Tribulasi Dakwah

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan…" Surah At Taubah ayat 42.
 

Jalan dakwah adalah jalan yang panjang dan penuh dengan halangan, rintangan serta ujian. Ianya adalah jalan yang hanya dapat dilalui oleh orang-orang yang dipilih oleh Allah sahaja. Jalan dakwah hanya mampu dilalui oleh mereka yang mempunyai kekuatan lebih daripada sekadar manusia biasa, kerana ianya membawa amanah Allah yang Maha Perkasa.

Oleh itu para ulama memberikan karekteristik dan ianya merupakan tabiat jalan dakwah iaitu :

1.        Jalan yang panjang.

2.        Penuh dengan rintangan.

3.        Mempunyai beban yang berat.

4.        Hanya sedikit sahaja yang mampu memikulnya.

 

Kerana tabiatnya yang sedemikian, maka jalan dakwah mempunyai banyak permasalahan, yang ianya menjadi batu ujian bagi sesiapa sahaja yang memikulnya. Di antara permasalahan yang wujud di medan dakwah adalah :

 

1.                   Lemahnya Kefahaman.

Islam adalah dien yang syumul, universal. Kerana itu sesiapa sahaja aktivis dakwah mestilah mempunyai persedian yang mencukupi terutamanya dari segi ilmu dan kefahaman tentang Islam. Bagi menjamin Islam sebagai agama yang menyeluruh dan universal Allah telah melengkapkan Islam dengan syariat dan manhaj, seperti firman Allah SWT :

"… Dan bagi tiap-tiap ummat, kami berikan kepada mereka syariat (panduan) dan minhaj (metod bagi mentathbik syariat)… " surah Al Maidah ayat 48.

Oleh itu setiap aktivis dakwah dituntut bukan hanya mempunyai kefahaman syariat sahaja, tetapi juga perlu untuk memiliki kefahaman manhaj. Kefahaman yang mencukupi tentang syariat dan manhaj dakwah akan memberikan kesan kepada tindakan dan sikap para duat yang sesuai dan munasabah di dalam memperbaiki ummat. Sabda Rasul SAW :

"Jelaskan kepada manusia (Islam ini) sesuai dengan peringkat intelektual mereka(qadri `uqulihim)".

Kefahaman terhadap manhaj yang jelas akan menjadikan duat atau pimpinan dakwah mampu mengatur, mengurus, mengendalikan dan mengawal dakwah sesuai tuntutan syariat serta keadaan realiti masyarakat. Mereka mampu meletakkan halatuju, marhalah, kedudukan serta masa depan dakwahnya. Mereka bijak di dalam memanfaatkan potensi ahli-ahli atau mad'u bagi kepentingan dakwahnya. Mereka tidak mudah diombang-ambingkan keadaan semasa dengan mengikut trend yang terjadi, tetapi mereka sentiasa berpegang kepada tuntutan syariat dan manhaj.

Malangnya, di dalam realiti kehidupan dakwah hari ini, aspek kefahaman bukan menjadi perkara yang utama. Sering kita dapati para duat tidak memiliki kefahaman yang mencukupi sebagai bekalan dakwah mereka. Sebahagian besar mereka, mempunyai kefahaman syariat yang mencukupi tetapi mereka tidak mempunyai kefahaman manhaj yang mencukupi. Banyak di antara duat yang kebingungan apabila ia mendapat soalan : hendak kemana kita? di mana kita pada masa ini dalam percaturan politik dunia? macamana cara membina bangunan dakwah ini agar ianya seperti yang pernah dibangun oleh Rasul SAW? Soalan-soalan di atas amatlah sukar untuk dijawab sebab, kebanyakan duat berdakwah menggunakan pendekatan ceramah-ceramah terutamanya dengan topik asas-asas fardhu ain. Para duat mampu memukau mad'u dengan hujah-hujah yang begitu hebat, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu halatuju dakwahnya. Mereka pergi dari satu surau ke satu surau yang lain, dari satu majlis ke majlis ilmu yang lain. Setiap perubahan yang berlaku terhadap mad'unya tidak mereka hiraukan. Para duat menjadikan mad'u sebagai murid layaknya murid sekolah, dan ikatan antara guru dengan murid terhad dalam masalah ilmu.

Bagi para pimpinan dakwah pula, ramai yang menganggap bahawa gerakan dakwah adalah organisasi moden yang tak berbeza dengan pertubuhan kebajikan atau kelab pelajar. Mereka memimpin gerakan dakwah dengan pendekatan syarikat bisnes atau seumpamanya. Di dalam gerakan dakwah tidak ditumbuhkan suasana ukhuwah, tarbiyah serta hubungan hati, tetapi ia sekadar hubungan pimpinan dan anak buah. Pimpinan tidak mampu memberikan panduan, arahan (taujih), bimbingan (irsyadat) atau bahan tarbiyah yang dapat membina hubungan iman, taqwa dan ukhuwah di antara semua ahlinya. Hubungan yang sedia ada adalah hubungan yang kering, tak ada unsur taaruf, tafahum serta takaful.

Dalam pengalaman di beberapa tempat, pimpinan dakwah bertindak seperti bos yang tidak boleh ditegur kekurangannya. Sesetengah di antara mereka pandai bermain politik agar kekuasaan mereka tidak tergugat. Oleh itu sering terjadi proses pelaksanaan dakwah yang pelik dan ganjil boleh terjadi. Mereka mengaku bersistem, walaupun pada kenyataannya tak ada sistem. Dalam pandangan mereka : tak ada sistem itulah sistem. Mereka sengaja membina gerakan tanpa sistem agar mudah mempolitikkan ahli dakwah. Tarbiyah dijalankan dengan pendekatan manhaj yang ganjil dan ramai pimpinan yang tidak melaksanakan tarbiyah. Pimpinan merasa sudah lulus (graduate) dari tarbiyah, sehingga tidak perlu lagi untuk mendatangi program tarbiyah kerana merasa sibuk mengurus perjalanan organisasi yang lebih besar kesannya terhadap dakwah.

Kefahaman terhadap manhaj dakwah yang universal dan sempurna memberikan kesan lahirnya thiqah di kalangan ahli. Sebaliknya, kefahaman yang lemah akan melahirkan konflik dalaman di dalam gerakan dakwah itu sendiri.

Dakwah sedemikian akan menjadi tempat berkumpulnya orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi atau kumpulannya. Pada masa seperti itu, terjadi persaingan tidak sihat di dalam membina gerakan dakwahnya. Mereka saling jatuh menjatuhkan satu dengan lainnya.

Pimpinan sedemikian akan sibuk mengurus perkara-perkara remeh, sedangkan amanah dakwah yang begitu besar tidak mendapat perhatian yang mencukupi. Mereka mengendalikan dakwah tanpa sikap yang jelas dan kukuh, tetapi mengikut kehendak nafsu tanpa memperdulikan keadaan dalaman. Mereka tertipu dengan ramainya ahli yang tidak berkualiti sehingga mengukur kejayaan dakwah menggunakan kaedah-kaedah materialistik. Biasanya pimpinan sedemikian bukanlah jenis manusia yang ikhlas bagi menjalankan dakwah tetapi mereka mengambil kesempatan untuk menguasai serta mempolitikkan ketaatan ahli bagi mencapai target-target yang telah mereka tetapkan tanpa memperdulikan kesejahteraan mad'u atau ahli. Para mad'u atau ahli diperah tenaga dan potensinya bagi memenuhi keinginan-keinginan segelintir pimpinan di dalam gerakan dakwah.

Firman Allah : "Wahai nabi kobarkanlah semangat mukmin untuk berperang, jika kamu mempunyai 20 orang yang sabar, kamu akan mengalahkan 200 orang …. " surah Al Anfal ayat 165.

Ayat di atas memberikan gambaran mengenai perlunya membangun kuantiti (20 orang mengalahkan 200 orang) dan kualiti (sabar). Oleh itu, gerakan dakwah di tuntut untuk membina ahli-ahli (kader) yang meningkat dari segi pertumbuhan jumlah (kuantiti) mahupun kualitinya.

Al Quran telah memberikan pengajaran kepada kita melalui firman Allah SWT :

"Dan hendaklah ada (segolongan) ummat di antara kamu yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan mereka itulah yang  berjaya." surah Ali Imran ayat 104.

                Ayat di atas mengajarkan kepada kita mengenai manhaj dakwah yang berkenaan dengan pembinaan dalaman sehingga gerakan dakwah mempunyai pelapis atau pewaris kepimpinannya. Di sini pula pentingnya tarbiyah dijalankan dengan berkesan.

                Pelaksanaan tarbiyah yang kemas serta mempunyai panduan manhaj yang jelas akan mampu melahirkan generasi yang berkebolehan serta mempunyai iman yang mantap. Generasi yang ditarbiyah seperti ini akan sentiasa menghidupkan hari-harinya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, beribadah serta berukhuwah diantara sesama mereka. Mereka mampu membina hubungan yang mesra dengan sahabat, para duat dan masyarakat dengan menggunakan kaedah-kaedah sunnah Rasul SAW sebagai manhaj di dalam bermuamalah dengan manusia baik muslim mahupun yang non mu
slim.

Kejelasan manhaj yang ianya didedahkan melalui tarbiyah akan mampu membimbing ahli di dalam membina potensi dan kemampuannya bagi berinteraksi dengan al Quran, as Sunnah dan masyarakat. Sebaliknya manakala para duat dan pimpinan dakwah tidak mempunyai kefahaman manhaj atau merasa tidak memerlukan tarbiyah, maka mereka akan mudah bertindak menyeleweng dari jalan dakwah yang sahih.

Kefahaman mengenai jalan dakwah merupakan satu kemestian di dalam berdakwah agar perjalanannya sentiasa ashalah (murni). Bersambung……….

 

Ditulis berdasarkan pengalaman dakwah, mudah-mudahan ia menjadi I'tibar bagi orang-orang yang sentiasa mengeluarkan peluh, potensi dan tenaganya bagi menjayakan dakwah.

TRIBULASI DAKWAH (02)

 

" …. Dan bagi tiap-tiap ummat, kami berikan kepada mereka syariat (panduan) dan minhaj (metod bagi mentathbik syariat)… " surah Al Maidah ayat 48.

 
 

 
 
 

Setelah kita membincangkan perkara yang berhubung kait dengan lemahnya kefahaman sebagai persoalan penting di dalam dakwah Islamiyah, maka pada perbincangan kali ini kita akan membincangkan persoalan lain yang berhubung dengan kefahaman iaitu : kefahaman yang tidak asolah.

