Apa Yang Kamu Ingin Cari Dalam Hidup?

Mari kita lakukan ‘penyelaman’ yang lebih dalam menerusi kisah kehidupan kita yang sebenarnya, berada dimuka bumi kerdil dan tidak ada apa-apa nilainya jika kita sering lupa dan leka dengan kehidupan dunia kita. Rasulullah s.aw. pernah menggambarkan bahawa kehidupan di dunia ini adalah umpama bangkai kambing yang mati di tanah. Bukankah perumpamaan itu amat rendah dan hina sekali bukan? Dan perumpamaan itu bukanlah bermakna menolak sepenuhnya dunia ini tanpa mengambil faedah untuk di akhirat, tetapi lakukanlah sesuatu agar ia tidaklah 100% seperti bangkai kambing yang ditunjuki oleh Rasulullah s.a.w. tadi.

Pencarian Nabi/ Rasul dan Manusia

Pencarian manusia biasa/ awam dengan para nabi adalah amat besar perbezaannya. Apakah yang dicari oleh nabi/ Rasul sepanjang kehidupannya sebelum mendapatkan wahyu dari Allah? jawapannya ialah mereka mencari wahyu yang besar maknanya di dalam memahami tujuan sebenar kehidupan di muka bumi ini! inilah tahap atau makam tertinggi bagi nabi/ rasul dalam perjalan mencari kebenaran. Pencarian manusia biasa pula ialah mencari sumber hidayah yang tersebar luas di muka bumi ini. Cuma kekadang, manusia tidak memahami dengan baik, bagaimanakah bentuk hidayah yang sebenarnya?

 Perjalanan Dalam Mencari Keyakinan.

saya termuhasabah semasa membaca ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa, nabi Musa melakukan perjalan hidupnya yg amat dahsyat demi mencari satu keyakinan  yg tinggi dan pastinya memuaskan hatinya iaitu mencari wajah Allah di bukit Turninsa Nabi Musa telah mendapatkan keyakinan besar sehingga baginda pengsan dan terus bangkit dari kesedaran itu dengan mengatakan ‘Akulah pertama-tama yang beriman). Inilah yg dikatakan the ultimate meaning of life iaitu melihat wajah Tuhan yang Maha Perkasa. Begitulah pula perjalanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim serta nabi Muhammad s.a.w. Mereka hidup dengan melakukan proes pencarian yang penuh dengan makna serta values yang indah. namun, apakah yang kita ingin dan cari? Adakah kita bekerja pada hari ini dengan memahami akan hakikat sebenar pencarian kita? adakah pencarian kita selama ini hanyalah berkitar di dalam paksi material semata-mata?

Pencarian Hidayah Allah

Semasa saya pulang dari membawa rakan saya dari Tampin, negeri Sembilan, saya berbincang dengan rakan seperjuangan saya tentang pencarian makna. Kami berbincang hal berkenaan dengan hidayah dan wahyu.Ya, memang benar, nabi Muhammad s.a.w., sebelum dilantik sebagai Rasul, baginda telah mengasingkan diri dengan melakukan pencarian yang sebenar untuk dirinya. kemudian, selepas beberapa tahun melakukan pencarian makna kehidupan, maka muncullah Jibrail membawakan wahyu dan sekaligus memenuhi pencarian Muhammad selama ini. Point yang paling penting sekali ialah, selepas baginda mendapat wahyu, baginda tidak lagi melakukan pencarian atau  mengasingkan diri dari masyarakat sepertimana yang baginda lakukan dahulu. pelik bukan?

Kini barulah saya memahami satu perkara yang amat besar maknanya. Ya, rasulullah tidak lagi melakukan proses pencarian selepas mendapatkan wahyu dari Allah, tetapi baginda melaksankan sepenuhnya dengan apa yang telah diturunkan (diwahyukan) kepadanya atau bahasa mudahnya rasulullah telah FULLFILL tuntutan wahyu yang diperolehinya!

Ya, kini, baru saya memahami, hidayah Allah sebenarnya telah diberikan kepada kita selama ini, tetapi kita tidak FULLFILL hidayah tersebut!!! Maka, kita merasakan bahawa kita tidak mendapat hidayah sedangkan kita telah mendapatkanya, cuma tidak dipenuhi tuntutan hidayah itu!!!

mari kita lihat satu senario, seorang muallaf yang baru sahaja menerima Islam, kemudian mereka menghargai semua majlis ilmu mengenai Islam. malah, pada akhirnya, mereka menjadi pakar dan menjadi rujukan tentang Islam, sedangkan kita sudah lama mendapatkan hidayah islam sejak kita lahir? mengapa kita tidak menjadi pakar dan rujukan?

Inilah tuntutan yang tidak dipenuhi. mereka yg baru menedapat hidayah Islam dari Allah, maka mereka FULLFILL tuntutan hidayah itu dengan sesungguhya!tetapi, yg sudah 10 tahun, 20 tahun, atau 30 tahun sudah mendapat hidayah Islam, adakaha kita memenuhi tuntutan hidayah tersebut?

mari kita renungkan kembali!!

(sambung)

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Infinity of infinity

Sewaktu penulis menonton theater "Complicite: A Dissapearing Number", satu perkara yang telah dipelajari adalah tentang konsep infinity of infinity. Berapa

Close