Pendakwah Air Kacang Soya 29

Hari ini hari Ahad. Din dan Nas tidak membuka gerai. Mereka melakukan persiapan akhir untuk jualan pada Hari Kantin sekolah, esok.
Bang, esok dah hari program ni. Rasa tak sabar pula nak berniaga” Kata Nas
Abang pun sama ni. Fikir-fikir semula, syukur kita buat keputusan nak berniaga ni. Banyak benda baru dan pengalaman yang kita dapat” Kata Din

Ye la bang, bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Masa sekolah dulu pun saya tak pernah terfikir nak berniaga macam ni. Macam-macam pengalaman yang kita dah rasa bersama” Kata Nas lagi
Din terdiam. Tidak berapa lama kemudian, Din berkata ”Betul tu, abang rasa elok kalau pelajar zaman sekarang ada pengalaman berniaga semasa mereka masih belajar lagi. Nanti dah habis sekolah, mereka dah mudah hidup berdikari. Kalau mereka nak sambung belajar di IPT lagi bagus. Sekurang-kurangnya merewka dah ada pengalaman dalam dunia sebenar”
Apa kata jika kita ajak Lokman, Azmi, dan Man bantu kita esok? Nanti kita nagi la upah sikit pada mereka. Kita buat tiga syif untuk mereka bertiga. Selain dari bagi pengalaman pada mereka, mudahkan kita juga. Banyak nak jual esok ni. Kita berdua je. Sekali kena serbu, tak cukup tangan kita nanti” Cadang Nas
Din dan Nas merasakan perlunya mereka berkongsi pengalaman berniaga dengan rakan-rakan mereka yang masih lagi belajar. Mereka harap dengan usaha kerdil ini dapat membentuk ramai lagi orang muda yang bercita-cita menjadi usahawan.
Bagus juga cadangan Nas tu. Nanti kita offer juga pada mereka jika sekali-sekala mereka nak tolong kita berniaga waktu petang” Kata Din setuju dengan cadangan Nas
Setelah mereka berdua bersepakat untuk mengajak rakan-rakan mereka turut membantu, Nas pun terus menelefon Azmi, Man dan Lokman, memberitahu hajatnya. Azmi, Man dan Lokman berasa cukup setuju untuk membantu Din dan Nas.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close