Di dalam melaksanakan dakwah, kefahaman yang jelas menjadi sangat penting sebab ianya merupakan asas bagi pergerakan agar dapat melangkah dengan jelas. Apabila Umar ibn Khatthab ditanya mengenai makna taqwa, beliau menjawab : "berhati-hati sepertimana seseorang naik ke suatu tempat yang tinggi yang penuh dengan duri (rintangan)". Sikap berhati-hati dapat diwujudkan apabila kita memiliki kefahaman mengenai jalan yang akan dilalui mengandungi banyak rintangan. Kefahaman mengenai medan , cara-cara serta metod dan pendekatan yang jelas akan memberikan jaminan bahawa kita akan sampai ke penghujung jalan dengan selamat. Sebaliknya, sikap ceroboh yang diasaskan oleh tidak jelasnya jalan, metod dan pendekatan dakwah akan melahirkan malapetaka serta hasil yang tidak sesuai dengan jerih payah yang diusahakan.

 

2.             Kefahaman yang tidak Asolah

Rasul SAW diajarkan oleh Allah melalui ayat yang pertama turun kepada beliau seperti firman Nya :

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. …… Dia yang mengajarkan menggunakan pena, yang mengajarkan manusia apa-apa yang dia (manusia) tidak memiliki ilmunya" surah al Alaq ayat 1 – 5.

Ayat di atas menyebutkan hubungan antara membaca dengan ke-Tuhan-an (tauhid), memberi gambaran adanya perintah untuk membaca yang ianya dapat mencapai kefahaman tauhid yang benar. Di dalam surah Ali Imran ayat 191, Allah menggambarkan persepaduan antara zikir dengan fikir yang dapat menunjukkan pengenalan kepada Tuhan secara tepat, firman Allah : "(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir mengenai peciptaan  langit dan bumi (oleh Allah), Ya Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan (semua ini) dengan sia-sia…"

Persepaduan zikir dan fikir yang sesuai (proportional) akan menghantarkan seseorang kepada pengenalan Tuhan dan alam semesta dengan tepat dan kemudian ia dapat memanfaatkan alam dan seluruh isinya dengan baik. Kefahaman yang asolah akan mampu memandu kita kepada jalan yang benar.

Rasul SAW adalah seorang nabi yang tergolong dalam golongan ulul azmi, baginda mendapat wahyu dan panduan terus daripada Allah melalui malaikat Jibril as, namun Allah melengkapkan Al Quran dengan kisah-kisah para nabi dan rasul Allah terdahulu sebagai panduan di dalam berdakwah. Hikmah dari perkara sedemikian ialah, Rasul SAW mendapat gambaran tentang asas-asas manhaj, cara, metod dan pendekatan para nabi dan rasul terdahulu di dalam berdakwah bagi menyelesaikan persoalan ummat. Sifat talaqi seperti inilah yang dikekalkan oleh para Ulama dan duah yang ikhlas agar tidak terpesong walau sejengkal. Kesediaan mereka untuk dibuai atau dibimbing selangkah demi selangkah kerana sedar bahawa selain ilmu berdakwah, pengalaman serta pengetahuan mengenai persoalan dakwah dapat menambahkan penguasaan duah terhadap dakwah dan masyarakat secara optima. Allah berfirman :"Bertanyalah kamu sekelian kepada orang yang lebih tahu (ahlu dzikri) jikalau kamu tidak memiliki pengetahuan" surah An Nahl ayat 43.

 

Di dalam membina dakwah aspek-aspek asolah yang perlu ditalaqi secara terus iaitu:

1.                    Aspek Aqidah Islamiyah. aspek ini akan memberikan kefahaman mengenai aqidah secara benar. Kefahaman terhadap aqidah yang benar akan memberikan kesan kepada lahirnya keperibadian yang kukuh, mantap dan mempunyai semangat  Islam, berdakwah yang terus bergelora, memiliki iman yang istiqamah dan bersedia menyambut cabaran walau apapun risiko yang akan dihadapi. Namun di dalam realitinya, ramai para duah serta masyarakat tidak mengambil berat mengenai perkara seumpama ini. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada perkara fardhu 'ain sebelum memperkukuhkan iman. Kita lihat para duah "jadian" yang tidak mengerti apa sebenarnya aqidah ahlu sunnah wal jamaah, prinsipnya serta persoalan-persoalan nya, mereka jahil mengenai prinsip aqidah syiah dan penyelewengan- penyelewengannya . Diantara mereka ramai yang bersemangat hendak berdakwah tetapi jahil mengenai aqidah Islamiyah.

 

2.                    Aspek Fikrah Islamiyah. Islam sebagai sebuah dien yang menyeluruh dan universal bukan hanya mengandungi prinsip-prinsip dan panduan ibadat sahaja, tetapi ia juga merupakan ideologi yang perlu diyakini agar ia tidak terlepas. Sesiapa yang menjadikan Islam sebagai ideologi, ia akan bangga menjadi muslim dalam erti yang sebenarnya. Namun malangnya ramai muslim yang murtad hanya kerana seketul dunia. Mereka mudah disuap dengan dunia. Demikian juga para duah, mereka terutamanya yang sudah bergelumang dunia, menjadikan dakwah sebagai kerja sambilan. Mereka lebih mengutamakan status sebagai duah atau ahli kumpulan harakah tertentu walaupun tidak mencukupi dari segi syarat-syarat kelayakannya. Keperibadian mereka tidak menunjukkan diri sebagai duah yang bekerja bersungguh-sungguh bagi menjayakan Islam. Ramai tidak memahami mana perkara prinsip dan mana wasilah. Mereka kebingungan serta mempunyai tasawur dakwah yang bercelaru.

 

3.                    Aspek Tarbiyah Islamiyah. Tarbiyah dengan manhajnya telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui contoh kehidupan Rasul SAW di dalam mendidik para sahabat dan sahabiyah. Berbagai-bagai pendekatan, cara dan wasilah telah beliau lakukan bagi melahirkan generasi pewaris yang berkualiti. Malangnya, ramai para pendakwah mengabaikan perkara seumpama ini dengan tidak mementingkan tarbiyah yang asolah melalui pendekatan talaqi. Ramai para duah yang ikhlas, tetapi kerana merasa bijak pandai mereka tidak mengambil berat dengan tarbiyah daripada para ulama yang thiqat (terpercaya) , apatah lagi kalau sekiranya duah tersebut adalah seorang profesor, doktor(phd) dan sebagainya. Dalam beberapa kes, para duah merasa tidak  memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari orang lain kerana merasa "para ulama hanya tahu mengenai kawasan wilayah tertentu sahaja, kita sahajalah yang paling tahu mengenai kawasan wilayah kita. Kita sudah dewasa dan tidak memerlukan lagi bimbingan orang-orang tua, tidak perlu di bawah ketiak orang tua" dan lain sebagainya. Ungkapan sedemikian selain disebabkan oleh ego dan sombong, pada akhirnya mereka dan generasi pewarisnya tidak dapat menyerap pengetahuan daripada para ulama secara talaqi sehingga secara tida
k disedari akan menyeleweng dari jalan yang asolah.

 

4.                    Aspek Akhlaq Islami. Akhalq yang mulia akan menjadi daya tarik bagi dakwah kerana duah dengan akhlaq sedemikian akan memiliki keperibadian yang menarik dan simpatik, halus budi bahasanya, lembut perangainya serta menarik tutur katanya. Realitinya, ramai duah yang berperangai kasar dengan beralasan "ini sifat semula jadi saya". Mereka berbudi bahasa yang buruk dengan perangai yang menjengkelkan, berhati keras membatu, seolah-olah dia yang paling baik dan paling benar. Sikap seperti ini yang menjadikan dakwah menjadi terbantut kerana ramai masyarakat yang lari dari dakwah, dan pada akhirnya masyarakat mencari penyelesaian lain dengan berbuat maksiat.

 

5.                    Aspek Dakwah Islamiyah. Jalan dakwah yang panjang dan penuh dengan rintangan sudah pastinya mempunyai panduan dan pendekatan yang lengkap agar jalan yang susah menjadi mudah dan efektif untuk diwujudkan. Mengambil i'tibar dari sirah Rasul SAW merupakan pelajaran mengenai cara berdakwah Rasul SAW dalam segala situasi, keadaan dan posisi. Keadaan beliau sebagai pimpinan, sebagai ayah, sebagai sahabat, sebagai guru dan sebagainya telah beliau contohkan dengan begitu indah dengan pendekatan dan manhaj yang jelas. Sesiapa sahaja duah yang mampu mengambil pelajaran dari saripati kehidupan beliau di dalam berdakwah akan berjaya melaksanakan amanat dakwah baginda dengan baik dan efektif. Sebaliknya ramai yang tidak mengambil dari mata air yang murni ini sehingga menyeleweng, baik ia menyeleweng dari sudut prinsip, manhaj, tanzim atau wasilah yang digunapakai. Bagi para pimpinan dakwah pula, kerana cuai terhadap sirah Rasul SAW, ramai yang menganggap bahawa gerakan dakwah adalah seperti organisasi moden yang tak berbeza dengan pertubuhan kebajikan atau kelab pelajar. Mereka memimpin gerakan dakwah dengan pendekatan syarikat bisnes atau seumpamanya. Di dalam gerakan dakwah tidak ditumbuhkan suasana ukhuwah, tarbiyah yang kemas serta hubungan hati, tetapi ia sekedar sebagai wadah bagi membina hubungan pimpinan dan anak buah. Pada akhirnya mereka mempolitikkan ketaatan ahli bagi mencapai matlamat mereka dan perkara seumpama ini merupakan penyelewengan yang berbahaya bagi kemajuan dan masa depan Islam.

 

Dakwah yang tidak asolah akan menjadikan dakwah menjadi kacau dan jumud, hidup segan mati tak mahu. Akhirnya walau dakwah sudah berlaku berpuluh-puluh tahun, tetapi Allah tidak menurunkan keberkatan kepadanya sehingga para duah bukan semakin bertambah jumlahnya malahan semakin berkurang, futur bahkan memusuhi dakwah. Wallahu a'lam. Bersambung…

Ditulis berdasarkan pengalaman dakwah, mudah-mudahan ia menjadi I'tibar bagi orang-orang yang sentiasa mengeluarkan peluh, potensi dan tenaganya bagi menjayakan dakwah.

TRIBULASI DAKWAH (03)

 

"Dan tidaklah Kami mengutus engkau (ya Muhammad) kecuali (untuk berdakwah) bagi seluruh manusia……. " surah Al Maidah ayat 48.

 
 

 
 
 

Fenomena kurangnya kefahaman dan tidak asolahnya dakwah dapat menjadi persoalan yang merbahaya serta dapat memesongkan perjalanan dakwah. Perbincangan kita terhadap persoalan dakwah yang seterusnya adalah membincangkan mengenai pelaksanaan misi dakwah yang tidak jelas, karut dan kacau-bilau baik dari aspek fahaman mahupun implementasinya.

