Pengurusan Masa – selesaikan PIE dahulu

Ramai yang tidak pasti atau jelas teknik pengurusan masa. Ada yang mengikuti seminar pelbagai tetapi masih tidak mampu menguruskan masa dengan baik. Apakah masa? Dalam bahasa Arab , masa ialah as-sa'ah. Apabila ditanya kepada Nabi Muhammad, dijawab baginda, 'tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya.' Tetapi yang Rasul tahu ialah Islam, Iman dan Ihsan. Kalau masa ialah dimensi ke-4, selesaikan dimensi 1,2 dan 3 dahulu. Barulah masa dapat diuruskan dengan baik.Ini disebabkan beberapa persoalan boleh diajukan pada konsep pengurusan masa yang anda gunakan sekarang:

  1. Sudah diurus dengan baik?
  2. Anda mampu bertindak multitasking?
  3. Kalau tidak diuruskan dengan baik tentu elemen PIE tidak difahami, ditekuni atau diamalkan dengan benar.
  4.  Kalau anda sudah merasakan ‘masa diurus dengan baik’, cuba tanyakan: sudah pastikan masa itu diisi dengan tindakan yang menyediakan diri kita ke arah as-sa-ah? Jika belum, anda mungkin tertipu dengan masa yang anda uruskan. Ia mungkin belum diuruskan dengan baik. Hanya anda sahaja yang merasakan ia diurus sehingga anda mampu menyelesaikan banyak perkara.
  5. Subhanallah! Itulah sebabnya manusia dianggap rugi kecuali yang memenuhi ciri dalam surah al-‘Asr?

(bersambung)

*konsep ini diperoleh, Alhamdulillah, semasa menyampaikan latihan kepada Kelab Insaniah, Kolej PolyTech MARA, Bangi

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
PIES – Prinsip pada Asmaullahu Husna dan Hadith 40

Banyak disiplin ilmu yang perlu diketahui bagi seseorang yang ingin mengetahui potensi dirinya yang diringkaskan sebagai fizikal, intelek, emosi dan...

Close