Aku Serahkan Diriku PadaMu

Saya amat lemah secara emosi dalam beberapa hari ini. Ditambah dalam keletihan menahan lapar dan dahaga dibulan Ramadhan ia membuat saya mudah letih, lesu dan mengantuk serta hilang tumpuan. Ada beberapa perkara yang datang dalam fikiran yang mengganggu fokus. Sedang sebenarnya kedatangan Ramadhan untuk membina kekuatan jiwa, saya termangu dalam proses itu.

Saya akui kelemahan diri. Saya cuba melihat diri dan membandingkan dengan kenalan-kenalan sekeliling. Betapa ramai manusia yang hebat-hebat dalam usia sebaya saya. Atau sekurang-kurangnya mereka memiliki pencapaian samada berbentuk akademik atau sosial. Saya mengagumi mereka kerana diberi kelebihan yang pelbagai.

Sedang saya, sedang terduduk dibawah gelas kaca hanya mampu melihat dunia luar yang indah, tetapi tak mampu menolak gelas kaca itu. Hendak melangkah pun terasa berat memikirkan kekurangan yang ada sekarang.

Persoalannya bolehkah saya berjaya dengan kekurangan material dan duit, kekurangan tahap pendidikan, kekurangan kemahiran sosial? Oh, banyak lagi kekurangan yang nak tuliskan.

 

Ia menjadikan saya sangat takut untuk berharap. Berharap untuk mendapatkan kejayaan dan apa yang saya inginkan. Saya juga takut menghadapi masyarakat. Apakah ada kegunaan saya dalam masyarakat? Adakah kehadiran saya penting dan diperlukan? Adakah kelemahan saya membebankan mereka? Adakah mereka boleh menerima saya? Saya seperti sendirian.

Doa

Akhie Fazrul menasihatkan saya untuk banyak berdoa dan berserah pada Allah. Pada pandangan mata manusia memanglah diri ini banyak kelemahannya dan tak layak mendapat ganjaran mengikut norma-norma sosial yang ditetapkan manusia. Namun doa yang dikabulkan Allah itu sentiasa melangkaui apa yang kita minta. Melebihi segala sangkaan kita. Betapa besar kasih sayang Allah pada hambaNya.

Dikesempatan bulan Ramadhan, bulan doa ini ingin saya memohon agar Allah memudahkan segala urusan kehidupan. Soal kejayaan dan arah hidup. Mengenai kerjaya, pendidikan, perniagaan, jodoh, ajal maut dan segala-galanya. Memohon Allah menulis takdir yang terbaik untuk diri ini.

Sendiri, tapi tak mahu bersendirian.

Ya Allah. Mungkin aku sendiri didunia dan aku tak peduli jika seisi dunia tidak menghiraukan ku. Tapi Ya Allah, janganlah Kau lupakan aku. Cukuplah Ya Allah jika Kau yang ada disisiku. Kerana aku tahu Kau amat dekat dengan hamba-hambaMu. Aku serahkan segala-galanya padaMu Ya Allah. Segala kekuranganku, segala kelemahanku. Hanya padaMu Ya Allah aku menuju, tiada tempat lain yang boleh aku mengadu Ya Allah. Janganlah Kau abaikan aku walau sesaat Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku serahkan diriku padaMu.

 

 

 

 

Facebook Comments:

2 thoughts on “Aku Serahkan Diriku PadaMu

  • September 15, 2010 at 4:55 pm
    Permalink

    saudara,

    setiap orang punya kelemahan dan kekurangan.. mentaliti syukur takkan membuatkan kita merasa rendah dengan kelebihan orang lain, apatah lagi merasa terlalu kagum dengan mereka. mentaliti syukur mendidik kita bahawa Allah swt menciptakan kita dengan penuh keistimewaan..

    sebagai khalifah: kita mungkin nampak tak sehebat orang lain, tetapi rasa izzah disisi Allah itu lebih diharapkan.. masih terlalu banyak ruang yang belum di terokai dalam berbakti..

    jangan pernah berhenti berharap, kerana itu adalah kunci dalam berusaha.. pandanglah pada langit,.. biar jarang sekali kelihatan, pelangi itu tetap membahagiakan..

    nikmatilah fasa2 di usia ini, kerana ia akan cepat berlalu pergi-

    Reply
    • September 23, 2010 at 10:06 pm
      Permalink

      Terima kasih saudara. Saya amat memerlukan nasihat dan panduan seperti ini. Saya pasti ramai yang diluar sana pun begitu.

      Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Membina Personaliti Menawan

Setiap individu mampu menjadi manusia yang menawan kerana ciri-ciri itu sudah ada dalam diri setiap individu. Hanya perlu sedikit gilapan.

Close