Kejelasan misi dakwah baik dari aspek prinsip-prinsip, kaedah-kaedah serta langkah-langkh pelaksanaannya akan menjadi panduan bagi para duah agar mereka mampu mengharungi jalan dakwah dengan berkesan dan efektif. Perkara sedemikian sangat penting untuk diketengahkan sebab Allah SWT memerlukan masa yang panjang bagi mengajar, mendidik serta membimbing Nabi SAW di dalam menjalankan misinya. Proses yang bertolak ansur, tadaruj, step by step telah dilaksanakan oleh Nabi SAW dengan melalui berbagai-bagai cabaran, dugaan dan ujian. Ia dijalankan bagi menjadi i'tibar yang lengkap serta sempurna bagi para duah. Kesempurnaan ajaran dan misi Islam ini menjadi kata kunci bagi kejayaan dakwah Islamiyah. Firman Allah : "Pada hari ini telah Kusempurnakan bagimu agamamu, dan telah Kusempurnakan atasmu nikmatKu dan Aku redha Islam menjadi agamamu…" surah Al Maidah ayat 3.

Bagi menasihati Abdullah bin Abbas, Rasul SAW bersabda : "….Telah (Allah) angkat pena dan telah habis lembaran-lembaran" HR Imam Muslim di dalam kitab Arba'in Nawawiyah. Kalimat hadith di atas memberi gambaran bahawa Islam adalah ajaran yang telah lengkap dan sempurna serta tidak memerlukan tambahan dan pengurangan. Islam adalah ajaran yang syamil, kamil dan mutakamil. Oleh yang sedemikian, wajib bagi para duah untuk memahami, menghayati serta melaksanakan misi Islam secara kaffah, menyeluruh dan tidak sepotong-potong, sepertimana yang telah dilaksanakan oleh Rasul Allah SAW.

 

3.             Misi dakwah yang tidak jelas

Manakala misi dakwah yang di jalankan oleh duah kebanyakannya tidak lengkap, tidak jelas dan tidak asolah. Pelaksanaan dakwah sedemikian akan menyebabkan pelaksanaan dakwah yang kacau (at tahawwur), terbantut bahkan menyesatkan. Duah menjadi sedemikian bukan kerana mereka tak mampu berbahasa arab atau membaca kitab, tetapi mereka tidak mendapatkan pendedahan secara talaqi mengenai pelaksanaan misi dakwah selain kerana mereka adalah syahsiyah yang tidak soleh dan tidak ikhlas.

Rasul SAW dibekalkan dengan misi yang bersepadu sepertimana di firmankan Allah : "Sebagaimana Kami telah mengutus bagi kamu seorang rasul, yang ia membacakan ayat-ayat Kami, membersihkan (jiwa) kamu serta mengajarkan kamu (ilmu) al kitab dan hikmah dan mengajarkan kamu (apa-apa) yang tidak kamu ketahui" surah Al Baqarah ayat 151. Ayat ini menggambarkan bahawa Rasul SAW melaksanakan misinya melalui 3 pendekatan iaitu :

1.                    Membacakan ayat-ayat Allah, agar muslimin mengenal dan mengetahui gambaran hakikat kehidupan dan penciptaannya secara benar dan tepat.

2.                    Membersihkan jiwa muslimin, agar mereka menjadi manusia yang sensitif (peka) di dalam kehidupan yang Islami. Mereka mengetahui mana yang Islam mana yang bukan walaupun di dalam perkara-perkara yang halus.

3.                    Mengajarkan (ilmu) mengenai al kitab dan hikmah, yang ianya hanya dapat diperolehi melalui kehidupan yang sentiasa mengharap bimbingan daripada Allah sahaja, kerana hakikatnya ilmu adalah milik Allah SWT.

Apabila duah dibina bukan oleh tarbiyah yang menggunakan pendekatan sedemikian, maka akan lahir duah yang bingung dan membingungkan, bahkan boleh jadi sesat dan menyesatkan. Perkara seumpama ini dapat dilihat daripada wujudnya aliran-aliran sesat di dalam Islam seperti Ahmadiyah, Qadhiyani, Islam Jamaah dan lain-lainnya.

Kefahaman tentang misi Islam yang tidak lengkap dan tidak sempurna menyebabkan berlakunya dakwah kehilangan ruh. Para duah dalam keadaan sedemikian kelihatan sibuk tetapi dakwah hanya berlegar di tempat yang sama. Bahkan bukan hanya mad'u yang semakin berkurang, duahpun pada akhirnya hilang atau lost in the space (LIS). Ketidakjelasan misi ini juga akan menjadikan perjalanan dakwah tidak dapat mengenali : di mana kita perlu bermula (munthalaq), di mana perlu berehat (waqfah), seberapa panjang jalan yang akan di lalui, di mana sempadan-sempadan, di mana kita perlu perlahan
kan perjalanan dan di mana perlu dipercepat, di mana perlu berundur dan kemudian melompat beberapa langkah kehadapan, di mana kita perlu menaiki tangga-tangga dakwah, pendekatan macamana kita melangkah, siapa yang patut bersama kita, macamana membina dan membimbing mereka, apa karakteristik yang diperlukan oleh mereka, apa karakteristik tahapan-tahapan dakwah, apa syarat-syarat kejayaan dakwah, apa matlamat setiap tahapan. Bila perlu menonjolkan diri, apa syarat-syaratnya serta apakah matlamat akhir dakwah. Selagi para duah dan pimpinan duah tidak dapat mengenali dan mendefinasikan perkara-perkara di atas secara jelas, maka mereka akan tertipu (ghurur) dengan pencapaian dakwah yang seumpama fatamorgana.

Ia juga dapat menyebabkan konflik dalaman di dalam jemaah dakwah akan bertambah besar, ramai duah yang kecewa dan lari dari tanggungjawab dakwah. Pada keadaan lain pimpinan dakwah mula berbuat tidak terpuji bagi menutupi kelemahan mereka terhadap kefahaman mengenai misi dakwahnya. Mereka bermain politik (politiking) di dalam dakwah agar ahli-ahli jamaahnya tetap thiqah dan taat dengan cara menipu, berbuat licik, mengata "kita paling tahu mengenai kita, sedang orang lain tidak tahu mengenai kita" bagi mengelakkan orang lain mengetahui tentang kelemahan mereka. Akibat keadaan sebegini, duah tidak akan memiliki pengetahuan yang mencukupi bagi memikul amanah dakwah. Mereka tidak tahu mana perkara usul dan mana perkara furu' dan wasilah, mana yang ibadah mahdhah dan ibadah ghair mahdhah. Juga mereka tidak dapat menimbang antara perkara misi risalah (usul) dengan keutuhan tanzim jamaah (wasilah), tak dapat membezakan mana perkara dakwah dan mana perkara politik, mana yang benar-benar ikhlas dan mana yang licik. Pada keadaan sedemikian ummah hanya dijadikan sebagai lembu perahan oleh para pimpinannya.

Sebahagian kecil duah yang ikhlas pada akhirnya menjalankan misi dakwahnya dengan "apa adanya" secara peribadi-peribadi. Mereka mencuba melaksanakan tanggungjawab dakwah secara perlahan-lahan, dari satu majlis ilmu ke majlis ilmu yang lain, dari satu surau ke surau yang lain. Mereka membina, membimbing serta membangun dakwah sesuai dengan corak dan gayanya sendiri, mempunyai wibawa serta dijadikan rujukan dan sumber fatwa bagi para pengikutnya. Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, maka akan lahir "raja-raja kecil" di dalam dakwah.

Ramai dari mereka amat sukar untuk dipersatukan dengan duah yang lain, kerana pengalaman mereka dengan jamaah-jamaah yang ada atau kerana pengikutnya tak bersedia berkongsi kehidupan Islam bersama pengikut duah yang lainnya. Pada akhirnya mereka menganggap kumpulan mereka sebagai "the best" dan untuk itu tidak jarang duah yang menggunakan ayat-ayat Allah untuk berhujah mengenai keadaan mereka.

Namun bagi duah yang tidak ikhlas, mereka mempermainkan tanggungjawab dakwah bagi kepentingan diri dan kumpulannya. Sungguh malang nasib ummah yang memiliki duah dan pimpinan sedemikian. Dakwah tidak dicucuri keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Berbagai-bagai usaha bagi menyelesaikan permasalahan dakwah dan ummah seolah-olah menemui jalan mati. Kegelisahan dan kebingungan ummah serta duah ahli jamaah akan menggugat kewujudan jamaah dakwah tersebut baik ketika di dunia mahupun di akhirat nanti.

Oleh itu adalah perkara yang wajar apabila terjadinya perpecahan di dalam ummah Islam. Ianya kebanyakannya disebabkan oleh perbuatan pimpinan dakwah dan duah yang tidak mempunyai misi yang jelas serta tidak bertanggungjawab. Ummah yang tidak mempunyai kefahaman yang mencukupi akan ikut secara membuta tuli (taqlid) apa-apa yang diperkatakan oleh pimpinannya walaupun pada hati kecilnya merasai adanya perkara-perkara yang tidak patut. Ummah akan berhujjah : "Kami lebih mempercayai pimpinan kami daripada yang lain", walaupun perkara yang diperkatakan pimpinan adalah perkara yang pelik lagi ganjil, fitnah dan tidak sesuai dengan akal waras. Mereka telah kehilangan pertimbangan syariat yang menyebutkan bahawa : "perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasul SAW yang maksum". Mata hati mereka telah tertutup oleh pujuk rayu syaitan yang menyamar di dalam diri manusia.

Salah satu contohnya adalah para pengikut Ahmadiyah Qadhiyani. Mereka bersedia dipenjara atau dihukum walaupun para ulama, duah dan mubaligh telah berusaha menjelaskan tentang kesesatan ajaran Mirza Ghulam Ahmad pimpinan mereka yang mengaku sebagai nabi setelah Rasul SAW. Keadaan yang sama berlaku bagi para pengikut Islam Jamaah yang menganggap pimpinannya Ubaidah Hasan sebagai nabi.

Berbagai-bagai cara dan pendekatan dilakukan bagi memujuk ummah selain menggunakan pendekatan mengaku sebagai nabi atau orang soleh, padahal tujuannya adalah semata-mata untuk menyesatkan ummah dari memperjuangkan misi yang bersih yang bersumber daripada Al Quran dan As Sunnah Rasul SAW.

 

 

TRIBULASI DAKWAH (04)

 

"Maka hawa nafsu (Qabil) menjadikannya mudah membunuh saudaranya (Habil), sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang merugi" surah Al Maidah ayat 30.

