Bangkitkan kehambaan, akan bersinarlah khalifah

Apabila saya membaca buku, saya ingin jadikan pedoman itu untuk saya dan anda sebagai hamba. Apabila saya membaca sesuatu teori, saya akan kaitkan dengan diri saya dan anda kerana saya ingin membina hidup yang mantap dan bahagia bersama anda di sisi Yang Esa. Apabila saya menulis, saya ingin meneguhkan diri saya dan anda dengan apa yang saya yakin penting untuk diri saya dan anda. Apabila saya ingin meningkatkan nilai khalifah, saya akan menggunakan perkataan 'saya dan anda'.

Tetapi bukanlah amalan yang baik apabila saya menjadikannya begini:

 Apabila saya membaca buku, saya ingin jadikan pedoman itu untuk anda sebagai hamba. Apabila saya membaca sesuatu teori, saya akan kaitkan dengan diri anda kerana saya ingin anda membina hidup yang mantap dan bahagia di sisi Yang Esa. Apabila saya menulis, saya ingin meneguhkan diri anda dengan apa yang saya yakin penting untuk diri anda.

 Inilah manifestasi surah as-Soff. Saya tidak mahu saya berkata sesuatu yang tidak saya buat. Saya tidak mahu melupakan diri sendiri padahal saya mengingatkan orang lain untuk berbuat kebaikan sebagaimana tertera dalam Surah al Baqarah ayat 44:

"[2.44] Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? " 

Ya Allah! Ampunkan dosaku yang menyuruh orang berbuat kebaikan tetapi sering pula aku tidak melaksanakannya. 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Between Hen and Eggs (Art of Guarding and Using PIES)

Dalam diri manusia ada potensi EPIS. Emotional, Physical, Intellect & Spiritual. EPIS ini boleh dilonjakkan untuk menghasilkan sesuatu yang amat...

Close