Apa yang perlu ada dalam usrah dan tarbiah?


Dalam buku Manajemen Tarbiyah Anggota Pemula terbitan PT Syaamil Cipta Media, ada dinyatakan berhubung hal tarbiah: Ketika berbicara tentang prinsip-prinsip kekukuhan tarbiah dalam harakah, Ustaz Fathi Yakan – rahimahullah– menyebutkan dua hal ; adanya manhaj yang lurus dan murabbi yang handal. Inilah refleksi pemahaman beliau yang tajam dari ayat:

“[61.9] Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

Apakah manhaj yang lurus yang mampu difahami daripada ayat di atas? Manhaj itu menekankan pemahaman pada beberapa aspek:

1) Allah
2) Rasul
3) al-Quran
4) Agama Islam
5) ad-Dakwah, at-Tarbiah dan Insan
6) Pelbagai agama dan doktrin lain
7) Hizbur-rahmaan dan Hizbusy-syaitaan

Perkara di atas perlu difahami oleh murabbi dan dalam masa yang perlu dilaksanakan dengan baik. Memenangkan agama dan melenyapkan kemusyrikan tidak mampu berlaku jika persediaan kefahaman dan pelaksanaan perkara di atas tidak berlaku.

Salah satu kaedah untuk diperhatikan dalam  menghasilkan murabbi handal ialah kemampuan mengamalkan perkara di atas dalam segenap aspek kehidupannya serta diajarkan kepada anak usrah atau mutarabbi. Aspek tersebut:

S – spiritual
P – physical
E – emotional
S – social
I – intellect
S – skills

Sebagai contoh, apakah kesan atau implikasi dua kalimah syahadah? Manhaj yang lurus akan difahami bahawa syahadatain membawa implikasi al-i’lan (penyataan), al-miithaaq (janji) dan al-qasm (sumpah). Bagi implikasi al-i’lan, murabbi handal akan mampu menterjemahkan praktikal dalam bentuk SPESIS:

S –  sedar syahadatain perlu  dikaitkan dengan nilai ruuhi . Ruuhi perlu dijaga dengan baik.
P – sedar syahadatain perlu dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan dan tindakan fizikal
E – sedar syahadatain perlu menjadi intipati emosi seseorang
S – sedar syahadatain berkai t dengan amalan sosial
I – sedar syahadatain perlu menjadi asas kepada intelek atau budaya belajar dari segi kandungan dan kaedah
S – sedar kemahiran melaksanakan syahadatain dan mengaitkannya dalam kehidupan seharian.

Bagaimana pula dengan al-mithaaq? Tentunya semua perkara di atas bukan sahaja disedari begitu sahaja tetapi diikuti perasaan bahawa kesedaran itu perlu ditunaikan – kerana janji memang bersifat demikian.

Apabila mencapai tahap al-qasm, tidak menunaikannya adalah kerugian yang amat sangat di dunia dan akhirat. Inilah perspektif yang perlu dilaksanakan oleh murabbi dan ditanamkan dalam diri mutarabbi.

Jika anda adalah naqib atau murabbi, sudahkan anda melengkapkan diri anda dengan perkara di atas? Jika tidak, inilah masa untuk bermula. Better late than never.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Antara reaktif dan proaktif

Apakah beza individu yang reaktif dan proaktif? Mengapa hal ini perlu diketahui? Adakah agama Islam menitikberatkan reaktif atau proaktif?

Close