Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran? Perkara yang dielakkan

Dalam kehidupan kita seharian, banyak perkara yang kita bimbangkan atau sedihkan. Bimbang yang menjadi masalah ialah apabila kebimbangan itu melibatkan sesuatu yang akan datang. Kesedihan yang mendatangkan masalah ialah kesedihan pada apa yang sudah berlaku. Namun adakah caranya untuk mengelakkan bimbang dan sedih yang menjadi masalah? Bagaimana kita berinteraksi dengan al-Quran bagi memahami perkara ini? Kenali kaitan antara cubaan dan cabaran tersebut dengan baik dan menyeluruh.

Berikut ialah cadangan teknik yang anda boleh gunakan:

  1. Kenalpasti istilah dalam al-Quran yang menjadi penyataan punca sedih atau bimbang atau masalah dalam kehidupan kita sebagai manusia.
    Sebagai contoh:
    -kurang harta
    -diberi ujian
    -tidak bersyukur dan sebagainya
  2. Fahmi bagaimana istilah tersebut boleh dielakkan hanya mengena pada diri sahaja tetapi ia adalah pakej dalam jalan dakwah.
    Sebagai contoh – diberi ujian. Setiap manusia akan diuji. Ini adalah penyataan yang Allah nyatakan dalam al-Quran. Atas dasar itu, apabila sukar, itulah ujian untuk dirinya. Apabila senang, mungkin ramai yang tidak sedar ia diuji.
  3. Apabila seseorang itu merasakan tiada ujian yang kena pada dirinya, maka ia perlu mengusahakan dan memikirkan tentang masalah orang lain. Barulah bala dan ujian tidak akan diberi hanya untuk diri atau keluarganya sahaja. Namun kalau hal orang lain tidak difikirkan dengan baik, maka Allah tetap akan melaksanakan firmanNya untuk menguji manusia sehingga seseorang itu tidak cukup duit, tidak cukup makan dan sebagainya.
    Sebagai contoh, kalau seseorang itu merasakan diri ini senang, maka perlulah dia bertanya dan mengusahakan dirinya untuk menyelesaikan masalah orang lain. Ini adalah ujian yang perlu dihadapi tetapi ia bukan mengena kepada keluarga secara terus. Apabila dirasakan masalah orang lain, seseorang tidak akan duduk diam. Inilah yang berlaku kepada individu yang keluar berdakwah dan berjihad.

Semoga Allah memberi rahmatNya agar kita mampu memahami kaedah bagaimana untuk memajukan dunia dan bukan sekadar kita diuji untuk kesilapan diri tetapi kerana kesilapan orang lain yang perlu kita usahakan untuk dibaiki.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Solusi Kepada Tadsiah (Mengotori Jiwa);Sarana Untuk Mendapatkan Sukses

Manusia yang hidup pada zaman era millennium ini semakin hari semakin ‘terhimpit’ dengan pelbagai perkara. Sebagai contoh, kehidupan berkerja; bermula...

Close