Hidayah…Mencari Tuhan

Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 8

Aku menyemak-nyemak koleksi SMS dalam telefon bimbit yang dibawa. Masih banyak SMS yang belum ku padam. Belum dipadam lantas ia membawa seribu satu nostalgia perjalanan hidup selama ini. Hatta SMS tak sampai setahun ini pun membangkitkan banyak pengalaman lalu yang penuh makna dan implikasi, apatah lagi kalau di akhirat nanti aku akan dibangkitkan dengan segala catatan. Catatan bukan sekadar SMS, tetapi penuh berjela dan videonya sekali. Mana mungkin aku lupakan. Mana mungkin untuk dipesongkan pengalaman tersebut.

 

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 6

"Tapi ustaz, saya rasa ustaz nie peliklah. Kalau ustaz atau ustazah lain, mereka nakkan saya masuk Islam. Mereka kata kita rugi kalau tak masuk Islam. Nanti masuk neraka. Mereka suruh saya sembahyang, zikir, baca Quran dan sebagainya. Saya diajar untuk jujur. Saya merasakan kalau saya tidak jelas apa yang saya buat, saya tak akan buat. Salah ke ustaz?"

Aku diam. Hidayah menduga dengan penuh jujur, aku rasakan.

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 5

Wajarkah aku menanti saat ‘pasti’ dan ‘pasti meyakinkan’ itu sehingga akan tertimpa ujian daripada Allah? Sejarah Nabi menjelaskan dengan jelas. Hidup akan penuh ujian. Kalau bukan ujian itu hasil gerak kerja kita dalam melaksanakan usaha dakwah, maka Allah akan memberi ujian tersebut dalam bentuk lain. Namun ujian bentuk lain ini mungkin datang sekali dua sahaja. Kalau berjaya dihadapi, ia akan mendekatkan diri kepada Tuhan. Jika tidak, mungkin kita gagal dalam hidup lantas kerana kita amat takbur dengan Tuhan yang menjadikan kita.

"Pernah dengar kisah Firaun yang tak sakit-sakit 500 tahun?" 

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 4

"Ustaz, perbincangan yang akan kita laksanakan ini bukanlah penceritaan diri saya sahaja. Saya akan sekalikan dengan pengalaman kawan-kawan saya. Dan saya juga ingin bertanya beberapa soalan  yang diharapkan ustaz tidak bosan menjawabnya, ya?"

Aku mengangguk. Senyum.

"Bukan apa ustaz. Saya tak nak menyakiti hati ustaz."

"Hidayah, tak de soalan yang menyakiti pun kerana kita semuanya mencari Tuhan. Kekadang apabila kita rasakan soalan itu tidak sesuai tetapi kita bermain sentiasa dengan persoalan tersebut, ia akan menyebabkan diri kita sakit dan makin parah. "

Hidayah mengangguk-angguk. Ada satu jaminan. Nampak kepuasan pada raut mukanya yang awalnya nampak sugul kerana bermain dengan perasaan mencari kebenaran. 

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 3

Hari ini aku berjalan sendirian dan mengelamun apa yang berlaku. Aku cuba untuk mendalami hidup ini yang penuh dengan cabaran agar aku dapat bersyukur dengan apa yang ada. Sebelum ini, hidupku dirasakan lancar dan tidak perlu memikirkan banyak pasal Tuhan. Namun setelah bergelumang dengan dunia perniagaan dan manusia, aku baru merasakan sesuatu yang amat bermakna. Kebergantungan kepada Tuhan itu amat penting. Pencarian Tuhan ini bukan sekadar untuk dikenali tetapi untuk didekati. Hidayah yang mencari Tuhan sebenarnya adalah refleks kepada keperluan setiap insan kepada Tuhan dalam segenap perkara yang dilaksanakan. Pengawasan dan kebergantungan itu sepatutnya 24 jam sehari dan sepanjang minggu dan tahun. Kalau ia menurun, itulah maksudnya saat iman kita turun.

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 2

Aku cuba untuk bertanya pada Hidayah. Tidak pernah aku mendapat mesej sms atau telefon daripada Hidayah sebelum ini. Tapi hari ini aku dapat semasa aku ke utara untuk menghantar ahli keluargaku di samping bertemu dengan rakan seperjuangan di sana. ‘Tentu Hidayah mencari aku’. Aku bergegas untuk menelefon. Rupanya line di kawasan situ tidak jelas menyebabkan aku sekadar mendengar suara, ‘Ustaz Fazrul, Hidayah nak balik ke rumah…"

Tut..tut..tut…. 

Read More
Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan

Aku terkesima dengan pengalaman yang diberikan oleh Tuhan. Aku rasakan ianya bukan sekadar satu pengalaman malah ia adalah mesej yang dihantar Tuhan kepada diriku yang amat kerdil. Aku ingin mencari hidayah atau hidayah mencariku? Akan ku sematkan pengalaman ini sebagai satu pedoman. Malah akan kujadikannya sebagai batu loncatan untuk aku mendekatkan diri ini dengan-Nya.    

Read More