 

D
 

 
 
i dalam perbincangan kita terdahulu kita telah membincangkan persoalan dakwah yang berhubungan dengan kefahaman. Di dalam perbincangan kita seterusnya, kita akan membincangkan permasalahan dakwah yang disebabkan oleh peribadi duah yang tidak soleh.

Peribadi duah merupakan antara yang menjadi faktor utama di dalam menjayakan dakwah ke jalan Allah. Di tangan para duah, dakwah akan berjalan dengan hidup dan dinamik. Mereka membina para mad'u dengan semangat waja bagi melahirkan generasi pilihan Allah SWT. Para duah adalah manusia yang sebaik-baik perkataannya di dalam pandangan Allah sepertimana firman-Nya : "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata : "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri" surah Fushilat ayat 33.

Di dalam ayat di atas terlihat unsur-unsur yang menjadi pembina peribadi duah iaitu, kefahaman tentang jalan dakwah (perkataan yang baik), amal dakwah yang berterusan (mengerjakan amal soleh) dan keperibadian yang mulia (orang-orang yang berserah diri). Dengan wujudnya keperibadian yang mulia di dalam diri duah, ianya akan menjadi daya tarik yang mengundang simpati masyarakat kepada dakwah. Keperibadian seumpama ini menjadikan Allah memandang tinggi kepada duah. Rasul SAW bersabda : "Sekiranya Allah menunjuki (beri hidayah kepada) seseorang lantaran kamu, maka itu lebih baik dari dunia dan seisinya".

 

3.             Keperibadian duah yang rosak.

Sebaliknya, manakala keperibadian itu rosak dan busuk ianya akan merosakkan jalan dakwah dan akhirnya akan mengundang rasa takut dan benci kepada Islam. Duah yang menonjolkan hawa nafsu, sombong, berkeperibadian busuk antara faktor yang menjejaskan kemuliaan risalah nabi SAW. Mereka menjadikan jalan dakwah sebagai tempat untuk mencari penghasilan (pendapatan) atau sebagai medan untuk menguasai manusia dan meraih status kehidupan. Para duah, berjalan ke hulu hilir kononnya untuk menyedarkan manusia daripada maksiat, namun di sebalik itu mereka mengumpul wang dari murid-muridnya dengan niat untuk memperkaya diri. Berbagai-bagai kerenah mereka buat bagi menunjukkan bahawa mereka adalah orang mulia, terpandang serta perlu dihormati masyarakat. Dalam dunia moden ini mereka akan mendakwa bahawa mereka pernah belajar di tempat yang terbaik di dalam pengajian Islam atau tarbiyah dengan "tok syaikh" yang "top one person", bergaul dengan masyarakat "high class", mendapat status sebagai "very-vey important people" atau mendapat penghargaan "gred A". Sebaliknya pada ketika dahulu, duah akan mendakwa bahawa mereka mempunyai kesaktian (kehebatan) dapat berjalan
di atas air, sentiasa solat jumaat di Makkah walau sehari-hari tinggal di kampung yang beribu-ribu kilometer jauhnya dari Makkah, dapat mengalahkan jin yang hebat dan sebagainya. Pendek kata, mereka adalah orang yang lebih hebat dibandingkan masyarakat yang menjadi mad'unya.

Para duah dapat terpesong sebegini, disebabkan oleh beberapa faktor antaranya :

 

A.                  Niat yang tidak Ikhlas.

Di dalam Islam, niat merupakan perkara asas, kerana sahnya sebuah amal disebabkan oleh niat yang betul kerana Allah SWT. Sebaliknya niat yang tidak betul, ianya akan menjadikan amalan seseorang tidak diakui oleh Allah dan tidak mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Bahkan ia boleh memesongkan amalan itu sendiri. Sabda Rasul SAW : "Sesungguhnya hanyasanya (sah) amal (kamu) kerana niat, dan setiap urusan akan dibalasi sesuai dengan niatnya…"

Di dalam dunia dakwah, niat yang tidak ikhlas di antaranya menjadi punca kepada : duah berniat agar menjadi orang yang di puja-puja atau dikenali oleh masyarakat sebagai ulama. Atau dengan mendapat banyak mad'u maka akan semakin banyak mendapat habuan pendapatan bulanan. Juga terbayang dalam mindanya akan bertambah banyak pula down line dalam bisnes MLM. Atau juga akan semakin banyak anak buah yang dapat melaksanakan kepentingan peribadinya untuk menjadi raja-raja kecil. Dan bahkan kalau sekiranya anak buah mereka adalah orang-orang terkenal dan terpandang, duah akan dapat memberikan "political pressure" untuk menduduki jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan.

Allah SWT menceritakan kisah seorang ulama pada zaman bani israel iaitu Bal'am sepertimana di dalam firman-Nya : "Dan bacakanlah kepada mereka cerita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian ia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu ia di ikuti oleh syaitan, maka jadilah ia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau sekiranya Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan derajatnya, tetapi ia cenderung kepada dunia ….. maka perumpamaannya seperti anjing…" surah Al A'raf ayat 175 – 176.

  TRIBULASI DAKWAH

 

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan…" Surah At Taubah ayat 42.

 

Jalan dakwah adalah jalan yang panjang dan penuh dengan halangan, rintangan serta ujian. Ianya adalah jalan yang hanya dapat dilalui oleh orang-orang yang dipilih oleh Allah sahaja. Jalan dakwah hanya mampu dilalui oleh mereka yang mempunyai kekuatan lebih daripada sekadar manusia biasa, kerana ianya membawa amanah Allah yang Maha Perkasa. Oleh itu para ulama memberikan karekteristik dan ianya merupakan tabiat jalan dakwah iaitu :

1.        Jalan yang panjang.

2.        Penuh dengan rintangan.

3.        Mempunyai beban yang berat.

4.        Hanya sedikit sahaja yang mampu memikulnya.

 

Kerana tabiatnya yang sedemikian, maka jalan dakwah mempunyai banyak permasalahan, yang ianya menjadi batu ujian bagi sesiapa sahaja yang memikulnya. Di antara permasalahan yang wujud di medan dakwah adalah :

 

1.                   Lemahnya Kefahaman.

Islam adalah dien yang syumul, universal. Kerana itu sesiapa sahaja aktivis dakwah mestilah mempunyai persedian yang mencukupi terutamanya dari segi ilmu dan kefahaman tentang Islam. Bagi menjamin Islam sebagai agama yang menyeluruh dan universal Allah telah melengkapkan Islam dengan syariat dan manhaj, seperti firman Allah SWT :

"… Dan bagi tiap-tiap ummat, kami berikan kepada mereka syariat (panduan) dan minhaj (metod bagi mentathbik syariat)… " surah Al Maidah ayat 48.

Oleh itu setiap aktivis dakwah dituntut bukan hanya mempunyai kefahaman syariat sahaja, tetapi juga perlu untuk memiliki kefahaman manhaj. Kefahaman yang mencukupi tentang syariat dan manhaj dakwah akan memberikan kesan kepada tindakan dan sikap para duat yang sesuai dan munasabah di dalam memperbaiki ummat. Sabda Rasul SAW :

"Jelaskan kepada manusia (Islam ini) sesuai dengan peringkat intelektual mereka(qadri `uqulihim)".

Kefahaman terhadap manhaj yang jelas akan menjadikan duat atau pimpinan dakwah mampu mengatur, mengurus, mengendalikan dan mengawal dakwah sesuai tuntutan syariat serta keadaan realiti masyarakat. Mereka mampu meletakkan halatuju, marhalah, kedudukan serta masa depan dakwahnya. Mereka bijak di dalam memanfaatkan potensi ahli-ahli atau mad'u bagi kepentingan dakwahnya. Mereka tidak mudah diombang-ambingkan keadaan semasa dengan mengikut trend yang terjadi, tetapi mereka sentiasa berpegang kepada tuntutan syariat dan manhaj.

Malangnya, di dalam realiti kehidupan dakwah hari ini, aspek kefahaman bukan menjadi perkara yang utama. Sering kita dapati para duat tidak memiliki kefahaman yang mencukupi sebagai bekalan dakwah mereka. Sebahagian besar mereka, mempunyai kefahaman syariat yang mencukupi tetapi mereka tidak mempunyai kefahaman manhaj yang mencukupi. Banyak di antara duat yang kebingungan apabila ia mendapat soalan : hendak kemana kita? di mana kita pada masa ini dalam percaturan politik dunia? macamana cara membina bangunan dakwah ini agar ianya seperti yang pernah dibangun oleh Rasul SAW? Soalan-soalan di atas amatlah sukar untuk dijawab sebab, kebanyakan duat berdakwah menggunakan pendekatan ceramah-ceramah terutamanya dengan topik asas-asas fardhu ain. Para duat mampu memukau mad'u dengan hujah-hujah yang begitu hebat, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu halatuju dakwahnya. Mereka pergi dari satu surau ke satu surau yang lain, dari satu majlis ke majlis ilmu yang lain. Setiap perubahan yang berlaku terhadap mad'unya tidak mereka hiraukan. Para duat menjadikan mad'u sebagai murid layaknya murid sekolah, dan ikatan antara guru dengan murid terhad dalam masalah ilmu.

Bagi para pimpinan dakwah pula, ramai yang menganggap bahawa gerakan dakwah adalah organisasi moden yang tak berbeza dengan pertubuhan kebajikan atau kelab pelajar. Mereka memimpin gerakan dakwah dengan pendekatan syarikat bisnes atau seumpamanya. Di dalam gerakan dakwah tidak ditumbuhkan suasana ukhuwah, tarbiyah serta hubungan hati, tetapi ia sekadar hubungan pimpinan dan anak buah. Pimpinan tidak mampu memberikan panduan, arahan (taujih), bimbingan (irsyadat) atau bahan tarbiyah yang dapat membina hubungan iman, taqwa dan ukhuwah di antara semua ahlinya. Hubungan yang sedia ada adalah hubungan yang kering, tak ada unsur taaruf, tafahum serta takaful.

Dalam pengalaman di beberapa tempat, pimpinan dakwah bertindak seperti bos yang tidak boleh ditegur kekurangannya. Sesetengah di antara mereka pandai bermain politik agar kekuasaan mereka tidak tergugat. Oleh itu sering terjadi proses pelaksanaan dakwah yang pelik dan ganjil boleh terjadi. Mereka mengaku bersistem, walaupun pada kenyataannya tak ada sistem. Dalam pandangan mereka : tak ada sistem itulah sistem. Mereka sengaja membina gerakan tanpa sistem agar mudah mempolitikkan ahli dakwah. Tarbiyah dijalankan dengan pendekatan manhaj yang ganjil dan ramai pimpinan yang tidak melaksanakan tarbiyah. Pimpinan merasa sudah lulus (graduate) dari tarbiyah, sehingga tidak perlu lagi untuk mendatangi program tarbiyah kerana merasa sibuk mengurus perjalanan organisasi yang lebih besar kesannya terhadap dakwah.

