Pendakwah Air Kacang Soya 12


Mereka duduk bersembang sambil menunggu pelanggan membeli air di gerai mereka.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang remaja ke gerai mereka.
”Assalamu`alaikum bang. Baru menjual kat sini ke bang?” Sapa remaja itu
Mendengar suara remaja itu, Din bingkas bangun dan menjawab ”Wa`alaikumsalam. Ye dik, kami baru mula berniaga hari ni. Nak beli dik? Seringgit sebungkus”
”Boleh gak. Haus ni. Bagi air soya ni sebungkus”
Tanpa berlengah, Din melayan permintaan pelanggan pertama mereka. Setelah memulangkan duit baki, Din dan Nas mengucapkan terima kasih kepada pelanggan pertama mereka. Mereka kelihatan bersyukur dan amat gembira menerima pelanggan pertama.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

Setelah selesai mencatat, Din berkata “Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar yang Tuan Haji...

Close