Perancangan Strategik dengan Asas Fiqh Dakwah


Apabila kita menguruskan sesama manusia, kita perlu mempunyai perancangan strategik agar dapat mencapai apa yang kita harapkan dalam kehidupan. Perancangan strategik ini perlu dibuat dan dikongsi bersama bagi memastikan wujud shared vision  dalam diri ahli pasukan. Apa yang pasti, perancangan itu perlulah diwujudkan atas asas yang bersumber daripada al-Quran dan as-Sunnah. Salah satunya ialah dengan memerhati marhalah dalam fiqh dakwah yang terekod dalam seerah.

Marhalah yang dimaksudkan ialah at-ta’reef (at-tableegh & at-taa’leem), at-takween dan at-tanfeez (at-tanzheem). Jika kita mengambil kira marhalah ini dalam merencana usaha dakwah sesuatu kumpulan, ia pasti akan menghasilkan natijah yang besar kerana inilah formula yang dilaksanakan oleh Rasul dan sahabat.

Bagaimana marhalah ini dapat dijadikan sebagai Perancangan Strategik?

Tidak lain tidak bukan dengan memahami wasilah di peringkat marhalah masing-masing. Di peringkat at-ta’reef, perlu banyak program umum yang akan mengumpulkan pendengar yang akan memahami apa yang perlu diketahui. Daripada program sebegini, pasti ada yang berminat untuk meneruskan usaha mendalami ilmu. Individu yang bersedia ini akan dipastikan mendapat follow up yang berkesan dan mantap selepas itu.

 

(Bersambung)…

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Anda bukan beban dakwah?

Ramai individu yang berminat untuk menjadi pendakwah atau dalam istilah bahasa Arabnya "'da'i'". Sememangnya dakwah ini ialah kewajipan dalam al-Quran...

Close