Koleksi ST-GallerySistemik

Menyelesaikan masalah gaya fizikal – Membawa binasa?

Dalam kehidupan seharian, amat banyak cabaran yang hadir. Ia menuntut kepada penyelesaian yang terbaik – berdasarkan teknik yang syumul. Ia seharusnya mengambil kira aspek fizikal, intelek, emosi dan spirituil (PIES). Jika tidak, ia akan mewujudkan kebinasaan dalam kehidupan. Persoalannya, bagaimana ingin kita pastikan penyelesaian kita itu berbentuk P, I, E atau S?

Jika kita gunakan kaedah 7 dalam Pemikiran Sistemik, tiga aspek masa yang boleh diambil kira dalam menganalisis sejauh mana seseorang itu akan melaksanakan penyelesaian dengan mengambil kira aspek P, I E atau S. Jika masa lepasnya itu didominasi oleh P atau I atau E, besar kemungkinan kaedah penyelesaian itu ialah berdasarkan PIE. Namun jika kehidupannya sebelum itu adalah didasarkan kepada S, insha-allah ia akan menjuruskan kepada nilai S dalam penyelesaian yang dibuat.

Sejauh mana masa lepas 

Masa lepas itu ialah sependek beberapa saat yang lepas atau beberapa tahun yang lalu. Namun jika mana-mana interval itu diikuti dengan istighfar dan taubat di sisi ALlah, ia akan mencepatkan proses ke arah S. PIE sukar dibaiki tetapi kemampuan seseorang untuk bertaubat di peringkat S ini amat penting dalam menjuruskan manusia kepada pembaikan semerta.

Banyakkan istighfar dan taubat

Atas dasar itu, bagi mengelakkan hidup kita yang lepas secara fizikal mendominasi gaya kita meyelesaikan masalah, bertaubatlah dan laksanakan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Tuhan. S bukan sekadar iman, tetapi akhlak dan syariat yang perlu dilaksanakan. Taubat ada dalam iman, akhlak dan syariat. Allah amat peka pada taubat pada iman kerana ia akan memastikan kelestarian hidup ini sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Set Prinsip Moral – Dimensi 99

Pada 29 Ogos 2007 lepas, saya berpeluang untuk mengendalikan program 'Success Camp' di Port Dickson. Peserta yang hadir adalah seramai...

Close