Pendakwah Air Kacang Soya 19
Selang beberapa minit kemudian, datang seorang pemuda ”Assalamu`alaikum. Wah! Dah ada jual burger pula hari ini. Bagus ni”
Nas lantas menjawab ”Wa`alaikumsalam. Biasala bang, orang berniaga. Nak beli bang?”
”Boleh juga, bungkuskan burger ayam dan air kacang soya satu” Kata pemuda itu
Nas dan Din terus melayan permintaan pelanggan mereka. Begitulah seterusnya. Gerai mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada hari itu. Murid-murid sekolah yang pulang dari sekolah juga berebut membeli burger dan ini juga membantu meningkatkan jualan air kacang soya.
Din dan Nas bersyukur kerana strategi mereka menepati kehendak pelanggan. Malahan para pembeli lebih suka membeli di kedai mereka kerana selain membeli burger, mereka juga boleh membeli air.
Ini merupakan kelebihan mereka berbanding pesaing-pesaing mereka yang lain