Membina Personaliti Menawan

Setiap individu mampu menjadi manusia yang menawan kerana ciri-ciri itu sudah ada dalam diri setiap individu. Hanya perlu sedikit gilapan. Yang utamanya, ciri-ciri menawan bukan semata-mata fizikal. Manusia yang cantik secara fizikal adalah bonus jika dia bersyukur dan menggunakannya dalam konteks yang dibenarkan dalam hidupnya. Jika tidak, ianya hanya akan menjadi liabiti yang merosakkan diri.

Sedikit panduan untuk menjadi menawan.

1. Jadi natural. Jangan berpura-pura membuat muka untuk menjadi menawan. Dan jangan juga cuba cover macho. Jangan menunjuk-nunjuk atau jangan buat-buat. Individu memilih untuk menjadi menawan kerana sedar ianya adalah sesuatu yang positif yang mampu menceriakan dirinya dan orang sekelilingnya. Kita mahu jadi menawan untuk membina sistem hidup yang lebih gembira, bukan kepuasaan peribadi semata-mata.

2. Iktiraf kelemahan diri. Ianya tidak akan menjadikan kita lemah atau menjadi kecewa dalam hidup. Malah menukarnya kepada kepercayaan yang setiap individu itu istimewa dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ianya akan menjadikan anda insan yang sebenar dan akan menghargai insan yang lain. Mengiktiraf kelemahan diri adalah sangat, sangat menawan.

3. Sentiasa ingin tahu. Hah, macam mana ia akan menjadikan anda menawan? Tidak ada yang lebih menawan bagi individu yang sentiasa mencari ilmu dan kemahiran baru. Ianya menjadikan anda sentiasa kehadapan dan proaktif berbanding lesu dan statik. Oh ya, mengetahui semua perkara bukanlah tujuannya. Apa yang penting adalah berapa banyak perkara yang anda sedia untuk tahu.

4. Jangan takut. Melangkah dengan yakin dan tenang. Individu menawan tidak akan membiarkan individu lain mempengaruhinya dengan perkara yang mematikan langkahnya ke hadapan. Individu menawan sedar disebalik ketakutan itu ada kejayaan yang lebih besar. Itu yang menjadikan mereka sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

Kenapa kita tertarik dengan seseorang individu adalah kerana berdasarkan sikapnya yang menawan. Setiap individu yang berjaya adalah menawan, jika anda ingin berjaya, jadilah seseorang yang menawan kepada orang ramai.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Why Shared Vision Matters?

(An abstract from The Fifth Discipline, Peter M. Senge) Visions are exhilarating. They create the spark, the excitement that lifts

Close