Pendakwah Air Kacang Soya 8

Setelah selesai mencatat, Din berkata “Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar yang Tuan Haji bagi tu. Dah lama juga abang tak praktis buat air kacang soya.”

”Ok bang, boleh gak saya belajar-belajar buat air kacang soya. Mengasah skill” kata Nas

Din memulakan proses membuat air kacang soya sambil Nas menolong dan pada masa yang sama belajar. Kacang soya yang direndam malam tadi dikeluarkan. Lantaran ini adalah kali pertama mereka mencuba semula, air soya hanya siap hampir 2 jam kemudian. ”Fuh, penat juga nak buat air kacang soya ni. Lama dah tak buat. Ok, encik Nas silalah rasa air ini,” gurau Din sambil menghulurkan secawan air kacang soya kepada Nas.

Din menghirup penuh ghairah. Namun berkerut mukanya selepas hirupan pertama. ”Manis sangat la bang air ni. Mungkin sebab cair sangat air ni. Susah nak agak berapa banyak air gula yang diperlukan. Letak sikit, tawar pula. Belum letak ais batu lagi, lagi la tawar nanti.” Komen Nas
Din berfikir sebentar, kemudian berkata ”Ok, takpe, kita cuba lagi.”
”Habis tu, air ni kena buang la? Membazir nanti.”
“Takpe, Nas tolong tuang air ni dalam bekas lain. Kita simpan dan bagi je pada penduduk kampung ni nanti.Rugi sikit untuk untung yang banyak, apa salahnya. Abang rasa abang tahu kat mana abang silap tadi. Kita cuba lagi sekali.” Jawab Din.
Mereka mencuba sekali lagi untuk kali yang kedua. Setelah siap air kacang soya, Nas dan Din mencuba air tersebut. Dari riak wajah mereka, mereka berpuas hati dengan cubaan kedua mereka.

”Ok bang, tak sabar dah saya nak menunggu esok ni,” kata Nas sambil tersenyum.

Mereka berkemas dan bersedia untuk hari pertama mereka berniaga.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Merantaulah

Banyak kelebihan daripada merantauatau bermusafir. Hal ini memang jelas apabila kita melihat senario yang berlaku pada tokoh-tokoh terdahulu di kalangan...

Close