Seriuskah anda pada jalan ini?

Sebenarnya marhalah ini terbukti kejayaannya. Sememangnya kalau sudah dimulai dengan pemberitahuan, perlu ada follow up serta meminta komitmen agar tujuan dakwah ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Jika kita yakin dengan empat marhalah di atas, mari kita perhatikan soalan-soalan di bawah untuk menjawab soalan penting ini: 'benarkah anda serius dalam jalan dakwah ini?'

  1. Tahukah anda 4 marhalah ini? Jika anda tahu, alhamdulillah. Namun kalau tidak, bagaimana anda boleh mendabik dakwah jika tahap pada zaman ar-Rasul pun kurang diketahui.
  2. Apakah tugas anda sekarang? at-Tableegh, at-takween, at-tanzheem atau at-tanfeez? Kalau anda ingin melaksanakan 4 perkara ini pada anak didik anda, pernahkah anda dididik dengan tarbiah yang mantap sebegini – 4 marhalah?
  3. Kalau anda melaksanakan tugas at-takween, apa ciri rijaal yang anda ingin hasilkan? Adakah semberono sahaja sifatnya? Atau ada ciri khusus?
  4. Berapa banyak masa anda difokuskan kepada memikir hal dakwah? Adakah selepas balik kerja, baru difikirkan ?
  5. Berapa banyak sumber anda seperti masa, duit dsb disalurkan kepada proses takween ar -rijaal?

Banyak soalan yang perlu ditanya. Yang pasti, kita buatlah yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ajal itu real yang perlu diambil iktibar.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ilmu Sebelum Amal

Menurut Said Hawwa, ilmu itu amat penting untuk berbuat amal. Tanpa ilmu itu, amal akan jadi sia-sia. Malah yang lebih...

Close