Pendakwah Air Kacang Soya 17

Ok juga tu. Daripada kita berbual-bual kosong dengan mereka, baik kita terangkan kelebihan beliair kacang soya dari kita ni. Tapi, abang tahu ke apa kelebihannya?” Kata Nas

Mesti la tahu. Ayah pernah juga cerita pada abang dulu. Abang pun pernah juga baca tentang kelebihan air kacang soya ni sebab kita kena tahu juga kelebihan produk kita ni. Takut juga kita jual sesuatu yang memudaratkan” Jawab Din dengan begitu yakin.
Nas mengangguk bersetuju. Petang itu sebagaimana biasa, pasti ada murid sekolah yang datang bersembang di gerai Din dan Nas. Seperti yang dipersetujui, mereka menerangkan kelebihan minum air kacang soya.
Murid-murid sekolah ini kelihatan amat berminat dengan penerangan Din dan Nas. Mereka sedar air ini baik untuk kesihatan selain dari tiada bahan pengawet dan perisa tambahan. Nas juga kelihatan tidak lagi malu untuk bersuara dan mula rasa selesa untuk bersembang dengan mereka.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

Setelah selesai mencatat, Din berkata “Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar yang Tuan Haji...

Close