Infaklah kerana ia membersihkan dan bukti membenarkan
Dalam surah al-Baqarah ayat 3, Allah berfirman bahawa tanda orang yang beriman itu ialah mereka yang menginfaqkan rezekinya ke jalan Allah. Mengapa perlu infaq?Infaq adalah menyalurkan sebahagian harta kepada jalan yang dibenarkan oleh Allah. Menurut salah seorang ulama yang memberi komentar, Doktor Muhammad Hassan al-Hamsi, ‘yunfiqoon’ ini bererti mengeluarkan zakat dan bersedekah. Zakat dikaitkan dengan pembersihan. Manakala sedeqah dikaitkan dengan pembenaran kepada keimanan.
Apakah perkara yang perlu diinfaqkan? Harta yang ada pada diri manusia meliputi masa, wang, anak-pinak, isteri, kenderaan dan apa jua nikmat rezeki yang dikurniakan. Kalau seseorang tidak bersedia untuk mengeluarkan sebahagian daripada rezeki ini, ia membuktikan hatinya masih belum cukup ‘bersih’ dan ‘benar’.
Jadi ‘bukalah’ diri dan orang di sekeliling untuk disumbangkan kepada Allah. Jangan belenggukan diri dengan perkara-perkara dunia yang memang menggiurkan.
