Mampukah kamu bersabar?


Dalam menuntut ilmu, ada sumber formal dan sumber tidak formal.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir diabadikan dalam Surah al-Kahf untuk menunjukkan cabaran intelektual dalam mendepani kehidupan.

Apabila Nabi Musa ingat Allah, Nabi Musa mendapat ilmu. Cabaran dalam menuntut ilmu ialah sabar. Seseorang itu boleh terjebak kepada perkara ini:

  • Tidak sabar dengan guru
  • Tidak sabar dengan pelajaran

Makin seseorang itu dekat dengan Allah dan bergantung kepadaNya, seseorang itu akan beroleh kesabaran yang tinggi.

Nabi Musa amat faham Taurat

Nabi Musa amat faham Taurat, namun masih merendah diri mencari ilmu. Ini satu perkara yang amat mulia dan hebat. Ilmu meliputi ilmu agama (syariatullah) dan ilmu praktikal kehidupan (sunnatullah). Sebagai seorang Nabi, dua-dua ilmu diperlukan untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Pencarian ilmu sosial ini berlaku ketika Nabi Musa bersama Nabi Khidr.

2 perkara berlaku ketika belajar

Dalam kisah ini, berikut ialah cabaran seorang pelajar:

  1. Suka menyalahkan jika ada sesuatu berita buruk berlaku
  2. Tidak sabar apabila apa yang dirancang tidak berjalan seperti dijangkakan

Nabi Musa akhirnya berpisah dengan gurunya selepas 3 kali diberi peringatan tentang jangan soal dan perlunya bersabar. Syarat yang dikenakan oleh si guru – Khidir – adalah syarat belajar yang penting.

 

Apa pengajaran untuk penuntut ilmu

  1. Nabi Musa merendah diri untuk belajar walaupun pakar Taurat. Pelajar perlu merendah diri untuk mencari dan bertanya ilmu.
  2. Perlu bersabar dengan guru. Jangan sampai dianggap guru bahawa pelajar ini ‘sombong’. Sudahlah tidak mahu bertanya, diarahkan cikgu untuk ‘tolong beritahu saya apa yang saya salah faham.’
  3. Perlu bersabar dengan pelajaran yang kekadang nampak sukar atau pelik – dengan syarat kita tahu bahawa ia tidak melanggar syariat ketika proses pembelajaran berlaku.
  4. Jangan suka menyalahkan (blaming game) dalam belajar
  5. Perlu sedia menghadapi pelbagai cabaran yang tidak disenangi dalam belajar.

Jika seorang pelajar itu tidak mempunyai sifat di atas, kita akan nampak

  1. Pelajaran yang diajar tidak mudah untuk masuk dan berkesan (diberkati)
  2. Pelajar yang tidak suka bertanya malah rasa ‘cikgu perlu beritahu saya apa yang patut’ itu melambangkan kesombongan pelajar itu sendiri
  3. Pelajar tidak berdisiplin dengan cara belajar
  4. Pelajar yang rebellious tidak mahu cikgu ‘menyusahkan’nya padahal itu untuk kebaikannya.

Apa pengajaran untuk pendidik

  1. Dalam kisah Nabi Khidr, beliau memberi syarat agar tidak berpanjangan si anak murid mengganggu proses pembelajaran
  2. Hikmat atau pengajaran diberikan selepas aktiviti berjalan (debriefing)
  3. Kalau sekali tidak sabar, anak murid diingatkan beberapa kali sebelum memberi kata dua, ikut atau tinggalkan.
  4. Pendidik akan selalu meletakkan Allah sebagai pusat dalam mengajar, bukannya kerana hanya mengikut kata-kata guru.

Apakah kita mampu bersabar? Jika ya, proses pelajaran anda akan menjadi lebih efektif.

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Hari Asyura Legasi Nabi Musa atau Firaun?

Berikut ialah beberapa ayat Quran sebagai panduan: Nabi Musa dan Bani Israel menang Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada...

Close