Realiti syahadah yang perlu difahami dari aspek fizikal(PQ),intelek(IQ),emosi(EQ) dan spirituil (SQ)

Kedua-dua komponen ini merupakan pantulan dari apa yang di’sumpahkan’ (al-qasam) menerusi syahadah dan ia menjadi tuntutan kepada seluruh diri manusia yang telah membenarkan. Namun persoalannya kini, bagaimana untuk membenarkan dengan sebenar-benarnya?

 

Potensi Diri Manusia (Thaaqah)

Al-Quran ada menegaskan bahawa setiap manusia diciptakan dengan kesempurnaan yang tiada tolok bandingannya. Hal ini ada ditegaskan di dalam ayat Allah menerusi firmannya (15:29). Menurut Dr Irwan di dalam bukunya, Keperibadian Muslim (m/s427), manusia mempunyai potensi yang amat tidak terbatas dan ianya diciptakan oleh Allah s.w.t. khusus untuk manusia. Potensi yang ada di dalam diri manusia ialah Al-Qalb, Al-Aql dan Al-Jasd. Ketiga-tiga potensi ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran (17:36) dan manusia mampu menggunakan ketiga-tiga potensi ini untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Jika kita merujuk pula di dalam buku Steven R. Covey (The 8th Habit), beliau ada menegaskan empat potensi asas manusia dalam menuju kepada sukses. Beliau mengenengahkan potensi tersebut dengan membawa istilah Physical Quotient (PQ), Intellectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Ke-empat-empat potensi ini adalah kapasiti yang ada di dalam diri manusia bagi memperoleh ‘greatness’.

Realiti vs Angan-angan (Ghurur)

Syahadah merupakan kunci kepada kebahgiaan yang sebenar (3:185). Hal ini telah dibuktikan oleh oleh golongan sahabat dan Rasulullah s.a.w. sendiri pada zamannya. Baginda telah membawakan paradigma baru dalam mengurus dan mengatur cara hidup yang sebenar-benarnya dan bukan angan-angan.

Bagaimanakah yang dikatakan bukan angan-angan? Mari kita melihat perkara asas dalam islam iaitu konsep 1-6-5: Ehsan-Rukun Islam-Rukun Islam. Perkara asas ini merupakan ’foundation’ kepada realiti kehidupan. Apakah buktinya?

Ehsan – melakukan sesuatu itu seolah-olah melihat Allah, jika tidak maka yakinlah Allah itu melihat kamu.

Rukun iman- Yakin kepada Allah, perkara ghaib, kitab, rasul, hari akhirat & qada serta qadar

Rukun Islam – Syahadah, menegakkan solat, zakat, puasa dan haji.

Ketiga-tiga perkara tersebut adalah praktikalisasi serta pembenaran dalam menuju kepada kejayaan yang sebenar. Jika ianya dilaksanakan dengan patuh dan penuh dengan kebenaran dari hati seseorang manusia itu, maka ia akan memperoleh kejayaan yang sebenar (al falah).

Syurga

Syurga adalah tempat yang paling di idam-idamkan oleh seluruh manusia di dunia ini dan ianya bukanlah angan-angan. Ianya harus di buktikan dan dibenarkan dengan potensi yang ada di dalam diri manusia itu. Bagi yang sudah bersyahadah dan bersaksikan dengan dimensi yang betul, maka ia layak memperolehi syurga dengan syarat potensi PQ, EQ dan IQ sudah berada pada tahap yang seharusnya iaitu tahap bersabar (8:64-66).

Apabila keseluruhan potensi PQ, IQ dan EQnya berada di dalam dimensi ’sabar’ seperti yang digambarkan di dalam ’peperangan’  Rasulullah s.a.w., maka syahadah itu adalah ’real’ dan bukannya angan-angan.

Kesimpulan

Kekuatan syahadah mampu melahirkan energi spiritual (SQ) yang amat luar biasa. Kekauatan PQ, IQ dan EQ tidak mampu ditandingi oleh kebolehan SQ yang mana apabila seseorang itu memperolehi pertolongan dari Allah s.w.t. Hal ini mampu terjadi apabila seseorang itu membenarkan syahadahnya dalam keadaan tertekan, terdesak dan pelbagai lagi unjuran ujian dari Allah s.w.t. Semakin seseorang itu membenarkan syahdahnya (imannya) maka, penjanaan energi SQ menerusi syahdahnya akan bercahaya dan mampu menerangi kebolehan PQ,IQ dan EQ.

 

 wallahualam

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Penyelesaian masalah semantik dalam diri

Saya bertemu dengan seorang pelajar yang mempertikaikan usaha sesetengah kumpulan yang mengkaji hikmah ibadah dalam Islam. Kali ini saya mendengar...

Close