Bagaimana Mengecap Manis Iman?

Seringkali kedengaran keluhan hati kecil untuk mendekatkan diri pada Allah. Apabila seseorang berpengalaman dengan pengalaman spirituil, ia akan seronok dan rasakan kehebatan Allah. Terasa kemanisan iman. Namun ia kekadang tidak datang selalu. Dirasakan pengalaman spirituil adalah pengalaman yang ‘jauh’ dan sukar terjangkau. Ia dianggap seperti ‘miracle’ laksana Spiderman yang boleh memanjat dinding tanpa tangga. Namun dalam al-Quran, ada beberapa ayat yang boleh kita perhatikan sebagai ‘tangga’ untuk sentiasa merasai kemanisan iman. Ada ayat dalam al-Quran yang menerangkan teknik pada setiap insan bagaimana untuk tetap memilih jalan iman untuk meneruskan kehidupan ke arah kejayaan.

[2:45]
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

[2:155]
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[2:156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

[3:200]
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

[11:115]
Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan  (muhsinun)

[16:127]
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
[16:128]
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

[41:34]
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
[41:35]
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Apakah pola dalam ayat di atas, terutama jika anda memfokuskan kepada item yang dihitamkan? Semuanya berkaitan dengan kekuatan emosi dan dipasangkan dengan nilai keimanan atau spirituil. E diikuti oleh S. E amat rapat dengan S.

Beberapa pengajaran di sini:

  1. Jika seseorang lemah S untuk beribadat, sila cari poin E dalam diri.  Tanyakan pada diri: sudah sabar atau belum? Kemudian tanyakan, adakah E sudah cukup atau perlukan S untuk membina kekuatan.Cukup dengan sabar sahaja atau perlu ditambah dos spirituil untuk menjadikan sabar itu bermaka serta mencapai formula untuk mendapatkan pertolongan Allah? Jika ini dikaji setiap masa, ia akan menyebabkan seseorang sentiasa membetulkan ‘letak duduk’ sesuatu perkara lantas diselesaikan dengan ‘sabar (E) dan solat (S)’. Solat adalah puncak spirituil dalam hidup seharian.
  2. Apabila E sudah dilaksanakan, jiwa atau minda akan berkata bahawa S tidak perlu dilaksanakan kerana ia dirasakan tidak sepenting tindakan E. Namun hakikatnya, E tidak akan menjadi sekuat mana tanpa ada pelaksanaan amalan atau tindakan S seperti solat atau menyatakan ‘innalillahi wa inna ilaihi rajiun’
  3. Tidak rasa kemanisan iman? Kerana E amat tumpul. Binalah ketajaman E seperti sabar, rasa cemas, rasa takut dan pelbagai perkara lain terhadap Allah. Jika perasaan ini timbul ketika bersama manusia, cepat-cepat kembalikan kepada S dengan mengingati Allah.
  4. Iman akan disedari kehebatan dan kemanisannya apabila kita mengalaminya dengan diri sendiri. Inilah aspek E dengan kombinasi S. Jadi binalah pengalaman E dan ‘extrapolate’ kan kepada S dengan amalan-amalan khusus dalam ayat-ayat di atas. Maka ia akan membina kekuatan dan kemanisan dalam kita beriman kepada Allah selepas itu.

Moga kita berjaya mengecap kemanisan iman setiap masa.

Facebook Comments:

4 thoughts on “Bagaimana Mengecap Manis Iman?

  • February 20, 2010 at 5:51 pm
    Permalink

    Salam..terima kasih atas artikel yang sangat menarik! Semoga saya dapatkan pratikkan dan bina kekuatan E demi mencapai kehebatan dalam S.Biiznillah,ameen. =)

    Reply
  • February 24, 2010 at 11:11 pm
    Permalink

    Assalamualaikum..
    masyaAllah.. best tjuk ni..
    mengecapi MANISnya IMAN..

    bersama kita menjulang panji ISLAM..
    dengan menyemat tag qudwah hasanah d baju..
    sambil menyinsing sabar, cekal dan tabah..
    dismping menyarung jubah taqwa…

    mohon izin msukkn dlm blog team usrah online
    http://wacana-ilmiah.blogspot.com

    syukran .. salam maulidur rasul..
    😉

    Reply
    • February 25, 2010 at 5:42 am
      Permalink

      silakan untuk di-link-kan..terima kasih

      Reply
  • March 10, 2010 at 6:41 am
    Permalink

    jazzakallah akhi. post ni sangat menarik bagi ana. tapi ad persoalan yg masih tak jelas pada ana. adakah element sabar ni berkait rapat dengan istiqamah? pada ana dua2 element ni tak byk berbeza.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendulum PIE-S

Salah satu aktiviti untuk program latihan saya pada 2010 ialah Pendulum PIE-S. Saya mendapat idea ini selepas mengadakan aktiviti CASIC...

Close