More performance, more maintenance


Menurut Tony Schwartz, ‘more performance needs more maintenance’. Apakah maintenance? Anda berhenti dari menggunakan ‘energy’ tertentu, fokuskan kepada pembaikan dan teruskan perjalanan. Analogi yang diberikan ialah Indianapolis 500. Kereta yang bergerak laju dengan ‘high performance’ perlu menjalani ‘maintenance’ yang berkala. Tanpanya, ia akan rosak atau jatuh ‘performance’.

Apakah ‘maintenance’ yang diperlukan oleh manusia? Selepas 90-120 minit melaksanakan kerja dan menggunakan kapasiti fizikal, laksanakan maintenance. Kalau sudah berfikir keras, laksanakan maintenance. Selepas beremosi tinggi, laksanakan maintenance. Selepas menyampaikan kebenaran dan menyeru manusia kepada Allah, laksanakan maintenance. Maintenance fizikal, intelek dan emosi ialah kembali kepada aspek internal dann ‘allign’ semula apa yang dilaksanakan. Semua aspek fizikal, intelek dan emosi perlu dikembalikan kepada spirituil dari semasa ke semasa.Lagi banyak aspek spirituil dilaksanakan di peringkat internal, maka ia akan memberi maintenance yang tinggi dalam kehidupan. Visi kehidupan perlu ambil masa. Perlu pause. Inilah kekuatan pause dalam kehidupan manusia.

 

Banyak zikir menjadikan diri lebih kuat

Atas dasar itu, berhenti sebentar atau memahirkan diri dengan berzikir setiap kali melaksanakan perkara fizikal, intelek dan emosi amat penting.

Sebagai contoh, manusia yang tidak mahir akan mengingat Allah hanya ketika solat. Namun manusia yang mencapai tahap master dalam aspek PIES akan mampu untuk menggabungkan apa yang dilaksanakan dengan aspek spirituil pada setiap masa. Ia dipenuhi dengan doa, zikir, istikharah, pengaduan dan harapan kepada Allah. Ini ialah maintenance yang diperlukan. Inilah yang tiada dalam masyarakat Barat. Kalau adapun, ia hanyalah meditasi yang cepat ‘melilau’ kesannya – kerana meditasi menyerah kepada kuasa yang tidak ‘diakui’ secara hakiki. Berbanding kepercayaan kepada Allah yang benar, keimanan dilengkapi dengan bukti fizikal, intelek dan emosi yang menjadikan solat serta zikir harian kita lebih powerful dan navigated.

Moga kita menjadi insan yang sentiasa melaksanakan maintenance dengan aspek spirituil. Spirituil tidak menafikan tindakan di peringkat fizikal (nutrition, sleep, fitness & renewal), intelek (tarik nafas, tengok perkara yang tenang) atau emosi ( menyayangi dan menghargai).

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Cara mengajak manusia ke arah amalan kebenaran

Satu cara penting untuk mengajak orang ke arah kebenaran yang kita percaya ialah 'jangan paksa, tetapi beri pilihan'. Ini penting...

Close