Kefahaman terhadap manhaj dakwah yang universal dan sempurna memberikan kesan lahirnya thiqah di kalangan ahli. Sebaliknya, kefahaman yang lemah akan melahirkan konflik dalaman di
dalam gerakan dakwah itu sendiri.

Dakwah sedemikian akan menjadi tempat berkumpulnya orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi atau kumpulannya. Pada masa seperti itu, terjadi persaingan tidak sihat di dalam membina gerakan dakwahnya. Mereka saling jatuh menjatuhkan satu dengan lainnya.

Pimpinan sedemikian akan sibuk mengurus perkara-perkara remeh, sedangkan amanah dakwah yang begitu besar tidak mendapat perhatian yang mencukupi. Mereka mengendalikan dakwah tanpa sikap yang jelas dan kukuh, tetapi mengikut kehendak nafsu tanpa memperdulikan keadaan dalaman. Mereka tertipu dengan ramainya ahli yang tidak berkualiti sehingga mengukur kejayaan dakwah menggunakan kaedah-kaedah materialistik. Biasanya pimpinan sedemikian bukanlah jenis manusia yang ikhlas bagi menjalankan dakwah tetapi mereka mengambil kesempatan untuk menguasai serta mempolitikkan ketaatan ahli bagi mencapai target-target yang telah mereka tetapkan tanpa memperdulikan kesejahteraan mad'u atau ahli. Para mad'u atau ahli diperah tenaga dan potensinya bagi memenuhi keinginan-keinginan segelintir pimpinan di dalam gerakan dakwah.

Firman Allah : "Wahai nabi kobarkanlah semangat mukmin untuk berperang, jika kamu mempunyai 20 orang yang sabar, kamu akan mengalahkan 200 orang …. " surah Al Anfal ayat 165.

Ayat di atas memberikan gambaran mengenai perlunya membangun kuantiti (20 orang mengalahkan 200 orang) dan kualiti (sabar). Oleh itu, gerakan dakwah di tuntut untuk membina ahli-ahli (kader) yang meningkat dari segi pertumbuhan jumlah (kuantiti) mahupun kualitinya.

Al Quran telah memberikan pengajaran kepada kita melalui firman Allah SWT :

"Dan hendaklah ada (segolongan) ummat di antara kamu yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan mereka itulah yang  berjaya." surah Ali Imran ayat 104.

                Ayat di atas mengajarkan kepada kita mengenai manhaj dakwah yang berkenaan dengan pembinaan dalaman sehingga gerakan dakwah mempunyai pelapis atau pewaris kepimpinannya. Di sini pula pentingnya tarbiyah dijalankan dengan berkesan.

                Pelaksanaan tarbiyah yang kemas serta mempunyai panduan manhaj yang jelas akan mampu melahirkan generasi yang berkebolehan serta mempunyai iman yang mantap. Generasi yang ditarbiyah seperti ini akan sentiasa menghidupkan hari-harinya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, beribadah serta berukhuwah diantara sesama mereka. Mereka mampu membina hubungan yang mesra dengan sahabat, para duat dan masyarakat dengan menggunakan kaedah-kaedah sunnah Rasul SAW sebagai manhaj di dalam bermuamalah dengan manusia baik muslim mahupun yang non muslim.

Kejelasan manhaj yang ianya didedahkan melalui tarbiyah akan mampu membimbing ahli di dalam membina potensi dan kemampuannya bagi berinteraksi dengan al Quran, as Sunnah dan masyarakat. Sebaliknya manakala para duat dan pimpinan dakwah tidak mempunyai kefahaman manhaj atau merasa tidak memerlukan tarbiyah, maka mereka akan mudah bertindak menyeleweng dari jalan dakwah yang sahih.

Kefahaman mengenai jalan dakwah merupakan satu kemestian di dalam berdakwah agar perjalanannya sentiasa ashalah (murni). Bersambung……….

 

Ditulis berdasarkan pengalaman dakwah, mudah-mudahan ia menjadi I'tibar bagi orang-orang yang sentiasa mengeluarkan peluh, potensi dan tenaganya bagi menjayakan dakwah.

TRIBULASI DAKWAH (02)

 

" …. Dan bagi tiap-tiap ummat, kami berikan kepada mereka syariat (panduan) dan minhaj (metod bagi mentathbik syariat)… " surah Al Maidah ayat 48.

 
 

 
 
 

Setelah kita membincangkan perkara yang berhubung kait dengan lemahnya kefahaman sebagai persoalan penting di dalam dakwah Islamiyah, maka pada perbincangan kali ini kita akan membincangkan persoalan lain yang berhubung dengan kefahaman iaitu : kefahaman yang tidak asolah.

Di dalam melaksanakan dakwah, kefahaman yang jelas menjadi sangat penting sebab ianya merupakan asas bagi pergerakan agar dapat melangkah dengan jelas. Apabila Umar ibn Khatthab ditanya mengenai makna taqwa, beliau menjawab : "berhati-hati sepertimana seseorang naik ke suatu tempat yang tinggi yang penuh dengan duri (rintangan)". Sikap berhati-hati dapat diwujudkan apabila kita memiliki kefahaman mengenai jalan yang akan dilalui mengandungi banyak rintangan. Kefahaman mengenai medan , cara-cara serta metod dan pendekatan yang jelas akan memberikan jaminan bahawa kita akan sampai ke penghujung jalan dengan selamat. Sebaliknya, sikap ceroboh yang diasaskan oleh tidak jelasnya jalan, metod dan pendekatan dakwah akan melahirkan malapetaka serta hasil yang tidak sesuai dengan jerih payah yang diusahakan.

 

2.             Kefahaman yang tidak Asolah

Rasul SAW diajarkan oleh Allah melalui ayat yang pertama turun kepada beliau seperti firman Nya :

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. …… Dia yang mengajarkan menggunakan pena, yang mengajarkan manusia apa-apa yang dia (manusia) tidak memiliki ilmunya" surah al Alaq ayat 1 – 5.

Ayat di atas menyebutkan hubungan antara membaca dengan ke-Tuhan-an (tauhid), memberi gambaran adanya perintah untuk membaca yang ianya dapat mencapai kefahaman tauhid yang benar. Di dalam surah Ali Imran ayat 191, Allah menggambarkan persepaduan antara zikir dengan fikir yang dapat menunjukkan pengenalan kepada Tuhan secara tepat, firman Allah : "(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir mengenai peciptaan  langit dan bumi (oleh Allah), Ya Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan (semua ini) dengan sia-sia…"

Persepaduan zikir dan fikir yang sesuai (proportional) akan menghantarkan seseorang kepada pengenalan Tuhan dan alam semesta dengan tepat dan kemudian ia dapat memanfaatkan alam dan seluruh isinya dengan baik. Kefahaman yang asolah akan mampu memandu kita kepada jalan yang benar.

Rasul SAW adalah seorang nabi yang tergolong dalam golongan ulul azmi, baginda mendapat wahyu dan panduan terus daripada Allah melalui malaikat Jibril as, namun Allah melengkapkan Al Quran dengan kisah-kisah para nabi dan rasul Allah terdahulu sebagai panduan di dalam berdakwah. Hikmah dari perkara sedemikian ialah, Rasul SAW mendapat gambaran tentang asas-asas manhaj, cara, metod dan pendekatan para nabi dan rasul terdahulu di dalam berdakwah bagi menyelesaikan persoalan ummat. Sifat talaqi seperti inilah yang dikekalkan oleh para Ulama dan duah yang ikhlas agar tidak terpesong walau sejengkal. Kesediaan mereka untuk dibuai atau dibimbing selangkah demi selangkah kerana sedar bahawa selain ilmu berdakwah, pengalaman serta pengetahuan mengenai persoalan dakwah dapat menambahkan penguasaan duah terhadap dakwah dan masyarakat secara optima. Allah berfirman :"Bertanyalah kamu sekelian kepada orang yang lebih tahu (ahlu dzikri) jikalau kamu tidak memiliki pengetahuan" surah An Nahl ayat 43.

 

Di dalam membina dakwah aspek-aspek asolah yang perlu ditalaqi secara terus iaitu:

1.                    Aspek Aqidah Islamiyah. aspek ini akan memberikan kefahaman mengenai aqidah secara benar. Kefahaman terhadap aqidah yang benar akan memberikan kesan kepada lahirnya keperibadian yang kukuh, mantap dan mempunyai semangat  Islam, berdakwah yang terus bergelora, memiliki iman yang istiqamah dan bersedia menyambut cabaran walau apapun risiko yang akan dihadapi. Namun di dalam realitinya, ramai para duah serta masyarakat tidak mengambil be
rat mengenai perkara seumpama ini. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada perkara fardhu 'ain sebelum memperkukuhkan iman. Kita lihat para duah "jadian" yang tidak mengerti apa sebenarnya aqidah ahlu sunnah wal jamaah, prinsipnya serta persoalan-persoalan nya, mereka jahil mengenai prinsip aqidah syiah dan penyelewengan- penyelewengannya . Diantara mereka ramai yang bersemangat hendak berdakwah tetapi jahil mengenai aqidah Islamiyah.

 

2.                    Aspek Fikrah Islamiyah. Islam sebagai sebuah dien yang menyeluruh dan universal bukan hanya mengandungi prinsip-prinsip dan panduan ibadat sahaja, tetapi ia juga merupakan ideologi yang perlu diyakini agar ia tidak terlepas. Sesiapa yang menjadikan Islam sebagai ideologi, ia akan bangga menjadi muslim dalam erti yang sebenarnya. Namun malangnya ramai muslim yang murtad hanya kerana seketul dunia. Mereka mudah disuap dengan dunia. Demikian juga para duah, mereka terutamanya yang sudah bergelumang dunia, menjadikan dakwah sebagai kerja sambilan. Mereka lebih mengutamakan status sebagai duah atau ahli kumpulan harakah tertentu walaupun tidak mencukupi dari segi syarat-syarat kelayakannya. Keperibadian mereka tidak menunjukkan diri sebagai duah yang bekerja bersungguh-sungguh bagi menjayakan Islam. Ramai tidak memahami mana perkara prinsip dan mana wasilah. Mereka kebingungan serta mempunyai tasawur dakwah yang bercelaru.

