kerusi tidaklah nampak boleh menjana duit untuk kita. Insya Allah, dengan cara ni pelanggan kita akan rasa lebih dihargai. Dan mereka akan sentiasa rasa senang untuk datang ke gerai kita”
Din bukanlah seorang yang mudah menerima sesuatu yang dia sendiri tidak yakin. Lama juga perdebatan yang berlaku antara dua pendebat sekolah terkenal ini. Din tetap dengan pendiriannya sambil Nas berulangkali cuba meyakinkan saudara kembarnya itu.
Akhirnya, setelah lama berbincang, Din akur dan mula boleh bertolak ansur.
Baiklah, kita cuba dulu. Tapi, kita kena buat pengiraan dahulu untuk lihat berapa banyak kerusi yang perlu kita beli.” Kata Din
Nas gembira Din bersetuju dengan cadangannya ”Ok bang, kita beli sekadar yang mampu untuk masa ni”
Mereka sama-sama membuat anggaran bilangan kerusi yang diperlukan dan kosnya
 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close