Antara Naqal dan Aqal – Membina Modul

Dalam program baru-baru ini Bengkel R&D Surah al-Kahf, dikongsikan teknik teknik bagaimana untuk membina modul. Ada dua pendekatan: dari aqal kepada naqal atau dari naqal kepada aqal. Apakah bezanya ?

Naqal kepada aqal 

Jika menggunakan kaedah ini, seseorang perlu lengkapkan diri dengan ilmu untuk berinteraksi dengan sumber Quran dan Hadith. Antara ilmu yang diperlukan ialah Usool al-Fiqh, Usool at-Tafsir, Bahasa Arab dan beberapa ilmu lain. Dengan memahami naqal secara tepat ini, ia boleh dijelmakan kepada bentuk objektif dalam sesuatu program. Pelbagai aktiviti dan permainan boleh dibina selepas mengetahui objektif.

Aqal kepada naqal 

Bagaimana kalau saya tidak tahu bahasa Arab, tidak mahir dengan Usool at-Tafsir dan pelbagai ilmu untuk memahami naqal ? Mulakan dari aqal.

Namun anda perlu ingat! Ia tidaklah membawa kebenaran mutlak. Aqal tersebut digunakan untuk membangkitkan pelbagai persoalan yang akhirnya perlu dirujuk kepada naqal untuk membuat kesimpulan. Jika anda sudah menyenaraikan lebih 10 soalan yang berlegar-legar di sekitar anda berkenaan ayat pertama dalam Surah al-Kahf, anda perlu rujuk dan atau tanya kepada sumber naqal yang sahih – barulah pertanyaan dan andaian awal itu tadi ada asas nas.

Jika ini tidak dilaksanakan, maka apa-apa sahaja ayat al-Quran atau Hadith yang dibawakan mempunyai risiko untuk disalah tafsir atau diselewengkan. Ini banyak berlaku di kalangan penceramah atau jurulatih kerana merasakan diri sudah faham segala-galanya tanpa merujuk kepada kitab tafsir dan individu yang faham. Kekadang ada yang tidak tahu apakah itu beza terjemahaan dan tafsir.

Kalau saya adalah jurulatih tetapi tidak tahu bahasa Arab

Rujuklah kepada individu yang memahami. Pada banyak masa, jurulatih tidak merujuk kepada individu yang berpengetahuan kerana kesibukan si jurulatih untuk menyampaikan ceramah sehingga beliau mengambil dalil dengan bertanya hanya pada Hj Google. Jika Haji Google salah, memanglah tidak dinafikan kerana ia tidak pasti samada beliau sudah ada tamat belajar atau tidak berkenaan Usul Fiqh atau Usool at-Tafseer.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Manual Kehidupan Yang Tidak Bengkok dan Herot

Apabila Ahmad masuk bekerja, pengurus beliau memberikan sebuah manual untuk dibaca dan difahami serta diikuti. Ahmad bersungguh-sungguh untuk memahaminya. Selang

Close