 

3.                    Aspek Tarbiyah Islamiyah. Tarbiyah dengan manhajnya telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui contoh kehidupan Rasul SAW di dalam mendidik para sahabat dan sahabiyah. Berbagai-bagai pendekatan, cara dan wasilah telah beliau lakukan bagi melahirkan generasi pewaris yang berkualiti. Malangnya, ramai para pendakwah mengabaikan perkara seumpama ini dengan tidak mementingkan tarbiyah yang asolah melalui pendekatan talaqi. Ramai para duah yang ikhlas, tetapi kerana merasa bijak pandai mereka tidak mengambil berat dengan tarbiyah daripada para ulama yang thiqat (terpercaya) , apatah lagi kalau sekiranya duah tersebut adalah seorang profesor, doktor(phd) dan sebagainya. Dalam beberapa kes, para duah merasa tidak  memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari orang lain kerana merasa "para ulama hanya tahu mengenai kawasan wilayah tertentu sahaja, kita sahajalah yang paling tahu mengenai kawasan wilayah kita. Kita sudah dewasa dan tidak memerlukan lagi bimbingan orang-orang tua, tidak perlu di bawah ketiak orang tua" dan lain sebagainya. Ungkapan sedemikian selain disebabkan oleh ego dan sombong, pada akhirnya mereka dan generasi pewarisnya tidak dapat menyerap pengetahuan daripada para ulama secara talaqi sehingga secara tidak disedari akan menyeleweng dari jalan yang asolah.

 

4.                    Aspek Akhlaq Islami. Akhalq yang mulia akan menjadi daya tarik bagi dakwah kerana duah dengan akhlaq sedemikian akan memiliki keperibadian yang menarik dan simpatik, halus budi bahasanya, lembut perangainya serta menarik tutur katanya. Realitinya, ramai duah yang berperangai kasar dengan beralasan "ini sifat semula jadi saya". Mereka berbudi bahasa yang buruk dengan perangai yang menjengkelkan, berhati keras membatu, seolah-olah dia yang paling baik dan paling benar. Sikap seperti ini yang menjadikan dakwah menjadi terbantut kerana ramai masyarakat yang lari dari dakwah, dan pada akhirnya masyarakat mencari penyelesaian lain dengan berbuat maksiat.

 

5.                    Aspek Dakwah Islamiyah. Jalan dakwah yang panjang dan penuh dengan rintangan sudah pastinya mempunyai panduan dan pendekatan yang lengkap agar jalan yang susah menjadi mudah dan efektif untuk diwujudkan. Mengambil i'tibar dari sirah Rasul SAW merupakan pelajaran mengenai cara berdakwah Rasul SAW dalam segala situasi, keadaan dan posisi. Keadaan beliau sebagai pimpinan, sebagai ayah, sebagai sahabat, sebagai guru dan sebagainya telah beliau contohkan dengan begitu indah dengan pendekatan dan manhaj yang jelas. Sesiapa sahaja duah yang mampu mengambil pelajaran dari saripati kehidupan beliau di dalam berdakwah akan berjaya melaksanakan amanat dakwah baginda dengan baik dan efektif. Sebaliknya ramai yang tidak mengambil dari mata air yang murni ini sehingga menyeleweng, baik ia menyeleweng dari sudut prinsip, manhaj, tanzim atau wasilah yang digunapakai. Bagi para pimpinan dakwah pula, kerana cuai terhadap sirah Rasul SAW, ramai yang menganggap bahawa gerakan dakwah adalah seperti organisasi moden yang tak berbeza dengan pertubuhan kebajikan atau kelab pelajar. Mereka memimpin gerakan dakwah dengan pendekatan syarikat bisnes atau seumpamanya. Di dalam gerakan dakwah tidak ditumbuhkan suasana ukhuwah, tarbiyah yang kemas serta hubungan hati, tetapi ia sekedar sebagai wadah bagi membina hubungan pimpinan dan anak buah. Pada akhirnya mereka mempolitikkan ketaatan ahli bagi mencapai matlamat mereka dan perkara seumpama ini merupakan penyelewengan yang berbahaya bagi kemajuan dan masa depan Islam.

 

Dakwah yang tidak asolah akan menjadikan dakwah menjadi kacau dan jumud, hidup segan mati tak mahu. Akhirnya walau dakwah sudah berlaku berpuluh-puluh tahun, tetapi Allah tidak menurunkan keberkatan kepadanya sehingga para duah bukan semakin bertambah jumlahnya malahan semakin berkurang, futur bahkan memusuhi dakwah. Wallahu a'lam. Bersambung…

Ditulis berdasarkan pengalaman dakwah, mudah-mudahan ia menjadi I'tibar bagi orang-orang yang sentiasa mengeluarkan peluh, potensi dan tenaganya bagi menjayakan dakwah.

TRIBULASI DAKWAH (03)

 

"Dan tidaklah Kami mengutus engkau (ya Muhammad) kecuali (untuk berdakwah) bagi seluruh manusia……. " surah Al Maidah ayat 48.

 
 

 
 
 

Fenomena kurangnya kefahaman dan tidak asolahnya dakwah dapat menjadi persoalan yang merbahaya serta dapat memesongkan perjalanan dakwah. Perbincangan kita terhadap persoalan dakwah yang seterusnya adalah membincangkan mengenai pelaksanaan misi dakwah yang tidak jelas, karut dan kacau-bilau baik dari aspek fahaman mahupun implementasinya.

Kejelasan misi dakwah baik dari aspek prinsip-prinsip, kaedah-kaedah serta langkah-langkh pelaksanaannya akan menjadi panduan bagi para duah agar mereka mampu mengharungi jalan dakwah dengan berkesan dan efektif. Perkara sedemikian sangat penting untuk diketengahkan sebab Allah SWT memerlukan masa yang panjang bagi mengajar, mendidik serta membimbing Nabi SAW di dalam menjalankan misinya. Proses yang bertolak ansur, tadaruj, step by step telah dilaksanakan oleh Nabi SAW dengan melalui berbagai-bagai cabaran, dugaan dan ujian. Ia dijalankan bagi menjadi i'tibar yang lengkap serta sempurna bagi para duah. Kesempurnaan ajaran dan misi Islam ini menjadi kata kunci bagi kejayaan dakwah Islamiyah. Firman Allah : "Pada hari ini telah Kusempurnakan bagimu agamamu, dan telah Kusempurnakan atasmu nikmatKu dan Aku redha Islam menjadi agamamu…" surah Al Maidah ayat 3.

Bagi menasihati Abdullah bin Abbas, Rasul SAW bersabda : "….Telah (Allah) angkat pena dan telah habis lembaran-lembaran" HR Imam Muslim di dalam kitab Arba'in Nawawiyah. Kalimat hadith di atas memberi gambaran bahawa Islam adalah ajaran yang telah lengkap dan sempurna serta tidak memerlukan tambahan dan pengurangan. Islam adalah ajaran yang syamil, kamil dan mutakamil. Oleh yang sedemikian, wajib bagi para duah untuk memahami, menghayati serta melaksanakan misi Islam secara kaffah, menyeluruh dan tidak sepotong-potong, sepertimana yang telah dilaksanakan oleh Rasul Allah SAW.

 

3.             Misi dakwah yang tidak jelas

Manakala misi dakwah yang di jalankan oleh duah kebanyakannya tidak lengkap, tidak jelas dan tidak asolah. Pelaksanaan dakwah sedemikian akan menyebabkan pelaksanaan dakwah yang kacau (at tahawwur), terbantut bahkan menyesatkan. Duah menjadi sedemikian bukan kerana mereka tak mampu berbahasa arab atau membaca kitab, tetapi mereka tidak mendapatkan pendedahan secara talaqi mengenai pelaksanaan misi dakwah selain kerana mereka adalah syahsiyah yang tidak soleh dan tidak ikhlas.

Rasul SAW dibekalkan dengan misi yang bersepadu sepertimana di firmankan Allah : "Sebagaimana Kami telah mengutus bagi kamu seorang rasul, yang ia membacakan ayat-ayat Kami, membersihkan (jiwa) kamu serta mengajarkan kamu (ilmu) al kitab dan hikmah dan mengajarkan kamu (apa-apa) yang tidak kamu ketahui" surah Al Baqarah ayat 151. Ayat ini menggambarkan bahawa Rasul SAW melaksanakan misinya melalui 3 pendekatan iaitu :

1.                    Membacakan ayat-ayat Allah, agar muslimin mengenal dan mengetahui gambaran hakikat kehidupan dan penciptaannya secara benar dan tepat.

2.                    Membersihkan jiwa muslimin, agar mereka menjadi manusia yang sensitif (peka) di dalam kehidupan yang Islami. Mereka mengetahui mana yang Islam mana yang bukan walaupun di dalam perkara-perkara yang halus.

3.                    Mengajarkan (ilmu) mengenai al kitab dan hikmah, yang ianya hanya dapat diperolehi melalui kehidupan yang sentiasa mengharap bimbingan daripada Allah sahaja, kerana hakikatnya ilmu adalah milik Allah SWT.

Apabila duah dibina bukan oleh tarbiyah yang menggunakan pendekatan sedemikian, maka akan lahir duah yang bingung dan membingungkan, bahkan boleh jadi sesat dan menyesatkan. Perkara seumpama ini dapat dilihat daripada wujudnya aliran-aliran sesat di dalam Islam seperti Ahmadiyah, Qadhiyani, Islam Jamaah dan lain-lainnya.

Kefahaman tentang misi Islam yang tidak lengkap dan tidak sempurna menyebabkan berlakunya dakwah kehilangan ruh. Para duah dalam keadaan sedemikian kelihatan sibuk tetapi dakwah hanya berlegar di tempat yang sama. Bahkan bukan hanya mad'u yang semakin berkurang, duahpun pada akhirnya hilang atau lost in the space (LIS). Ketidakjelasan misi ini juga akan menjadikan perjalanan dakwah tidak dapat mengenali : di mana kita perlu bermula (munthalaq), di mana perlu berehat (waqfah), seberapa panjang jalan yang akan di lalui, di mana sempadan-sempadan, di mana kita perlu perlahankan perjalanan dan di mana perlu dipercepat, di mana perlu berundur dan kemudian melompat beberapa langkah kehadapan, di mana kita perlu menaiki tangga-tangga dakwah, pendekatan macamana kita melangkah, siapa yang patut bersama kita, macamana membina dan membimbing mereka, apa karakteristik yang diperlukan oleh mereka, apa karakteristik tahapan-tahapan dakwah, apa syarat-syarat kejayaan dakwah, apa matlamat setiap tahapan. Bila perlu menonjolkan diri, apa syarat-syaratnya serta apakah matlamat akhir dakwah. Selagi para duah dan pimpinan duah tidak dapat mengenali dan mendefinasikan perkara-perkara di atas secara jelas, maka mereka akan tertipu (ghurur) dengan pencapaian dakwah yang seumpama fatamorgana.

