Anjakan Dimensi RITUAL > SPIRITUAL > EHSAN

Hadith Jibrail

Ringkasnya, datang seorang lelaki yang amat bersih penampilannya, berambut hitam dan tidak dikenali oleh para sahabat. Lalu, lelaki tersebut duduk berhadapan dengan Rasulullah s.a.w. dengan begitu rapat dan mereka mula sesi soal menyoal. Lelaki tersebut bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. beberapa perkara iaitu;

    1. Khabarkan aku tentang Islam

    2. Khabarkan aku tentang Iman

    3. Khabarkan aku tentang Ihsan

    4. Khabarkan aku tentang Hari Kiamat

Namun, setiap persoalan itu  mampu dijelaskan dengan baik oleh Rasulullah s.a.w.

 

DIMENSI Islam (RI), Iman(RIm), Ehsan (Eh) dan Akhirat (Ak)

Jika kita perhati dan renungkan, dimensi rukun Islam sebenarnya  menekankan  potensi fizikal manusia atau Physical Quotient (PQ). Aspek ini termasuklah aspek syahadah yang mana ia menuntut di lafakan melalui mulut. Solat 5 waktu pula adalah dilakukan dengan menggunakan seluruh fizikal; tangan, kaki, lutut, kepala dan sebagainya. Zakat, ia menuntut kepada kita mencari rezki dan dikongsikan. Mencari harta adalah menuntut kepada seluruh fizikal atau tulang empat kerat manusia. Puasa, menahan lapar dan dahaga dengan tidak memasukkan makanan ke dalam perut dan akhir sekali ialah ibadat haji; menuntut kepada fizikal manusia yang kuat dan mantap untuk melaksanakannya. Kesimpulannya, dimensi yang digunakan dalam rukun Islam ialah dimensi fizikal atau Physical Quotient (PQ). Ini bermakna, perbuatan ritual atau rutin dalam potensi fizikal manusia mampu di gunakan.

Manakala, rukun Iman pula ia menekankan potensi  manusia yang kedua iaitu spiritual atau Spiritual Quotient (Danah Zohar) iaitu menekankan aspek yakin (believe) dan nilai (values). Kedua-dua aspek (nilai dan yakin) ini adalah menjurus kepada yakin kepada

    1. Tuhan sentiasa memerhatikan geraklangkahnya; bermaksud sedang diperhatikan                 sepanjang masa. (believe)

    2. Malaikat itu sentiasa mencatat amalan; bermaksud sedang dinilai prestasinya (values)

    3. Kitab suci adalah panduan; bermaksud pengajaran (lesson) atau learning points                     sentiasa di peringatkan supaya tidak melakukan kesilapan kali kedua.(values)

    4. Nabi dan rasul adalah tauladan; bermaksud nilai kepimpinan (values)

    5. Kiamat; bermaksud ending atau ultimate goal (believe)

     6. Qada' dan Qadar ialah ketentuan dan redha; bermaksud tawakkal dan optimis                         (believe)

 

Dimensi X, Y dan Z

Antara bab yang paling menarik untuk menerangkan dimensi ihsan, rukun iman dan rukun islam ialah bab koordinat. Terdapat 3 dimensi asas dalam paksi koordinat iaitu paksi x (horizon), y (vertikal) dan z. Kesimpulan yang dapat di umpamakan di sini ialah;

     


 

     paksi x = rukun Islam

    Paksi y = rukun Iman


 

    Paksi z = ihsan

 

Antara hujah yang kuat untuk menyokong berkenaan dengan koordinat ini ialah dengan melihat kepada ayat Allah s.w.t. yang menekankan berkenaan dengan hublumminallah dan hublumminannas; perhubungan dengan Allah (paksi y; vertikal) dan perhubungan dengan manusia (paksi x; horizontal).

Rukun Islam mampu dilihat pada sekitar hublumminannas kerana manusia akan mampu melihat seseorang muslin itu setelah bersyahadah dengan melakukan ibadat solat, puasa, haji dan zakat kerana ia dilakukan secara zahir atau fizikal. Ia mampu dilihat dengan manusia.

Mana
kala, rukun Iman pula sukar untuk dinilai oleh manusia kerana ia berkaitan dengan ukuran believe dan values. Nilai dan percaya ini adalah mampu diukur oleh Tuhan; dengan adanya percaya kepada 

    1. Allah adalah Tuhan dan Dia maha Melihat segala amal di paksi-x

    2. Malaikat mencatat amal perbuatan; baik atau buruk pada paksi-x

    3. Nabi dan Rasul menjadi contoh tauladan dan ikutan pada paksi-x

    4. Kitab suci menjadi panduan atau rujukan dalam kehidupan pada paksi-x

    5. Hari kiamat ialah hari pengadilan segala amalan semasa berada pada paksi-x  dan

    6. Qada' dan qadar menjadi kerelaan dan tawakal semasa di paksi-x. 

 Namun yang demikian, titik pertemuan paksi koordinat ialah pada titik [0,0] yang mana ia membawa erti pertemuan  di antara paksi-x, y dan z.

 

Tiada  [0,0] atau tiada Ihsan dalam amalan

Apa yang akan terjadi jika paksi -x, y dan z tidak bersilang antara satu sama lain?

Maka, berlakulah jurang pemisah antara rukun iman, islam dan ihsan. Ketiga-tiga komponen tersebut terpisah-pisah dan ia tidak menjadi kesatuan dalam beramal. Apa hujahnya?

 Mari kita lihat satu contoh. Jika tidak ada pertemuan di antara rukun iman, islam dan ihsan, maka berlakulah amalan solat yang diikuti dengan riak, takabur atau menunjuk-nunjuk. Samalah seperti amalan haji atau zakat. Jika seseorang itu melakukan amalan haji itu tidak ada believe yang tinggi kepada kedua malaikat yang mencatat perbuatannya, maka mereka melaksanakan ibadat haji itu sekadar untuk mendapat pujian 'haji' atau 'hajjah' setelah selesai menunaikan haji. Atau ada juga keadaan orang yang ingin memberi sedekah, tetapi tidak ada pertemuan di antara dimensi 'malaikat mencatat', maka mereka lebih sukakan pujian dari manusia selain Allah.

 

Astagfirullah, jika kita melakukan rutinisasi seperti solat, haji, puasa tanpa ada pertemuan di antara ketiga-tiga dimensi rukun islam, iman dan ihsan, maka ia tidak ada kesatuan dalam mendapatkan ganjaran dari Allah s.w.t. Mungkin ibadah yang kita lakukan selama ini jika tiada pertemuan di antara paksi z (ihsan) dan paksi y (iman), ia dianggap sebagai rutin atau amalan ritual tanpa ada spiritualnya. Jika tiada nilai spiritual, maka dimensi ihsan pasti jauh untuk dirasai dalam setiap amalan ritual tersebut.

 

wallahualam

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Hidayah…Mencari Tuhan – Plot

Novel ini mengisahkan seorang perempuan Melayu yang ingin kembali kepada agama Islam setelah terjebak dengan anasir Kristian setelah beberapa tahun.

Close