Hargailah Kehidupan – Catatan ke Melaka

Cikgu Rashid menerangkan beberapa pelajaran – samada melalui pengalamannya atau melalui bacaannya yang agak luas. Bacaan luas tidak semestinya menghabiskan banyak masa dengan buku. Tetapi menyentuh banyak buku pada isi yang sepatutnya difahami. Ada orang baca 10 jam, hanya dapat satu poin. Namun ada yang baca 1 min, sudah dapat poin dalam buku yang dipegangnya. Saya yakin Cikgu Rashid jenis orang kedua. Mengapa saya berkata begitu? Pasal ada buku yang tidak pernah dibelinya, atau tidak pernah dipinjam. Ada buku yang dibeli – tidak habis dibaca. Malah dia memberi saya 2 buah buku untuk dibaca dan meminta saya menyiapkan Power Point ringkasannya. Bacaan luas bukan bermaksud anda duduk berjam-jam. Ia bermaksud anda banyak input daripada buku pelbagai.

 

Apa yang saya belajar? 

  • Appreciate with what you have, Improve what is lack or not in your idealism.
    Kebanyakan manusia yang sudah membaca al-Quran atau membaca hadis akan mempunyai idealism. Kesannya, kalau tidak difahami dengan baik dalam praktikal, mereka akan mengkritik orang yang tidak dalam idelisme-nya. Kritik dan nyatakan tidak puas hati. Namun apakah cara Islam yang sebenarnya? Hargai mana yang ada. Jika ada sesuatu yang tidak baik, baikilah dan gunakan potensi kebaikan pada seseorang itu, Hatta lalat pun ada kebaikan untuk menghapuskan bangkai. Takkanlah kita tidak mampu untuk melihat kebaikan dan gunakan potensi itu untuk kemajuan masyarakat. Yang negatif itu kita senyap-senyapkan sambil dibaiki perlahan-lahan. Satu kaedah yang akan memastikan kita tidak bahaya dengan sifat negatif orang lain ialah – bina sistem atau mekanisme sehingga yang negatif akan hanya mengena pada dirinya sahaja. Itu perlukan penelitian yang benar-benar berhikmah.
  •  Don't turn off people who is doing bad to you. Make them irrelevant!
    Ini pelajaran yang amat penting. Jangan membina musuh dan menfokuskan segala kekuatan kita untuk menjatuhkan musuh Tetapi buatlah sebanyak mungkin perkara agar kita menjadikan saingan atau individu tersebut tidak relevan. Kalau ada kawan mengutuk kita, kita buatlah jamuan atau aktiviti yang menyebabkan orang tidak mahu lagi mendengar kutukannya dan lebih menggunakan masa mereka ke arah kebaikan. Kalau ada orang ingin bersaing dan ingin menjatuhkan kita, jangan bimbang dan fikirkan sangat tentang saingan itu. Buatlah yang terbaik dan lebih baik pada orang di sekeliling. Saingan itu akan menjadi tidak relevan bukan sahaja pada anda, tetapi kepada semua orang di sekeliling anda. Yang pasti, anda tidak mahu buat yang tak baik pada saingan itu dan tidak pula ingin membalas dendam.
  • Blue Ocean Strategy
    Ini konsep yang menarik. Ramai nelayan bergaduh hanya apabila berada di pesisiran pantai. Di tengah laut, nelayan tidak bergaduh kerana ruang untuk dapat ikan yang banyak dan hebat amat luas. Janganlah anda bergaduh pada ruang yang sempit. Luaskan perspektif anda untuk melaksanakan apa jua strategi bagi menjadikan diri kita sentiasa untung – tanpa perlu bergaduh atau berebut.

Banyak yang Cikgu Rashid ajar saya. Saya amat menghargai perkara ini. Pastinya ini adalah hidayah dari Allah. Ya Allah! Tambahkanlah ilmuku dan berilah kekuatan kepadaku untuk beramal dengannya. Ameen.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Program Cuti Sekolah Disember 2006

We at Quality Expert Sdn Bhd is proud to bring for your kids several beneficial programs which is arranged and...

Close