Ia juga dapat menyebabkan konflik dalaman di dalam jemaah dakwah akan bertambah besar, ramai duah yang kecewa dan lari dari tanggungjawab dakwah. Pada keadaan lain pimpinan dakwah mula berbuat tidak terpuji bagi menutupi kelemahan mereka terhadap kefahaman mengenai misi dakwahnya. Mereka bermain politik (politiking) di dalam dakwah agar ahli-ahli jamaahnya tetap thiqah dan taat dengan cara menipu, berbuat licik, mengata "kita paling tahu mengenai kita, sedang orang lain tidak tahu mengenai kita" bagi mengelakkan orang lain mengetahui tentang kelemahan mereka. Akibat keadaan sebegini, duah tidak akan memiliki pengetahuan yang mencukupi bagi memikul amanah dakwah. Mereka tidak tahu mana perkara usul dan mana perkara furu' dan wasilah, mana yang ibadah mahdhah dan ibadah ghair mahdhah. Juga mereka tidak dapat menimbang antara perkara misi risalah (usul) dengan keutuhan tanzim jamaah (wasilah), tak dapat membezakan mana perkara dakwah dan mana perkara politik, mana yang benar-benar ikhlas dan mana yang licik. Pada keadaan sedemikian ummah hanya dijadikan sebagai lembu perahan oleh para pimpinannya.

Sebahagian kecil duah yang ikhlas pada akhirnya menjalankan misi dakwahnya dengan "apa adanya" secara peribadi-peribadi. Mereka mencuba melaksanakan tanggungjawab dakwah secara perlahan-lahan, dari satu majlis ilmu ke majlis ilmu yang lain, dari satu surau ke surau yang lain. Mereka membina, membimbing serta membangun dakwah sesuai dengan corak dan gayanya sendiri, mempunyai wibawa serta dijadikan rujukan dan sumber fatwa bagi para pengikutnya. Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, maka akan lahir "raja-raja kecil" di dalam dakwah.

Ramai dari mereka amat sukar untuk dipersatukan dengan duah yang lain, kerana pengalaman mereka dengan jamaah-jamaah yang ada atau kerana pengikutnya tak bersedia berkongsi kehidupan Islam bersama pengikut duah yang lainnya. Pada akhirnya mereka menganggap kumpulan mereka sebagai "the best" dan untuk itu tidak jarang duah yang menggunakan ayat-ayat Allah untuk berhujah mengenai keadaan mereka.

Namun bagi duah yang tidak ikhlas, mereka mempermainkan tanggungjawab dakwah bagi kepentingan diri dan kumpulannya. Sungguh malang nasib ummah yang memiliki duah dan pimpinan sedemikian. Dakwah tidak dicucuri keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Berbagai-bagai usaha bagi menyelesaikan permasalahan dakwah dan ummah seolah-olah menemui jalan mati. Kegelisahan dan kebingungan ummah serta duah ahli jamaah akan menggugat kewujudan jamaah dakwah tersebut baik ketika di dunia mahupun di akhirat nanti.

Oleh itu adalah perkara yang wajar apabila terjadinya perpecahan di dalam ummah Islam. Ianya kebanyakannya disebabkan oleh perbuatan pimpinan dakwah dan duah yang tidak mempunyai misi yang jelas serta tidak bertanggungjawab. Ummah yang tidak mempunyai kefahaman yang mencukupi akan ikut secara membuta tuli (taqlid) apa-apa yang diperkatakan oleh pimpinannya walaupun pada hati kecilnya merasai adanya perkara-perkara yang tidak patut. Ummah akan berhujjah : "Kami lebih mempercayai pimpinan kami daripada yang lain", walaupun perkara yang diperkatakan pimpinan adalah perkara yang pelik lagi ganjil, fitnah dan tidak sesuai dengan akal waras. Mereka telah kehilangan pertimbangan syariat yang menyebutkan bahawa : "perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasul SAW yang maksum". Mata hati mereka telah tertutup oleh pujuk rayu syaitan yang menyamar di dalam diri manusia.

Salah satu contohnya adalah para pengikut Ahmadiyah Qadhiyani. Mereka bersedia dipenjara atau dihukum walaupun para ulama, duah dan mubaligh telah berusaha menjelaskan tentang kesesatan ajaran Mirza Ghulam Ahmad pimpinan mereka yang mengaku sebagai nabi setelah Rasul SAW. Keadaan yang sama berlaku bagi para pengikut Islam Jamaah yang menganggap pimpinannya Ubaidah Hasan sebagai nabi.

Berbagai-bagai cara dan pendekatan dilakukan bagi memujuk ummah selain menggunakan pendekatan mengaku sebagai nabi atau orang soleh, padahal tujuannya adalah semata-mata untuk menyesatkan ummah dari memperjuangkan misi yang bersih yang bersumber daripada Al Quran dan As Sunnah Rasul SAW.

 

 

TRIBULASI DAKWAH (04)

 

"Maka hawa nafsu (Qabil) menjadikannya mudah membunuh saudaranya (Habil), sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang merugi" surah Al Maidah ay
at 30.

 

D
 

 
 
i dalam perbincangan kita terdahulu kita telah membincangkan persoalan dakwah yang berhubungan dengan kefahaman. Di dalam perbincangan kita seterusnya, kita akan membincangkan permasalahan dakwah yang disebabkan oleh peribadi duah yang tidak soleh.

Peribadi duah merupakan antara yang menjadi faktor utama di dalam menjayakan dakwah ke jalan Allah. Di tangan para duah, dakwah akan berjalan dengan hidup dan dinamik. Mereka membina para mad'u dengan semangat waja bagi melahirkan generasi pilihan Allah SWT. Para duah adalah manusia yang sebaik-baik perkataannya di dalam pandangan Allah sepertimana firman-Nya : "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata : "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri" surah Fushilat ayat 33.

Di dalam ayat di atas terlihat unsur-unsur yang menjadi pembina peribadi duah iaitu, kefahaman tentang jalan dakwah (perkataan yang baik), amal dakwah yang berterusan (mengerjakan amal soleh) dan keperibadian yang mulia (orang-orang yang berserah diri). Dengan wujudnya keperibadian yang mulia di dalam diri duah, ianya akan menjadi daya tarik yang mengundang simpati masyarakat kepada dakwah. Keperibadian seumpama ini menjadikan Allah memandang tinggi kepada duah. Rasul SAW bersabda : "Sekiranya Allah menunjuki (beri hidayah kepada) seseorang lantaran kamu, maka itu lebih baik dari dunia dan seisinya".

 

3.             Keperibadian duah yang rosak.

Sebaliknya, manakala keperibadian itu rosak dan busuk ianya akan merosakkan jalan dakwah dan akhirnya akan mengundang rasa takut dan benci kepada Islam. Duah yang menonjolkan hawa nafsu, sombong, berkeperibadian busuk antara faktor yang menjejaskan kemuliaan risalah nabi SAW. Mereka menjadikan jalan dakwah sebagai tempat untuk mencari penghasilan (pendapatan) atau sebagai medan untuk menguasai manusia dan meraih status kehidupan. Para duah, berjalan ke hulu hilir kononnya untuk menyedarkan manusia daripada maksiat, namun di sebalik itu mereka mengumpul wang dari murid-muridnya dengan niat untuk memperkaya diri. Berbagai-bagai kerenah mereka buat bagi menunjukkan bahawa mereka adalah orang mulia, terpandang serta perlu dihormati masyarakat. Dalam dunia moden ini mereka akan mendakwa bahawa mereka pernah belajar di tempat yang terbaik di dalam pengajian Islam atau tarbiyah dengan "tok syaikh" yang "top one person", bergaul dengan masyarakat "high class", mendapat status sebagai "very-vey important people" atau mendapat penghargaan "gred A". Sebaliknya pada ketika dahulu, duah akan mendakwa bahawa mereka mempunyai kesaktian (kehebatan) dapat berjalan di atas air, sentiasa solat jumaat di Makkah walau sehari-hari tinggal di kampung yang beribu-ribu kilometer jauhnya dari Makkah, dapat mengalahkan jin yang hebat dan sebagainya. Pendek kata, mereka adalah orang yang lebih hebat dibandingkan masyarakat yang menjadi mad'unya.

Para duah dapat terpesong sebegini, disebabkan oleh beberapa faktor antaranya :

 

A.                  Niat yang tidak Ikhlas.

Di dalam Islam, niat merupakan perkara asas, kerana sahnya sebuah amal disebabkan oleh niat yang betul kerana Allah SWT. Sebaliknya niat yang tidak betul, ianya akan menjadikan amalan seseorang tidak diakui oleh Allah dan tidak mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Bahkan ia boleh memesongkan amalan itu sendiri. Sabda Rasul SAW : "Sesungguhnya hanyasanya (sah) amal (kamu) kerana niat, dan setiap urusan akan dibalasi sesuai dengan niatnya…"

Di dalam dunia dakwah, niat yang tidak ikhlas di antaranya menjadi punca kepada : duah berniat agar menjadi orang yang di puja-puja atau dikenali oleh masyarakat sebagai ulama. Atau dengan mendapat banyak mad'u maka akan semakin banyak mendapat habuan pendapatan bulanan. Juga terbayang dalam mindanya akan bertambah banyak pula down line dalam bisnes MLM. Atau juga akan semakin banyak anak buah yang dapat melaksanakan kepentingan peribadinya untuk menjadi raja-raja kecil. Dan bahkan kalau sekiranya anak buah mereka adalah orang-orang terkenal dan terpandang, duah akan dapat memberikan "political pressure" untuk menduduki jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan.

Allah SWT menceritakan kisah seorang ulama pada zaman bani israel iaitu Bal'am sepertimana di dalam firman-Nya : "Dan bacakanlah kepada mereka cerita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian ia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu ia di ikuti oleh syaitan, maka jadilah ia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau sekiranya Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan derajatnya, tetapi ia cenderung kepada dunia ….. maka perumpamaannya seperti anjing…" surah Al A'raf ayat 175 – 176.

 

B.                  Mengikut hawa nafsu.

Hawa nafsu merupakan musuh dalaman yang sukar untuk ditundukkan kecuali oleh orang-orang yang diberkati Allah. Ia boleh masuk kedalam jiwa manusia, mempengaruhinya serta membentuk keperibadian yang tidak sesuai dengan tuntunan Al Quran. Ramai duah yang tidak menyedari bahawa mereka telah dipengaruhi oleh hawa nafsu kerana seringkali batas-batas antara dipengaruhi hawa nafsu dengan yang tidak dipengaruhi olehnya ianya begitu nipis.

