Pendakwah Air Kacang Soya 27

Din masih lagi tidak berkata apa-apa, mendengar dengan penuh minat.
Melihat Din masih mendengar, Nas menyambung lagi ”Bila banyak pilihan, pembeli akan lebih suka datang membeli di gerai kita sebab citarasa pembeli ni berbeza. Tak semua pembeli suka air kacang soya. Ada yang suka air kelapa, ada yang suka air limau, ada yang suka air tembikai dan macam-macam lagi”
Betul juga apa yang Nas katakan tu. Tapi, nanti susah juga kita nak agak berapa banyak stok yang perlu kita sediakan untuk setiap jenis air” Kata Din risau jika berlaku masalah stok pada hari program. Tambahan ini merupakan sesuatu yang baru dalam perniagaan mereka.
Jangan risau bang. Air tak macam makanan. Air ni mudah disimpan. Lambat rosak. Apa kata untuk setiap jenis air kita sediakan untuk jualan dua kali ganda daripada jualan kita pada hari biasa. Kita jual tifa jenis air pun dah mencukupi. Waktu nak dekat habis program tu kita turunkan harga jualan sikit. Saya yakin masa petang tu dah pulang modal dah” Nas cuba meyakinkan abangnya
Mendengar cadangan dari Nas, Din berasa lebih yakin dan nampak bersetuju untuk mempelbagaikan jenis air untuk jualan ketika program.
Mereka terus berbincang

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close