Pendakwah Air Kacang Soya 22

Fuh bang, tiap-tiap hari camni penat juga saya. Macam dah tak larat dah badan saya ni” Keluh Nas sambil menundukkan kepalanya

Mendengar keluhan Nas, Din berasa bimbang jika dia lemah semangat. Din sedar jika ini dibiarkan, ia pasti akan menjejaskan usaha keras mereka selama ini. Din mencari jalan untuk memulihkan kembali semangat adik kembarnya itu.
Abang faham. Abang pun terasa penatnya. Biasala tu, kalau kita nak berjaya memang kena letih sikit. Abang yakin, untuk permulaan ni je kita rasa penat. Lama-lama nanti kalau kita dah nampak hasilnya, barulah kita rasa berbaloi pengorbanan kita selama ni. Yang penting, untuk berjaya memang perlu pengorbanan yang besar” Din cuba memulihkan kembali semangat Nas.
Nas diam tidak berkata apa-apa.
Din meneruskan usahanya untuk memujuk adiknya “Nas kena kuatkan semangat. Cuba bayangkan suatu hari nanti kita tidak perlu lagi menjual burger dan air kacang soya. Kita upah pekerja je. Masa tu kita boleh kembangkan lagi perniagaan kita. Kita buka perniagaan lain pula. Masa tu kita dah boleh rilek sikit”
Mendengar kata-kata dari Din, Nas kelihatan mula tenang kembali. Dia sedar berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang ke tepian.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close