Firman Allah di dalam surah Al A'raf ayat 175 – 176 : "Dan kalau sekiranya Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan derajatnya, tetapi ia cenderung….dan mengikuti hawa nafsu, maka perumpamaannya seperti anjing…". Demikian juga di dalam surah Al Maidah ayat 48: "…Maka hukumlah mereka dengan apa-apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, setelah datang kepadamu kebenaran….". Dalam kedua-dua ayat di atas, Allah menggambarkan kedudukan duah yang boleh terjejas sehingga keperingkat berkeperibadian seperti haiwan. Perkara sedemikian berlaku sebab para duah dipengaruhi oleh hawa nafsu yang ada pada dirinya mahupun yang datang daripada pujuk rayu pengikut atau masyarakatnya.

Pengaruh hawa nafsu sedemikian ianya akan mempunyai kesan terhadap pertimbangan- pertimbangan akal yang tidak waras atau mengikut kepentingan diri dan kumpulannya. Duah sedemikian akan tamakkan pengaruh, kuasa dan puji-pujian daripada orang lain. Mereka kadangkala berbuat bohong, menipu atau apa sahaja perbuatan busuk bagi memenuhi kepentingannya. Mereka merasa kekal di dunia sehingga tidak bersedia untuk berkorban baik harta mahupun jiwanya. Bahkan seringkali duah akan menutupi perbuatan busuknya, kerana pengaruh hawa nafsu, dengan berbuat dusta yang lebih besar lagi, seperti memfitnah duah yang lain atau memperkecilkan peranan sahabat sesama duah. Apa sahaja cara akan mereka lakukan demi mengekalkan kedudukan dan pengaruhnya walaupun ianya bercanggah dengan panduan syarak.

 

C.            Dipengaruhi oleh Syaitan.

Kalau sekiranya pengaruh syaitan telah melekat di dalam jiwa duah, maka mereka akan menjadi lebih jahat dibandingkan binatang, bahkan lebih sesat. Firman Allah : "…..Mereka bagaikan binatang ternak bahkan lebih sesat… " surah Al A'raf ayat 179.

Pengaruh syaitan yang begitu kuat akan menjadikan duah lalai dari mengingati Allah, mereka menjadikan ayat-ayat Allah sebagai barang dagangan yang dapat diperjual belikan. Apa yang penting bagi mereka adalah status sebagai orang "soleh" atau "ulama" walaupun tindak tanduknya tidak sesuai dengan akhlaq Islam. Jiwa mereka kasar, sombong, bongkak dan tidak menghargai orang lain. Ap
a yang nampak di dalam diri mereka adalah kebaikan belaka, sebaliknya dalam diri orang lain adalah keburukan. Bak pepatah : "Gajah di depan mata tak nampak, semut diseberang lautan kelihatan". Mereka amat sukakan mencari-cari kesalahan orang lain, sedang kesilapan sendiri yang begitu besar dianggap sebagai perkara wajar. Manakala orang lain silap, ia perlu dihukum. Sedang manakala dirinya silap ia merupakan perkara wajar sebagai manusia yang lemah dan penuh silap serta lupa. Seringkali juga duah pada akhirnya akan mengampu kepada pimpinan yang jahat demi mengejar tuntutan hawa nafsu dan syaitan. Mereka akan mengubah ayat-ayat Allah dengan berfatwa yang disesuaikan dengan keinginan penguasa. Mereka hendak menukarkan kebenaran Allah dengan seketul kesenangan dunia.

Apabila kita perhatikan punca masalah yang telah dijelaskan di atas, maka kita melihat pada hari ini ramai duah yang mengalami penyakit "split personality". Mereka mempunyai keperibadian yang rosak dan merosakkan bangunan dakwah Islamiyah yang indah. Duah yang sedemikian ianya lebih ramai dibandingkan dengan duah yang ikhlas dan berkeperibadian mulia, bagaikan kata-kata sya'ir : "Bilakah di dapati bangunan yang boleh disiapkan hanya dalam satu hari. Jika kamu membina bangunan (sedangkan) orang lain menghancurkannya. Walaupun ada seribu bangunan, cukup hanya seorang  untuk menghancurkannya. Maka bagaimana jika  ada sebuah bangunan (sedangkan) dibelakangnya ada seribu orang hendak menghancurkannya".

Namun sebagai hamba Allah, kita mestilah optimistik bahawa walaupun duah yang ikhlas ianya hanya sedikit, insya Allah Islam akan mengalami perkembangan yang pesat dari masa ke semasa dengan dukungan dan izin Allah.  

Ditulis berdasarkan pengalaman dakwah, mudah-mudahan ia menjadi i'tibar bagi orang-orang yang ikhlas yang sentiasa mengeluarkan peluh, tenaga dan potensinya bagi menjayakan dakwah.

 

 

B.                  Mengikut hawa nafsu.

Hawa nafsu merupakan musuh dalaman yang sukar untuk ditundukkan kecuali oleh orang-orang yang diberkati Allah. Ia boleh masuk kedalam jiwa manusia, mempengaruhinya serta membentuk keperibadian yang tidak sesuai dengan tuntunan Al Quran. Ramai duah yang tidak menyedari bahawa mereka telah dipengaruhi oleh hawa nafsu kerana seringkali batas-batas antara dipengaruhi hawa nafsu dengan yang tidak dipengaruhi olehnya ianya begitu nipis.

Firman Allah di dalam surah Al A'raf ayat 175 – 176 : "Dan kalau sekiranya Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan derajatnya, tetapi ia cenderung….dan mengikuti hawa nafsu, maka perumpamaannya seperti anjing…". Demikian juga di dalam surah Al Maidah ayat 48: "…Maka hukumlah mereka dengan apa-apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, setelah datang kepadamu kebenaran….". Dalam kedua-dua ayat di atas, Allah menggambarkan kedudukan duah yang boleh terjejas sehingga keperingkat berkeperibadian seperti haiwan. Perkara sedemikian berlaku sebab para duah dipengaruhi oleh hawa nafsu yang ada pada dirinya mahupun yang datang daripada pujuk rayu pengikut atau masyarakatnya.

Pengaruh hawa nafsu sedemikian ianya akan mempunyai kesan terhadap pertimbangan- pertimbangan akal yang tidak waras atau mengikut kepentingan diri dan kumpulannya. Duah sedemikian akan tamakkan pengaruh, kuasa dan puji-pujian daripada orang lain. Mereka kadangkala berbuat bohong, menipu atau apa sahaja perbuatan busuk bagi memenuhi kepentingannya. Mereka merasa kekal di dunia sehingga tidak bersedia untuk berkorban baik harta mahupun jiwanya. Bahkan seringkali duah akan menutupi perbuatan busuknya, kerana pengaruh hawa nafsu, dengan berbuat dusta yang lebih besar lagi, seperti memfitnah duah yang lain atau memperkecilkan peranan sahabat sesama duah. Apa sahaja cara akan mereka lakukan demi mengekalkan kedudukan dan pengaruhnya walaupun ianya bercanggah dengan panduan syarak.

 

C.            Dipengaruhi oleh Syaitan.

Kalau sekiranya pengaruh syaitan telah melekat di dalam jiwa duah, maka mereka akan menjadi lebih jahat dibandingkan binatang, bahkan lebih sesat. Firman Allah : "…..Mereka bagaikan binatang ternak bahkan lebih sesat… " surah Al A'raf ayat 179.

Pengaruh syaitan yang begitu kuat akan menjadikan duah lalai dari mengingati Allah, mereka menjadikan ayat-ayat Allah sebagai barang dagangan yang dapat diperjual belikan. Apa yang penting bagi mereka adalah status sebagai orang "soleh" atau "ulama" walaupun tindak tanduknya tidak sesuai dengan akhlaq Islam. Jiwa mereka kasar, sombong, bongkak dan tidak menghargai orang lain. Apa yang nampak di dalam diri mereka adalah kebaikan belaka, sebaliknya dalam diri orang lain adalah keburukan. Bak pepatah : "Gajah di depan mata tak nampak, semut diseberang lautan kelihatan". Mereka amat sukakan mencari-cari kesalahan orang lain, sedang kesilapan sendiri yang begitu besar dianggap sebagai perkara wajar. Manakala orang lain silap, ia perlu dihukum. Sedang manakala dirinya silap ia merupakan perkara wajar sebagai manusia yang lemah dan penuh silap serta lupa. Seringkali juga duah pada akhirnya akan mengampu kepada pimpinan yang jahat demi mengejar tuntutan hawa nafsu dan syaitan. Mereka akan mengubah ayat-ayat Allah dengan berfatwa yang disesuaikan dengan keinginan penguasa. Mereka hendak menukarkan kebenaran Allah dengan seketul kesenangan dunia.

Apabila kita perhatikan punca masalah yang telah dijelaskan di atas, maka kita melihat pada hari ini ramai duah yang mengalami penyakit "split personality". Mereka mempunyai keperibadian yang rosak dan merosakkan bangunan dakwah Islamiyah yang indah. Duah yang sedemikian ianya lebih ramai dibandingkan dengan duah yang ikhlas dan berkeperibadian mulia, bagaikan kata-kata sya'ir : "Bilakah di dapati bangunan yang boleh disiapkan hanya dalam satu hari. Jika kamu membina bangunan (sedangkan) orang lain menghancurkannya. Walaupun ada seribu bangunan, cukup hanya seorang  untuk menghancurkannya. Maka bagaimana jika  ada sebuah bangunan (sedangkan) dibelakangnya ada seribu orang hendak menghancurkannya".

Namun sebagai hamba Allah, kita mestilah optimistik bahawa walaupun duah yang ikhlas ianya hanya sedikit, insya Allah Islam akan mengalami perkembangan yang pesat dari masa ke semasa dengan dukungan dan izin Allah.  

Ditulis berdasarkan pengalaman dakwah, mudah-mudahan ia menjadi i'tibar bagi orang-orang yang ikhlas yang sentiasa mengeluarkan peluh, tenaga dan potensinya bagi menjayakan dakwah.

 
Artikel ini diadaptasi hasil penulisan seorang individu yang meletakkan dirinya pada jalan dakwah.
 

Facebook Comments:

One thought on “Tribulasi Dakwah

  • October 1, 2011 at 11:53 am
    Permalink

    teringat kata-kata pengasas Muhammadiyyah Indonesia KH A Dahlan “Hidup, hidupilah Muhammadiyyah, jangan mencari hidup dengan Muhammadiyyah”……mungkin boleh kita tukar sedikit ayatnya “Hidup, hidupilah dakwah, jangan mencari mencari hidup dengan dakwah”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Why do some people read horoscope?

“ Why do some people read horoscope? Possibly because they want ‘someone’ to tell them what is going to happen.

Close