Bertemu individu I, bertemu individu E

“Saya tak biasa membaca buku-buku ilmiah. Susah…”

“Saya suka baca buku ilmiah. Saya tak biasa buku motivational…”

Begitulah kesukaan berbeza individu yang dominan dalam aspek Intelek atau Emosi. Kalau individu yang dominan aspek S, akan tidak selesa bertemu individu dominan I yang banyak menyoal dan dahagakan fakta. Individu S merasakan individu E banyak bermain emosi dan susah nak dibawa berbicara. Individu P pula asyik bercakap pasal duit, harta dan bisnes-nya. Mana satu yang perlu kita amalkan? Mana satu yang disukai dan dimuliakan oleh Allah?

iq

Hakikat di dunia, memang pelbagai jenis kumpulan wujud. Jangan diabaikan kewujudan individu dominan P, I, E dan S. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Kekuatan semangat individu P berbeza dengan individu I. Kreativiti individu E tidak sama dengan kreativiti individu S. Yang lebuh bagus ialah untuk kita belajar bagaimana untuk mendapatkan teknologi dan kemahiran empat komponen ini dalam diri kerana kita adalah manusia yang punya PIES. Jika kita abaikan salah satu darinya, kita akan hilang keseimbangan.

Apakah kekuatan individu dengan dominan P, I, E dan S?

  • Yang P, akan bersemangat bila bercakap pasal duit dan bisnes. Bila berborak pasal hal itu, ia akan bersemangat walaupun penat.
  • Yang I, ia akan mampu untuk berdiskusi atau membaca bahan ilmiah yang mungkin sukar bagi orang lain. Ia sanggup meredah pelbagai perkara untuk mencapai ilmu dan hikmah yang dicari. Ia akan menganggap kegagalan kalau ilmu yang dicari tidak berjaya dicapai.
  • Yang E, ia akan mampu bersabar dan menghadapi pelbagai karenah yang ada dalam diri manusia lain. Ia nampak bahawa setiap insan mempunyai keunikan yang tersendiri.
  • Yang S, ia akan mengaitkan kehidupan dengan Yang Esa pada setiap masa, pada masa orang lain sudah hilang fokus pada ketuhanan dan keagamaan. Ia sanggup menyatakan apa sahaja yang bagus kepada orang ramai , walau mungkin akan dipandang berbeza sedikit pada satu-satu masa.

Lantas, manakah kita? Kalau kita dominan pada mana-mana satu aspek, belajarlah teknologi aspek lain terutama apabila kita ingin menjadi syuhada’ atau saksi kepada seluruh ummah. Apa kesan kalau kita dominan S tetapi kurang skill yang lain? Kita akan jadi kera sumbang dan tidak mampu untuk masuk pelbagai topik perbincangan atau fenomena yang hadir. Apabila kita tidak dapat participate, mana mungkin kita ingin berinteraksi untuk menyampaikan seruan kebaikan dan mencegah kemunkaran.

Atas dasar itu, jika anda sedar anda kategori mana, didiklah dan tarbiahlah diri untuk dilengkapi dengan aspek lain. Jika anda biarkan tanpa perhatian, anda akan terus hidup dalam dunia sendiri dan tidak mampu berinteraksi dengan masyarakat. Jangan salahkan masyarakat jika mereka tidak mahu mendengar ajakan anda, kerana anda tidak sudi untuk memahami apa kaedah mereka berfikir dan minat.

Artikel ini ditulis sebagai salah satu modul dalam Program MasterPIES yang akan dilaksanakan 15 April 2009.Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila berhubug dengan penulis atau layari http://masterpies.com/info.htm

Facebook Comments:

3 thoughts on “Bertemu individu I, bertemu individu E

  • April 9, 2009 at 12:02 am
    Permalink

    Masha Allah,
    Artikel2 kat sini sume best2. Tentang this particular article, adekah individu-individ P,I,E, dan S ni sama dgn individu yang Akh Fazrul mention di rumah ana? Tentang 4 kumpulan manusia – leader, talker, tbserver n satu lagi tak igt… something like that la. X igt dah term2 yg sbnar.. Boleh refreshkan kembali x?

    Jzkk,
    Najmi Aliff
    RIT

    Reply
    • April 9, 2009 at 2:09 am
      Permalink

      4 kumpulan manusia dulu analisis oleh Florence Litthaeur – Choleric, Sanguine, Melancholy dan Phlegmatic… yang nie berasaskan kepada model PIES…dan memang dalam diri manusia ada 4 komponen nie ..Maslow juga ada sentuh..al-Quran yang Mulia menyentuh tentang peristiwa doa Nabi Ibrahim ketika meninggalkan anak dan isterinya di lembah yang tidak ada tanaman…

      Reply
  • April 12, 2009 at 1:10 pm
    Permalink

    Memang menarik bila belajar memahami manusia, malah seorang pendakwah sebenarnya perlu suka pada manusia. Walaupun perlu mengambil masa yang lama untuk belajar dan mengkaji perihal perwatakan manusia yang kompleks ini, namun siapapun manusia, itulah kita. Maka gunakanlah kefahaman tentang manusia itu untuk membawa manusia menuju Tuhan. Saidina Umar Al-Khattab yang sangat terkenal dengan kebengisannya, masih tidak meninggalkan kebengisannya setelah memeluk islam, malah Nabi juga tidak menyuruh Umar menukar perwatakannya. Walaupun secara umum bengis merupakan sikap yang nampaknya mazmumah, ia boleh dilentur menjadi mahmudah. InsyaAllah andai kita faham, kita akan dapati setiap inci dalam diri kita sebenarnya mampu menyumbang kepada Islam. Wallahua’lam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
TwitTarbiah 2009-04-06

@nass_sare dah jumpa ke nasir? in reply to nass_sare #

Close