Bila sesuai memberi pilihan?

Elemen dalam CASIC akan dibalas oleh individu yang satu lagi untuk memastikan proses ini akan mengdatangkan hasil. Apa jadi kalau pengiktirafan anda tidak diterima atau ditolak? Bilakah sesuai pilihan diberikan kepada rakan dialog anda?

Dalam teknik CASIC, berikut ialah apa yang berlaku :

1) Ketika mempraktikkan Connect – anda boleh mengjangka individu satu lagi akan membalas Connection anda. Mengapa ? Kerana tidak nampak bahaya atau mengganggunya – apatah jika anda memberikan senyuman yang manis

2) Ketika mempraktikkan Acknowledge – setiap orang suka menerima pengiktirafan. Pada masa ini, individu seorang lain jarang akan menidakkan anda.

3) Ketika mempraktikkan Serve – jika seseorang ditolong, ia akan mula mempersoalkan apa yang diberi atau ditolong. Bagi sesetengah orang akan berasa selesa. Namun ada juga yang mempersoalkan mengapa ‘tiba-tiba’ anda memberi khidmat dan bantuan.

4) Ketika mempraktikkan Inquire – ia mula masuk ke ruang privacy seseorang. Jika anda sudah memulakan dengan sesuatu yang baik, lembut dan positif, seseorang akan selesa dengan Inquire.

5) Ketika mempraktikkan Choice – ini makin ‘masuk’ kepada ruang privacy seseorang. Langkah kelima ini amat perlu dielakkan kecuali apabila seseorang itu selesa. Tahukah anda bila seseorang itu bersedia ? Apabila anda diberi pertanyaan! Kalau anda belum diberi maklum balas pertanyaan oleh seseorang setelah anda bercerita atau berkongsi, itu maksudnya individu itu belum sedia ‘membuka’ dirinya untuk anda.

Sekali lagi, untuk anda tahu bahawa pilihan sesuai diberikan atau tidak, ialah apabila anda diberi SOALAN atau INQUIRE. Itulah masanya untuk memberi pilihan. Jika tidak, anda perlu terus melaksanakan aktiviti Connect, Acknowledge, Serve dan Inquire.

Hadi dan Ahmad

Hadi bertemu Ahmad. Hadi ingin mencadangkan Ahmad untuk membeli buku ‘The Fifth Discipline’

Hadi,”Apa khabar Ahmad?”

Ahmad menjawab , ” Baik alhamdulillah.”

Handsome hari ini kau. Apa plan ?”

“Aih tak de lah. Aku nak ke KLCC”

“Ada apa ke sana ?”

“Cari buku . ” (masih jawab tanpa ada feedback. Dirinya masih belum buka diri.)

“Buku apa tu?” (INquire dilaksanakan)

“Novel ..”

“Menarik tu ” (acknowledge berlaku kembali)

“Haah.” (masih belum buka diri kerana belum Acknowledge, Serve atau Inquire Hadi)

“Tajuk novel yang kau cari ?” (Inquire berlaku)

“Aku lupa…tapi penulisnya Dan Brown”

“Oh …hebat penulis tu …banyak novelnya membantu cara berfikir …” (acknowledge dan mendengar sebagai serve kepada Ahmad)

“Oh ye ke ? Aku baca je…” (mula bertanya secara tidak sengaja. Ini masa untuk Choice diberikan)

“Betul. Dan Brown nie bukan calang-calang orang. Bab-bab berfikir ini tak ramai yang suka baca walaupun novel. Kau nie kira hebatlah nie. Novel bahasa Inggeris pulak tu.” (acknowledge sebelum boleh memberi Choice.

Ahmad senyum. (tanda membuka diri)

“Kalau kau minat , ” (mula membuka ayat Choice) “kau cari lah buku The Fifth Discipline. Buku tu pasal berfikir tetapi agak serius sikit. Bukan novel. Mana tahu kau minat juga…”

“Oh ye ke ? Nanti aku cari..Apa namanya?”

“The Fifth Discipline.”

Inilah contoh bagaimana pilihan diberikan pada masa yang sesuai.

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kem Sinergi Remaja

Sempena musim cuti sekolah yang menjelang tiba, Total Success dengan kerjasama Infitah dan STC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengisi

Close