Aspek ritual kepada Spiritual

Sudah menjadi suatu kebiasaan di dalam masyarakat kita bahawa apabila anak-anak mereka tidak cemerlang, maka mereka pasti tidak akan berjaya. Malah ianya menjadi parah apabila mereka (ibubapa) turut beranggapan bahawa jika tidak berjaya, maka tidak akan ada peluang dan ruang yang lain untuk berjaya. Paradigma seumpama ini wajar ‘dipindahkan’ kepada suatu anjakan paradigma yang baru. Apa yang cuba saya bawakan di sini ialah suatu senario yang mana, apabila suatu suasana menjadi suatu kebiasaan atau bersifat ritual, maka akan timbul satu persepsi yang akan menjadi asas pegangan di dalam kehidupan.

Teringat saya pada satu pengalaman ibubapa yang sering menghantar anak-anak mereka ke program sekolah atau kem-kem supaya mereka ini insaf. Katanya setiap kali mereka menghantar anak-anak mereka ke sana, mereka akan melalui satu ‘training’ yang biasanya mereka buat akan melakukan sesi muhasabah. Biasalah, anak-anak akan menangis seribu air mata sehinggakan meraung-raung! Adakalanya peserta (anak-anak) yang menghadiri program tersebut mengalami pengalaman yang pertama tetapi, ada yang sudah berkali-kali! Yang menariknya, saya ingin ceritakan pengalaman dengan sekumpulan mereka yang sudah berkali-kali ini melalui ‘training’ muhasabah.


Biasanya penceramah akan memulakan sesuatu yang menyentuh emosi, kemudian diminta membayangkan pengorbanan ibu-bapa
dan akhirnya ada peserta yang tersentuh, lalu menangis. Tetapi ada yang tidak memberikan apa-apa reaksi. Apabila ditanya kepada mereka;  mengapa kamu tidak menangis sedangkan yang lain menangis teresak-esak?’ mereka menjawab ‘kami dah selalu sangat dengar ceramah macam ni”

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ritual kepada Spiritual

Perbahasan berkenaan dengan nama-nama Allah (asma ulhusna) kali ini akan dibawakan  kepada anda  dengan satu sudut pandangan kefahaman atau paradigma

Close