Pendakwah Air Kacang Soya 42 – Perlu berehat

Din dan Nas sudah merendam kacang soya pagi tadi. Malam nie adalah masa untuk memproses rendaman kacang soya tersebut. Kali ini, sebanyak 5 kg akan diproses. Setiap kilo memakan masa sekitar 30 minit hingga satu jam untuk dikisar dan diperah. 

Jam sudah menunjukkan masa 12.30 malam. Din dan Nas terus rancak mengisar dan memerah kacang soya mereka. Sambil itu, lagu Nur Kasih berkumandang dari corong radio kecil mereka bagi membangkitkan suasana malam.

 Jam berbunyi satu kali.

Jam berbunyi 2 kali. Sudah jam 2.00 pagi tetapi dua orang anak muda ini masih tidak tidur. Sambil-sambil itu, Din nampak menguap dan mengerdipkan matanya agar tetap peka dan mampu meneruskan kerja pemprosesas air soya.

"Bang, penat lah. Nak rehat sekejap ye."

"Kejap lagi nie. Kita habiskan dan lepas tu kita tidur. "  Nas senyap. Antara setuju dan tidak.

Jam berdenting 3 kali. Anak muda ini sudah amat keletihan. Semalam mereka tidur jam 1.30 pagi kerana ingin menyiapkan air kacang soya yang semakin tinggi permintaannya.Memang mereka makin bersemangat kerana hasil jualan menjadi berlipat kali ganda. Namun sudah beberapa malam mereka tidak mendapat tidur yang cukup.

Akhirnya mereka tertidur di dapur masak….

*****

Allahu akbar ! Allahu akbar!

Din meramas-ramaskan mata dan menggeliat. Beliau bangun perlahan-lahan sambil mengejutkan adiknya di tepi, terlentang.  Masa untuk solat subuh sudah tiba.

"Nas, bangun…bangun…"

Nas bergerak-gerak. Dirasakan kepalanya berat. Dipaksanya juga untuk bangun tetapi masih tidak stabil. Apabila beliau menegakkan dirinya, dirasakan dapur tempat mereka masak agak berpusing-pusing.

"Bang, pening le. Nas rasa tak sihat.."

Din memerhati tanpa kata. Dia faham bahawa mereka berkerja keras selama ini sehinggakan masa tidur dan rehat mereka tidak teratur. Dirapatkan tangannya kepada kepala Nas dan disentuhnya. Memang panas.

"Abang rasa Nas demam nie. Beginilah…Nas ambil air sembahyang. Selepas solat, Nas berehat."

Selepas solat hari tu, Nas kembali tidur. Din membiarkannya tidur dan tidak mahu menganggu rehat adiknya.

"Nampaknya, aku kena berniaga seorang lah nie.." bisih hati kecil Din. 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close