Modul 99Q – Berinteraksilah dengan jalan Asmaullahul-Husna

Apa gunanya banyak nama Allah sehingga 99? Bagaimana menuju kejayaan dalam kehidupan ini dengan menghafaz, memahami dan berinteraksi dengan Asmaullahul-Husna? Tentu ada kaedahnya.

Setidak-tidaknya, ada tiga kaedah dalam kita memahami dan berinteraksi dengan Asmaullahul Husna. Bagaimana?

 

1. Meyakini bahawa Allah adalah Maha Sempurna. Apa sahaja tindakan manusia perlu mencontohi ke arah kesempurnaan dan berusaha buat yang terbaik.

Contoh: Allah bersifat asy-Syakur. Kalau kita meminta derma daripada seseorang dan diberinya 1 sen, tentu kita marah. Namun bila Allah meminta sumbangan berbentuk sedeqah, Allah tidak akan marah dengan 1 sen. Allah tetap akan menghargainya. Allah tetap berterima kasih atau bersyukur.

2. Tentu ada yang kurang sempurna tindakan manusia untuk dibetulkan.

Bagaimana kita bersyukur selama ini? Tentu ada yang perlu dimajukan dengan merujuk asy-Syakur. Bagaimana kita berkasih sayang selama ini? Rujuklah bagaimana ar-Rahman menyayangi. Analisis-lah kekurangan dan kita akan dapati amat banyak perkara yang boleh dibaiki dalam kehidupan seharian.

3. Hiduplah dengan gaya berpindah dari satu nama kepada nama lain pada setiap ketika.

Jangan rasa putus daripada rahmat Allah. Asmaullahul Husna adalah rahmat Allah. Jadi ketika rasa bersalah, jangan lupa dan kembali pada at-Tauwab. Jangan lupa mendekati ar-Razaaq ketika mencari rezeki atau bertemu pelanggan. Jangan lupakan Allah pada setiap masa…Barulah anda akan sentiasa ditolong kerana Dia akan datang berlari kalau kita datang berjalan…Bukankah itu rahmat Tuhan? Takkanlah Tuhan ingin datang menunjukkan diri-Nya secara fizikal di pandangan manusia. Pengsan nanti dibuatnya kerana kita amat lemah….

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Guru Kehidupan

(Disunting daripada blog Indonesia) Saya pernah diundang oleh pengajian ibu-ibu disalahsatu mushola. Saya bercerita bahwa orang baik dan orang jahat adalah...

Close