Membina kesedaran & membina sistem kesedaran

Berfikir dengan melihat sesuatu sebagai event dan sebagai sistem adalah dua perkara yang berbeza. Apabila anda memberi pilihan kepada seseorang, ia boleh berbentuk event atau sistem. Event kesedaran dan sistem kesedaran adalah perkara yang perlu diperhatikan. Adakah anda suka bertindak cara event atau bersistem?

Sebagai contoh, apabila anda ingin menekankan kepentingan membaca buku kepada rakan, anda boleh menimbulkan kaedah event untuk mewujudkan kesedaran.

“Eh kau bacalah buku. Bagus tu …”

Apa kesan dengan event begini ? Ia akan sedar. Namun kalau ia adalah masalah dari segi masa dan buku apa yang perlu dibaca, maka usaha untuk membaca akan dibuang begitu sahaja di tengah jalan.

Namun bagaimana sistem kesedaran membaca buku ?

Sudah tentu kita berhubung, iktiraf, bantu dan tanya pada si kawan. Apabila kesedaran itu dapat dijana, berikan pilihan buku apa yang perlu dibaca dan bagaimana mencari masa untuk membaca. Ia akan menyediakan individu tadi lebih luas – walaupun tidak semestinya ia bertindak serta merta. Namun jika berbanding event kesedaran, sistem ini pasti akan memberi kesan kefahaman dan usaha untuk berubah yang lebih besar.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bila sesuai memberi pilihan?

Elemen dalam CASIC akan dibalas oleh individu yang satu lagi untuk memastikan proses ini akan mengdatangkan hasil. Apa jadi kalau

Close