Landskap Kehidupan Manusia

Jika kita buka mata hati kita untuk melihat keadaan sekeliling, kita akan dapati pelbagai jenis ragam manusia di dunia ini. Ada yang berjaya, ada juga yang gagal. Ada juga yang kaya raya dan ada juga yang miskin. Ada yang gembira (happy) dan ada juga yang disebaliknya. Semua ini seolah-olah seperti satu landskap bentuk-bentuk emosi manusia yang sedang berhadapan dengan pelbagai ujian kehidupan. Namun yang demikian, manusia yang bersedia dan kuat akan mampu mengekalkan keadaan landskapnya yang stabil dan indah, tetapi jika di sebaliknya, manusia akan terus merosak dan menzalimi dirinya sendiri.

Firman Allah di dalam Al-Quran, surah Al Ankabut, ayat 2-3:

Apakah manusia mengira bahawa mereka itu dibiarkan sahaja dengan mengatakan; Kami telah beriman! sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang yang dusta

Menarik bukan? Manusia ini seolah-olah mempunyai paten tersendiri dalam diri mereka . Sudah tentu manusia lain tidak mengetahui dan sedar akan hal ini terjadi kepada diri mereka, sedangkan ia merupakan satu bentuk acuan yang sedang dibentuk oleh Allah s.w.t. sendiri kepada hambanya secara terus!  Bagi peenulis, keadaan ini adalah satu bentuk training atau tarbiyah yang sebenar bagi kita dalam menunjukkan sikap yang sebenar atau ikhlas (ihsan).

bentuklah personaliti ihsan pada sepanjang masa agar kita mampu memberikan servis yang paling tinggi dan berkualiti sepanjang masa agar kita tergolong di dalam golongan orang yang benar-benar beriman!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apa Yang Kamu Ingin Cari Dalam Hidup?

Jika kita bertanyakan kepada diri kita sendiri; Apakah yang kita inginkan di muka bumi yang luas ini? 'Apakah yang kita...

Close