Hidayah…Mencari Tuhan – Plot


Novel ini mengisahkan seorang perempuan Melayu yang ingin kembali kepada agama Islam setelah terjebak dengan anasir Kristian setelah beberapa tahun. Novel ini menggunakan kaedah penceritaan semula antara wanita Melayu tersebut dengan seorang ustaz yang komited memberi panduan bagi membuat keputusan di persimpangan tersebut.

Ia bermula apabila Hidayah merasakan bahawa hidupnya amat kosong dan bosan apabila keluarganya bermasalah. Ia juga memberi kesan kepada gaya hidupnya seharian yang amat sosial walaupun beliau masih mampu mengawal diri pada sebahagian perkara yang dilarang. Beliau merasakan hidupnya bermakna apabila bertemu dengan beberapa orang yang tidak sama agama dengannya namun mempunyai perawakan yang amat menarik dan sopan. Kali ini beliau dilayan amat istimewa sehingga beliau sendiri yang berminat untuk berkongsi pengalaman manis beliau bersama remaja Melayu lain.Beliau kemudiannya melebarkan pengalaman ke US -Australia – Malaysia – Thailand  dan akhirnya kembali ke Malaysia semula dengan seribu satu pengalaman yang mengesankan apabila bercakap tentang akhlak orang Islam dalam novel ini. Dialog Hidayah bersama Ustaz Farid akhirnya melantunkan satu tekad yang akan terus membara. Hidayah membina tekad untuk memperjuangkan kumpulan yang senasib dengannya agar mereka semua mampu mencari dan bertemu dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Pengurusan Masa – selesaikan PIE dahulu

Ramai yang tidak pasti atau jelas teknik pengurusan masa. Ada yang mengikuti seminar pelbagai tetapi masih tidak mampu menguruskan masa...

Close