Kenangan Konvensyen ISNA , dakwah dan tarbiah

Di ISNA Convention, program dalam bentuk ceramah. Walaupun ceramah, ia praktikal. Sarat dengan ilmu yang akan dibawa pulang bagi melaksanakan dakwah dan tarbiah. Saya yakin bahawa tarbiah dengan naqib di kampus memberi kesan. Namun ia dikayakan lagi dengan ilmu mantap pelbagai ulama yang hadir. 

Setibanya di Malaysia, banyak program yang dibuat oleh penggerak dakwah tarbiah. Cuma untuk mencari program yang penuh ilmu dan boleh melonjakkan bekalan dalam diri, ia amat payah. Dan itulah sebabnya bekalan CD dan ceramah sebelum ini dijadikan asas untuk terus aktif dengan majlis ilmu. Saya yakin, kalau tiada bekalan ini, saya mungkin mati kekontangan bahan dan ilmu. Ia tidak cukup sekadar baca. Ia perlu disyarah dan dijelaskan oleh guru yang faham.

Dan tugas saya kini ialah sebagai jurulatih. Menukarkan segala bahan usrah dan bahan ceramah ISNA Convention di saping program lain di US kepada bentuk modul yang praktikal bagi pelbagai kelompok manusia.

 

Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk aku kembali mendapatkan sumber ilmu mantap pada masa akan datang. Mungkin bumi US, Mesir akan kulawati semula untuk aku mendapatkan ilmu. Bumi US dan Mesir itu aku lawati mungkin untuk beberapa tahun. Atau mungkin bumi Syria atau Jordan yang sentiasa menanti. Bukanlah bumi US dan Mesir segala-galanya, namun aku mendapat sinar dari bumi itu. Dan aku tidak akan melupakannya…. 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Realiti syahadah yang perlu difahami dari aspek fizikal(PQ),intelek(IQ),emosi(EQ) dan spirituil (SQ)

Lafaz Laillahaillallah Muhammadurrasulullah merupakan satu kalimah yang agung di dalam menyatakan konsep rabb yang sebenar bagi individu yang meyakini akan...

Close