Set Prinsip Moral – Dimensi 99

Pengalaman itu membuatkan saya berfikir lebih mendalam mengenai 'universal values'. Mengapakah ianya sangat penting untuk diketahui? Untuk tujuan apakah ianya harus difahami? Bagaimanakah universal value ini boleh timbul di dalam diri manusia seluruhnya? dan persoalan yang lebih penting lagi ialah, bagaimanakah manusia di seluruh dunia ini menghargai 'universal values' ini?

Hal ini ada disebutkan di dalam Al-Quran, surah Al Alaq, Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dialah yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar dengan perantaraan kalam

 Set Prinsip Moral

Orang-orang di Barat mula membuat kajian mengenai orang-orang yang 'success' di dalam dunia perniagaan. Contoh kajian yang pernah dilakukan selama 25 tahun, telah membuktikan bahawa, orang yang berjaya dalam dunia 'business' ialah ternyata mereka mempunyai 'set prinsip moral' yang sangat hebat! Menurut kajian Prof. Kate Ludeman dan Gay Hendricks, ternyata orang yang berjaya mempunyai nilai (values); jujur (88%), visioner (70%) dan lain-lain. 

Kini, orang-orang Barat mula sedar bahawa, tenaga (energy) yang mampu memberi momentum kuat kepada manusia ialah datangnya dari dalam; in – out, dan amat jarang dan mungkin tidak kekal lama jika  momentum itu datang dari out – in. Apakah buktinya? sebagai contoh ringkas, majikan dari sebuah syarikat telah menghantar pekerja-pekerjanya untuk mengikuti kursus supaya berkelakuan jujur di dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Majikan syarikat itu amat mengharap bahawa pekerja-pekerjanya mampu berkelakuan jujur apabila mereka pulang dari 'training' tersebut. Ternyata, apabila 'training' itu melakukan latihan yang bersifat out-in, sudah pasti , sifat jujur itu hanya akan kekal pada 'banner', 'poster' atau mungkin 'batch' yang sering dipakai di pakaian mereka sepanjang mereka bekerja.

Mengapa hal ini berlaku? kerana ia bersifat out-in, bukan in-out; iaitu dari hati manusia itu sendiri lalu diterjemahkan dalam bentuk 'sosial' (interaksi sesama manusia) atau dengan kata lainnya, akhlak.

________________________________________________________________________

Program yang saya kendalikan di PD tempohari, memberikan saya satu inspirasi baru tentang 'set prinsip moral' yang mampu memacu manusia kepada satu cara hidup yang senantiasa menuju kepada kejayaan. Pada sebelah malamnya, saya membawa peserta (non muslim) di tepi pantai dan kebetulan (saya amat bersyukur) keadaan bulan pada malam tersebut, mengambang. Peserta berpeluang melihat keindahan serta kelembutan cahaya bulan tersebut.

 Sambil mereka melihat dan mengagumi keindahan bulan tersebut, saya bertanyakan kepada mereka beberapa soalan. Antara perkara yang saya tanyakan kepada mereka ialah;

Adakah bulan itu mengeluarkan cahayanya sendiri? mereka semua mengatakan; tidak. 

Jadi, bagaimanakah bulan itu mampu mengeluarkan cahayanya? mereka mengatakan bahawa; 'ia datang dari satu sumber yang lain, dari matahari. Cahaya matahari telah terpancar lalu mengenai permukaan bulan dan akhirnya bulan itu memantulkan semula cahaya dan akhirnya, cahaya tersebut menyinari bumi.

Lantas saya mengatakan, benar.

saya terus mencelah dengan mengatakan kepada mereka; kita sebenarnya umpama bulan yang mengambang ini. Jika tidak ada cahaya matahari, sudah pasti bulan ini tidak akan mampu menyinarkan cahaya tersebut. Manusia juga begitu. Jika tidak ada 'universal value' manusia ini umpama tong-tong yang kosong, tidak mempunyai apa-apa sifat pun. Adakah sifat jujur, amanah, bertanggungjawab, penyayang, sabar dan sebagainya itu datang dari diri sendiri? mereka katakan tidak. Saya sambung lagi, Yess, itulah kita. jika kita tidak mempunyai akhlak atau moral, kita ini seperti bulan yang tidak mempu mengeluarkan cahaya. Jika manusia itu memelihara dan mengembangkan lagi akhlak di dalam dirinya, sudah pasti mereka akan mengambang bagaikan bulan…..mereka semua tertunduk..

_________________________________________________________________________

Mesej ini sebenarnya adalah untuk menyatakan bahawa, kita harus mempunyai 'set akhlak' yang terpuji. Bagi orang yang beriman dan yakin dengan nama-nama Allah, mereka harus merasakan bahawa sifat atau orang yang berakhlak itu mendapatkan sifat tersebut dari Tuhan yang menciptakannya. Lalu Dialah yang mengajarkan kepada manusia tentang apa yang tidak diketahuinya…

Di dalam hadith 'Sesungguhnya, aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak'

Rasulullah s.a.w. diutuskan adalah untuk membawa 'set prinsip moral' yang positif. Baginda adalah contoh tauladan yang baik kepada seluruh umat manusia. Baginda adalah umpama bulan yang mengambang lalu menerangi bumi dengan bersumberkan cahaya dari matahari.

 

wallahualam 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Hidayah…Mencari Tuhan

Aku terkesima dengan pengalaman yang diberikan oleh Tuhan. Aku rasakan ianya bukan sekadar satu pengalaman malah ia adalah mesej yang...

Close